Melodi lagu bagaikan menari-nari di cuping telingaku kala Subuh
menjejak desa kayangan pagi ini. Ku ingin ketawa ria bagaikan rama-rama
yang terbang bebas di singgahsana jendela kamar. Ku ingin berlari
bersamamu mengejar saat bahagia dan ku ingin kau ada selalu kerana kau
sememangnya untukku.
Cuba
mengusir resah pada tragedi semalam yang entah tiada khabar lagi. Namun
hilang seketika meski mendapat secalit sms cuma dari lelaki bernama
suami itu.
"Mia, kami semua ok....nanti abang cite lagi ya,jangan risau tau,"
Menghitung waktu bagaikan mengharapkan handphone Nokia ku itu bakal berdering.
Sarapan pagi itu bagai tiada selera adanya.
Sarapan pagi itu bagai tiada selera adanya.
"Mia, apa cerita semalam?," suara emak berkumandang memecah suasana kala sepi di ruang tamu sisir rumah.
"tak tau la,mak..mia try call abang tadi...tapi tak berangkat pulak,"
"takde pe-pe kot..dia ada sms mia kan semalam?," tanya emak lagi.
"ada,diaorang ok," kataku menyedapkan hati.
"jangan risau la....insyaallah ok semuanya emak doakan. dah siap hantaran untuk bawa ke rumah lelaki ahad ni?," dari belakang ayah pula menerjah ruang bual kami.
"apa yang ada je la ayah...semua dah set. ke ada perlu tambah?," saje bertanya pada yang lebih tua. Mereka lebih mengerti daripada aku bab-bab ini
"ayah
tengok takde sirih junjung pun. takkan yang nak bawa kat depan, tak
pegang sirih junjung...mungkin mia perlu tambah buah dlm 1 bakul lagi.
takkan nak bagi sama jumlah lak," cadang ayah kepada ku.
Aku sekadar mengangguk. Bersyukur juga kerana masih punya sepupu yang sudi membantu saat kekalutan ini timbul.
Kring.....Kring...
telefon ku berbunyi. Jelas kedengaran dari bilik pengantin. Segera berlari kerna tahu & pasti nada dering itu khas panggilan dari suami.
telefon ku berbunyi. Jelas kedengaran dari bilik pengantin. Segera berlari kerna tahu & pasti nada dering itu khas panggilan dari suami.
"waqalaikumusslam abang....," Gembira rasa mendengar suara lelaki itu setelah kian lama menunggu berita.
'Mia sayang ...pekabar?,"
Aduhai, sepatutnya aku yang bertanya khabar. Lelaki ini pula yang sebaliknya.
Aduhai, sepatutnya aku yang bertanya khabar. Lelaki ini pula yang sebaliknya.
Ini
lah yang buat aku sayang kan lelaki ini. Jika dulu tika cinta ala maya
bagai nak tak nak je melayan aku. Kini bila masuk fasa kahwin, bagaikan
dilayan bak puteri pulak....syukur pd Allah diberi kenikmatan awal ini.
"Mia...dengar tak ni?,"
" ya abang...mia dengar," tersentak dalam lamunan sebentar.
"amboi sempat berangan isteri abang ya....ingatkan sape tu?," Mula sudah lelaki itu hendak bergurau.
"ingat orang jauh lepas kenduri sini je..laju dah nak balik sana esoknya," sengaja pulangkan paku rajuk manja pada lelaki itu.
" ooo....tu maknanya rindu..sabar..sabar,"
Kata-kata lelaki itu buatkan aku gelak sakan.
"Mia,
mujur tak jadi apa-apa semalam...kena kat belakang kereta abang dekat
tayar...tapi kereta kat depan nasib tak dilanggar teruk perempuan cina
yang bawa kereta vios tu. Tapi, mak kat sebelah dah jerit sakan. Mak
trauma sebab hal tu jadi tiba-tiba. Kebetulan Mia dok cakap dengan abang
kat phone lak," tiba-tiba suara suami bertukar serius menceritakan kejadian.
"abang,
sori sangat.mia tak sangka jadi macam tue....lepas ni, mia tak cakap
lagi ye bila abang tengah memandu. Mia rasa bersalah lak..takut gak jadi
pe-pe semalam. yela mia yang call abang,kan," kataku sedih & kesal dengan perkara itu.
"tak
pe la Mia...semua dah nak jadi. tapi....kereta abang masuk bengkel
la...nanti kenduri kte tukar plan lain la ye....abang kat baling ..rumah
tok lagi ni,"
"abang,
jangan lupa bagitau emak jumlah kedatangan pihak kami & jam berapa
nak amik..kan ada 2 pengantin nanti..kesian kat mak abang lak nak
handle..ayah tengah tanya tu..ble nak datang bincang. lagi 2 hari tau
nak kenduri rumah abang ni," Nada risau berlagu di hati lantaran
melihat suami ku yang selalu ambil endah tak endah bab ini. Sibuk
mungkin juga. Sekadar mengingatkan. Khuatir dia lupa.
'yela sayang...," katanya sebelum mengakhiri perbualan kami tika waktu tengahari kan mendatang.
Kuntuman
senyum mekar mewangi dalam haruman nada berita yang ria menjernihkan
emosiku semula. Semoga majlis yang direncanakan merafak sempurna
hendaknya.
********************************************************************
Putaran
masa menginjak denting jejak rencana yang diatur kini. Majlis kenduri
sebelah pihak lelaki yang bakal diadakan di Chuping,Perlis akan
dimeterai esok. Persiapan kian rancak meniti suasana di kediaman rumahku
di Perlis.
Lewat
petang itu, sempat lagi aku mengajak Adik Fiza, Adik Ida dan sepupu ku
yang lain membeli barang yang masih diperlukan. Sudah terbit di minda
kami untuk menghias sirih junjung & jambangan coklat & jeli yang
bakal di rias indah sebelum kenduri berlangsung esok. Meskipun ia
majlis kedua buatku, entah kenapa debaran meningkat setapak.
Dup dap dup dap kencang sanubari...
Sseakan baru nak bertemu suami semula setelah seminggu ditinggalkan kala kenduri pertama di rumahku.
Sseakan baru nak bertemu suami semula setelah seminggu ditinggalkan kala kenduri pertama di rumahku.
Kata ayah :-
"alahai, awal-awal suami dah tinggal pengantin baru...sabar je la,"
Bukan ayah je mengusik....di gamat lagi dengan suasana adik-adik sepupu yang riuh memecah suasana di kediaman perlis itu.
Dalam hati, masih penuh mekar taman berbunga. Pengantin baru la katakan....Ups, dialog macam pernah aku dengar je ..hehehe !!!
"Hi, kak mia....dah jauh kemana tue...bintang bulan..orang cakap pun dah tak dengar," tersentak lagi dek libasan tangan Adik Ida di muka ku.
"Ha, tu dok ingat cik abang la tu...hang jangan tak tau Ida oi...," Adik Fiza tak kering dengan idea mengusik aku kala kami sedang menjamu selera koew teow ladna di gerai tepian jalan.
"takde la...suka mengusik ye korang ni," Malu & merah muka ku tiap kali diusik sedemikian rupa.
Adik Iqa & Zifah tersenyum seakan nak gelak.
Jahat
tau, sempat usik kak mia ye....nanti korang kawin, kak mia usik korang
pulak!!! hehe....senyum sungguh ble ingat gelagat korang semua yang so
happening :-)
Usai
sahaja makan di gerai, kami lantas pulang.Ketika makan tadi, sempat
menerima sms suami akan kedatangannya untuk berbincang dengan ayah mak
sebentar di rumah.
Aku?
Akur
sahaja apabila suami sibuk dengan persiapan di rumah nya. Hanya malam
ini sahaja yang dia free. Layan je la.....sekejap je pun,kan ! Esok dah
majlis.
Tapi,
Adik Ida & Adik Fiza dah semakin rancak mengusik bila tahu suami
hendak datang rumah...Apa taknya...sehari sebelum majlis sebelah lelaki.
Aduhai......!!!
Nak tau pe yang diusik???
"Habisla pengantin baru malam ni?,"
Sempat
menampar manja dalam keriuhan gelak ketawa memecah hilai ketika
pemanduan kereta oleh Adik Ida. As usual, cepat-cepat aku menafikan
bahawa suami akan balik cepat-sibuk dengan urusan di rumahnya.
eei, malas la....semua asyik mengusik je...malu..malu....
eei, malas la....semua asyik mengusik je...malu..malu....
Realitinya...berdebar...seakan dah lama tak berjumpa suami sendiri. Bercinta selepas kahwin....ini lah noktahnya....
Tiba
sahaja di rumah, aku lihat sebuah kereta sudah parking bersebelahan
kereta ayah. Sudah pasti lelaki itu. Kami turun dari kereta membawa
barang untuk menata rias hantaran. Sempat menyalami suami dengan
malu-malu, bertanya khabar sekelumit cuma. Hendak pandang muka suami,
bagaikan tidak boleh bertentang mata. Tak dapat diungkap. Mungkin kerana
masih tidak kenal suami realiti dan riak malu ketara lagi.
Aduhai,
Mia...apa dah jadi...dalam telefon bukan main bercinta....bila real,
lain pula jadinya !!!! Hati oh Hati..ada kata 'pergilah tegur
suami'..ada kata 'nak malu pe, kan suami sendiri tue,".....emosi bermain
pelbagai rasa. Tuhan sahaja yang tahu. Kalau boleh hendak lari dari
lelaki itu dan tak nak pandang dia lama-lama walhal itu yang diinginkan
sejak lelaki itu tiada5 hari ini....huhuhu
"ehem ehem.....tekun nampak kak mia tolong kami," Adik ida mula nak memecah usik lagi...cepat-cepat aku cubit peha kanan dia.\
"ouch,ketam dah naik Fiza oii," Adik ida membalas merenung Fiza.
"Awat
Mia macam nak tak nak je tegur suami tu..kesian kat dia...mia ni..suami
datang ...buat tak layan pulak...esok dah la nak kenduri...pi la cakap
dengan dia jap," Makin riuh usik Kak Imah pula yang sibuk menyusun
coklat dan jeli untuk digubah.
Aduhai, diaorang buat dah !!!! huhu..
Makin merah muka aku..makin diam ..tak tau nak balas pe...
Makin merah muka aku..makin diam ..tak tau nak balas pe...
Dalam
kesibukan aku membantu melipat daun sirih, sempat mengerling melihat
suami sedang minum air kopi buatan emak sambil bersembang dengan ayah.
Bila suami pandang je, cepat-cepat aku tundukkan muka. Tak tahu drama apakah yang menimpa kami tika ini....Ya Allah, usirkanlah perasaan yang entah ape-ape ni....(bisik hatiku)
"Alamak, belum solat isyak lagi ni....?," lagu hati ku setelah melihat adik-adik sepupu sedang sibuk menyiapkan jambangan bakul coklat & sirih junjung itu.
Suami? Yang ku tahu masih tidak balik lagi. Kelibat suami yang masuk ke kamar pengantinku sekali imbas kulihat tadi usai ayah dan mak rancak bersembang di ruang tamu itu.
Suami? Yang ku tahu masih tidak balik lagi. Kelibat suami yang masuk ke kamar pengantinku sekali imbas kulihat tadi usai ayah dan mak rancak bersembang di ruang tamu itu.
Secara
tiba-tiba, ayah & emak sudah memanggil ku di dapur. Terpaksa
meninggalkan adik-adik sepupu di ruang tamu tengah dengan kerja itu.
"Mia,
tengok suami Mia tu penat semacam je...Yela dia kan anak yang
diharapkan ibunya membantu banyak hal-hal dapur untuk kenduri ni....mak
dengar dia sempat lagi menjemput rakan-rakan terdekat petang
tadi......macam-macam la dia cite. Yang penting semua hal berkaitan esok
dah dibincangkan....hi, yang mia ni diam sokmo sampai tak mencelah
sembang tadi kenapa...malu la pulak," ibu sudah bersuara sambil memandang aku. Pandangan ibu pun ala nak mengusik...
huhu...nape semua suka usik aku ni
huhu...nape semua suka usik aku ni
"pergi la masuk bilik tue....mia tunggu pe kat situ...ish budak ni," Ayah dah mula berleter.
Seboleh
mungkin, aku cuba melarikan diri dari lelaki itu. Ya Allah, apa yang
berlaku pada aku ni?? Bertubi-tubi aku mengurangkan rasa debar.
Teringat pesanan Ustaz Ramlan ketika menghadiri kuliah kursus perkahwinan lewat Julai yang lalu :-
"seorang
isteri harus melayani suami sebaik mungkin. Berdosa jika membelakangkan
suami...namun pahala bagi isteri yang memenuhi tuntutan rumahtangga,"
Aduh, rasa berdosa pulak tak tegur suami sedemikian rupa....cepat-cepat berisghtifar di hati.
Ketika hendak melalui Kamar Pengantin yang masih asal rias tika kenduri di rumahku itu, sempat mendengar usikan Adik Fiza
"hi, kang dah masuk...kak mia tak keluar-keluar pe!,"
Adik
Ida dah senyum sokmo. Aku mencebik bibir. Geram diusik bertubi-tubi
walhal muka dah merah semacam. Di luar pintu, masih terdengar pecah
ketawa mereka.
*********************************************************
Melangkah ke kamar pengantin yang disinari cahaya lampu dinding ala samar itu menerbitkan suasana romantisme kala kaki menjejak ke bilik yang diubah suai oleh sepupu-sepupu ku itu. Pilihan dan idea mereka tepat dengan apa yang aku kehendaki.
Melihat
lelaki itu terbaring di tilam empuk kamar pengantin. Merenung mukanya
bagai keletihan yang sukar aku hitung. Simpati menjenguk jiwa. Bagai
ingin menyentuh wajah lelaki itu. Namun mematikan perasaan.
Masih teringat yang aku belum menunaikan solat Isyak lagi. Sempat membersihkan diri, mengambil wudhuk.
"Mia, nanti kejutkan abang sebelum 12.30 malam ye..abang kena balik la. esok kan kenduri,"
Suara lelaki itu jelas terbit di cuping telingaku kala aku baru ingin memulakan solat Isyak.Nada keletihan jelas sekali.
Tika
merafakkan tasbih dalam doa, baru tersedar yang lelaki itu
terpisat-pisat mengusap mukanya dalam pembaringan...merenung aku. Dalam
doa yang kudus itu , sempat aku memohon kepada Yang Maha Esa dilimpahkan
kebahgiaan dalam rumahtangga yang baru dibina ini.
Lelaki
itu masih terbaring di katil memandangku dalam mata yang antara pejam
tidak itu. Petanda kepenatan ketara di pelupuk matanya. Namun matanya
seakan tidak henti-henti merenung aku hingga aku jadi tidak tidak betah
membetul-betulkan lipatan telekung solat lalu menuju ke almari.
Menilik di ruang dalam almari, di asak rasa malu. Namun harus menukar pakaian tidur. Ups, di depan suami pulak tu...aduhai
"Ya Allah, bantu lah aku....," Hati aku berulang kali mengucap kata-kata itu.Tak tahu kenapa....huhu
"Mia sayang.....nak kemana lak tue?," kata
suami tersenyum melihat aku gelabah semacam je direnung lama.
Sememangnya aku nak lari dari lelaki itu. Semakin lama, semakin lelaki
itu ingin mengusik & menguji aku.Saje je !
Namun secepatnya tanganku ditarik suami duduk di sisinya.
"kata
rindu kat abang....cian kat abang...dah la penat....mia urutkan
belakang abang jap...lenguh dah tolong org rewang kenduri tadi tau,"
Tangan
aku sudah dibawa ke bahunya. Sememangnya simpati juga kerana dari tadi
emak memberitahu suami ku ada mengadu penat urus kenduri.
Dalam mengurut suami, sempat membaca doa yang dititipkan ustazah bagi
melembutkan hati suami dan penawar kebahgiaan. Hal yang baik perlu
dibuat untuk pemula rentak keharmonian rumahtangga.
Lelaki bernama suami itu kulihat tidur lena meski urutan aku hanya
seketika, Ingin membangunkannya lantaran permintaan sebentar tadi. Serba
salah aku dibuatnya. Lantas aku baring di sebelah. Mata masih belum
kantuk. Jam di dinding hampir menjengah 12.40 malam.
"aduh, nak kejut ke tak ni?," Sungguh hati rasa simpati. Kepenatan lelaki itu jelas sekali hingga sudah tidak sedar aku di sebelahnya. Aduhai,suami
Yang aku tahu, di luar sana.....suara-suara sepupu telah hilang
kerana mereka sudah pulang untuk istirehat. Ayah?Pasti dah kunci pintu.
Pesanan suami minta dikejutkan masih lagi di ingatan.
"abang.........bangun la...abang...," ku urut jemari kaki suami membangunkannya. Risau. apa kata lelaki itu jika tak mengejutkannya.
"erm.....," Hanya itu yang kedengaran dari bibir suamiku. Sempat dia menarikku dekat di sisinya.
"abang.....jangan cakap mia tak kejut ye....," tangan mula nak menggeletek pinggang suami. Geram. Lelaki itu masih tidak membuka matanya.
"ouch.....sayang,ok...ok...jangan .........kang abang......," Akhirnya mata lelaki itu yang terkatup bersinar kerana cuba mengelak tangan aku yang melekat di pinggangnya. Geli.
Aku ketawa kecil berjaya membangunkan suami dari lena yang panjang. Suka :-)
"Mia....kalau......," Bagai tersekat kata lelaki itu. Matanya seakan kuyu. Seakan mengharap sesuatu dalam rona pandangan yang membawa makna.
Aku? tunduk malu. Pengalaman kali pertama realiti 'dating berdua' di
kamar indah, menyentak naluri dalam debaran irama yang berombak.
"kalau apa..........," mata aku mendongak memandang mata suami di sebelahku.
"kalau abang tak nak balik....tapi.............nak..." Lelaki itu sengaja tidak menghabiskan ayatnya. Semakin lama semakin mendekat pada aku.
Dan.........
Sedarnya aku sudah ditarik dalam pelukan manja lelaki bernama suami
itu. Malam yang suram dahulunya...kini menjadi bintang yang indah dalam
kehangatan menghirup manisnya madu cinta yang halal di sisi tercinta.
Serangkap kalimah
Seutas tasbih yang dikirai
sehelai sejadah yang di hampar
lambang agung sebuah cinta
dari hamba kepada Pencipta
Dari mata turun ke hati
dari jiwa ke nurani
sebuah kisah cinta bersemi
antara bidadara dan bidadari
Kuselimutkan wajah indahnya
pada semilir angin yang menyapa
agar bisa ku nikmati indah pelangi
yang bersemayam di sudut taman hati
Ku lakarkan madah
ku hamparkan sebuah kisah
cinta yang suci lagi indah
agar bisa aku megah
dalam pelukan kasih yang terindah
Lewat bisikan bayu nan lembut
ku sampaikan salam dari jauh
bisakah dikau menyambut
perasaan tulus yang ku simpuh
lewat kicauan unggas yang mula riuh
Ku naikkan sauh duka
ku layarkan bahtera cinta
buat tatapan mereka-mereka
yang terpenjara dalam siksa
moga masih ada sinar
di destinasi yang masih samar
Sambutlah wahai manusia
Sebuah cerita indah dari alam maya
ku lakarkan di sini buat santapan hati anda
semoga nantikalian akan bisa
berbahagia sentiasa
berbahagia sentiasa
bersama indahnya cinta kurniaan-Nya
Senyumlah wahai teman..
Senyumlah seindah pelangi yang tercipta...(^_^)
Melarik Tinta Maya,
1 comments:
nice cerpen...