KEBERKATAN
rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam
hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya
jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh
disebut sebagai rezeki. Namun dalam artikel
kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama
ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji.
Rezeki yang
dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan
anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini.
Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan.
"Mereka
ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan
nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek
kehidupan,"
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat.
Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram
seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram
dan seumpamanya.
Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus:
" rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau
digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu
tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh,"
Sebaliknya
apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi
tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan
kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan
seumpamanya.
Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara
tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan
audit diri atau muhasabah.
Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang
Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah
a) Hati semakin
dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu
sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa
berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.
b)Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.Jauh daripada kejahatan manusia dan bala Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh,
hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur,
menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap
diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita.
"Misalnya, katalah
gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar
RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas
kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong
gaji bulanan kita,"
Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya.
Maka Allah tarik sebahagian rezeki
itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang
bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang.
Bulan ini
telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau
begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap
bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah
tersebut.
Renung-renungkan.
Sharing is Caring,
2 comments:
good one. thanks for sharing :)
Betul tu dik. Akk Sentiasa mengingatkan diri sendiri juga.