NAMA Ashraf
Muslim, 29, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, sekali lagi menjadi
perhatian apabila isteri kedua pelakon itu dipercayai sudah hamil tiga bulan.
Menguatkan lagi dakwaan itu apabila Sakinah memuat naik foto
ubat-ubatan yang diterima dari sebuah klinik di Putrajaya. Paling ketara
apabila ubat jenis 'asid folik' yang sememangnya diperlukan oleh ibu
hamil turut dimuat naik menerusi Instagramnya.
Malah gambar itu
telah menarik perhatian kebanyakan pengikut Sakinah di Instaram hingga
ada yang mengucapkan tahniah kepadanya.
Bagaimanapun, Ashraf sebelum ini
menerusi kenyataan di sebuah portal menafikannya dan usaha Zass untuk
mendapat komen Ashraf berhubung berita gembira ini tidak berhasil
apabila Ashraf tidak menjawab panggilan telefon dan juga sistem pesanan
ringkas (SMS). - Sinar Harian
Seterusnya timbul spekulasi di forum-forum bahawa Wan Sakinah telah
mengandung. Kalau benar, tahniah diucapkan. Baru saja Ashraf
menafikannya, nampaknya spekulasi Wan Sakinah telah mengandung menjadi
kuat semula.
Buat pengetahuan anda, ubat-ubat seperti yang dimuat naik oleh Wan
Sakinah juga digunakan oleh wanita yang ingin mengandung, jadi mungkin
juga dia masih belum hamil seperti yang didakwa, sebaliknya sedang
berusaha untuk mengandung.
Apa pun, selamat maju jaya diucapkan.
0 comments: