Ketika bulan Ramadhan, kadar metabolisma seseorang adalah rendah
berbanding hari-hari biasa, dan situasi ini berterusan sehinggalah
tanggal 1 Syawal. Sekiranya makan secara tidak terkawal ketika Hari
Raya, pasti akan menyebabkan kegemukan kerana kadar metabolisma yang
rendah itu. Namun soalnya, wajarkah kita berdiet ketika 1 Syawal ini?.
Pada pendapat aku, 1 Syawal merupakan ‘hadiah’ berharga buat seluruh
umat Islam setelah mengharungi puasa selama sebulan, dan sewajarnya ia
bukanlah hari yang sesuai untuk mengamalkan diet atau ‘kurang makan’. It’s a self reward day.
Berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai adalah suatu
kemestian, manakala merasai kesemua juadah yang dihidangkan pula
menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada tuan rumah yang telah
bersusah-payah menyediakan makanan buat tetamunya.
Ha, dah nak balik raya ni..pe plan korang untuk diet Hari Raya??Mai la kongsi dengan mia...hehe.
Ni plan je ya..
(dlm hati, harap2x menjadi la plan aku ni..!!! risau juga takut x bertahan)
Mai kte review what is my plan untuk diet Hari Raya nanti :-
1) Minum air 0 (elak minuman manis/sejuk/gula)
Yg ni,aku pernah wat masa edisi marhaban Raya sekolah..berjaya wp malu gak dgn tuan rumah..asyik minta air 0 & terpaksa menolak air sejuk/air manis tuan rumah beri.Tapi aku tolak dengan sopan la..kang kecik hati lak tuan rumah.
Kalau tuan rumah tu hidangkan anda dengan minuman ‘exotic‘ seperti manggo lassi, banana cream shake, atau air jus buah-buahan sebenar, itu barulah unik dan lain daripada yang lain, dan tak salah jika nak merasa.
Kesimpulannya, usah membazirkan kuota kalori yang ada
dengan air-air ‘manis biasa’ yang boleh kita rasa di luar hari raya.
Pilihlah air putih, sky juice,
air kosong, atau apa saja yang korang panggil
Kuota kalori yang berjaya diselamatkan untuk satu rumah = 65kcal
Katakan anda berkunjung dalam 10 buah rumah hari itu, maka kuota kalori yang berjaya diselamatkan ialah = 650kcal!
2) Berjalan Kaki
Ha, kalau rumah / kediaman yang nak dituju tu dekat ja..x yah la naik motor..cuba try berjalan ja ya. Rasionalnya? Anda akan menggunakan lebih kalori dengan berjalan kaki
ke lokasi berkenaan. Disamping itu, anda juga mempunyai lebih peluang
untuk beramah mesra dan bertukar-tukar duit raya dengan orang yang
diselisih ketika berjalan.
Rasionalnya? Anda akan menggunakan lebih kalori dengan berjalan kaki ke
lokasi berkenaan. Disamping itu, anda juga mempunyai lebih peluang untuk
beramah mesra dan bertukar-tukar duit raya dengan orang yang diselisih
ketika berjalan.
Kuota kalori yang berjaya ditambah untuk satu rumah = 14kcal (5 minit berjalan)
Katakan anda berkunjung dalam 10 buah rumah hari itu, maka kuota kalori yang berjaya ditambah ialah = 140kcal!
3) Busy kan diri layan tetamu
Perlukah kita berkunjung sakan kerumah famili/rakan-rakan/jiran
tetangga untuk beraya sepanjang hari? Jawapannya tentulah tidak bukan?
Anda juga perlu melayan tetamu yang hadir untuk beraya di rumah, dari
menyediakan minuman, membasuh dulang-dulang dan pinggan-pinggan kotor,
mengelap meja; semua itu menggunakan kalori. Lebih ramai tetamu yang
hadir, maka lebih sibuklah anda pada hari itu, maka lebih banyak anda
menggunakan kalori! Ya, tetamu itu adalah nikmat…
Pengalaman : ni wajib bagi saya di rumah mentua bagi raya pertama melayan tetamu x berenti..best gak buang kalori..hehe
Kuota kalori yang berjaya ditambah untuk sekumpulan tetamu
= 28kcal (15 minit satu sesi)
Katakan 10 kumpulan tetamu telah berkunjung ke rumah anda, maka kuota kalori yang berjaya ditambah ialah = 280kcal!
4) Hindari perut kosong
Jangan sesekali meninggalkan perut anda dalam keadaan kosong sebelum
pergi beraya kerana ini akan menggalakkan anda makan secara berlebihan. Dicadangkan agar minum segelas susu rendah lemak atau segelas minuman
coklat panas sebelum meninggalkan rumah.
"hm, mujuq saya dh standby air kotak low fat milk ..senang nk travel bg saya mum dgn anak ni...,"
Kenapa mesti susu atau minuman
coklat?
Jawapannya mudah. Segelas susu atau minuman coklat panas sebelum
menikmati juadah makan berpotensi untuk mengurangkan selera makan anda.
5) Niat "Nak merasa ja"
Tidak bererti anda perlu melantak kesemua hidangan yang tersedia
sehingga kenyang. Andaikan diri anda sebagai ‘pengkritik makanan’ yang
cuma perlu menentukan sama ada makanan tersebut sedap atau tidak.
Satu
cucuk sate sudah memadai, seketul kuih juga sudah memadai. Ingat,
‘merasa makanan’ itu perkara yang mulia, namun ‘makan kesemuanya’ adalah
sesuatu yang cela!
6) Amik tahu kalori makanan Hari Raya
Sebelum ‘bertemu’ seseorang, adalah lebih baik jika anda kaji dahulu
latar belakang individu tersebut agar pertemuan anda dengan individu
tersebut berjalan lancar. Konsep ini juga sama dengan makanan. Sekiranya
anda tahu berapa nilai kalori sesebuah makanan dalam sukatan tertentu,
anda akan lebih berhati-hati dalam menentukan berapa banyak yang harus
dimakan.
Sebagai contoh, sebiji biskut Almond Landon (AL) mengandungi
kira-kira 40kcal, bergantung kepada resepinya. Dengan mengetahui nilai
kalori biskut AL, anda pastinya tidak akan makan melebihi 10 biji (10
biji bererti 400kcal) untuk setiap rumah. Sekali lagi, setkan niat hanya
untuk merasa.
Di bawah ni panduan ....so, bagi yang tgh Ramadhan, dok rajin sampai melantak Raya..tu chances nak gemuk balik la tu..jaga-jaga..takut dok diet sakan..kang habis naik balik berat..ingat tue...
- Tart nenas/ strawberi/ epal = 70 kkal .
- Almond London = 110 kkal
- Biskut cornflakes = 80 kkal
- Biskut Arab (suji) / makmur = 50 kkal
- Biskut kacang/badam = 90 kkal
- Biskut suji = 40 kkal
- Kuih Semperit = 40 kkal
- Biskut kelapa = 60 kkal
- Bahulu = 60 kkal
- Dodol = 70 kkal
- Kek buah = 130 kkal
- Kek lapis Sarawak = 160 kkal
- Muruku = 120 kkal
- Agar agar buah = 30 kkal
- Kerepek pisang = 40 kkal
- Rempeyek = 70 kkal
- Wajik = 50 kkal
Makanan | Saiz Hidangan | Kalori |
---|---|---|
Ketupat | 1 Biji (80g) | 88 |
Ketupat Palas | 1 Biji (80g) | 124 |
Lemang | 1 Potong (Sederhana) | 82 |
Lontong with sayur | 1 Mangkuk | 350 |
Soto Ayam | 1 Mangkuk | 403 |
Laksa | 1 Mangkuk | 550 |
Serunding, Beef (Daging) | 55g (1 genggam kecil) | 200 |
Serunding, Ayam 55g 180 | 55g (1 genggam kecil) | 180 |
Rendang, Ayam | 1 ketul dgn kuah | 148 |
Rendang, Daging | 2 potongan daging sederhana dan kuah sikit | 112 |
Nasi Putih | 1 Genggam Tangan | 150 |
Nasi Briyani | 1 Pinggan (2 genggam) | 487 |
Nasi Himpit | 5 Potong | 150 |
Mee-hun Goreng | 1 Pinggan kecil | 295 |
Teh Tarik | 1 Gelas | 90 |
Nescafe Tarik | 1 Gelas | 100 |
Kopi O Kosong | 1 Gelas | 2 |
Soft Drink | 1 Gelas | 85 |
Air Kosong | 11 Gelas | 0 |
Air Sirap | 1 Gelas | 85 |
Kui Tart Nanas | 1 Tart Kecil | 50 |
Biskut Raya (secara am) | 1 Biskut | 25 |
Dodol | 1 Biji | 71 |
Kuih Lapis | 1 Potong | 132 |
Tapai Pulut | 1 Biji | 134 |
Ice Cream | 1 Scoop Biasa | 95 |
Kurma | 1 Biji (Besar) | 60 |
Cheese Cake | 1Potong Sederhana | 240 |
Kek Koklat (Fudge) | 1Potong Sederhana | 250 |
Kek Koklat (Sponge) | 1 Potong Sederhana | 180 |
Ingat:
Kalori di sini berdasarkan
1biji/1potong/1keping dan ini hanyalah sebagai panduan. Jumlah kalori
sebenar bergantung kepada saiz dan cara penyediaan biskut.
Kesemua yang tersenarai ini ialah sebahagian daripada
biskut kuih raya yang popular pada hari raya. Bila anda sudah tahu
jumlah kalori yang terkandung dalam biskut raya kegemaran anda, mungkin
lebih mudah anda merancang diet hari raya anda, bukan? Janganlah tak
merasa langsung, kempunan pula nanti.
7) Fokus pada protein,kurang karbohidrat
Ini bukan bermaksud nak menggalakkan anda semua untuk berdiet ala-ala
Atkins atau High-protein diet. Namun, rasionalnya disini terletak pada
konsep dimana kehadiran protein akan membuatkan sesebuah hidangan itu
lambat untuk dihadam dan memerlukan lebih tenaga untuk mencernakannya,
sekaligus meningkatkan kadar metabolisma.
Selain itu, protein juga lebih lambat ditukar kepada glukosa
berbanding karbohidrat, sekaligus risiko ia untuk ditukar kepada lemak
badan rendah. Untuk memastikan ini, pastikan juadah yang anda ambil itu
ada kandungan protein.
Jika juadah tersebut tiada kandungan protein,
sila kurangkan pengambilannya (hadkan untuk merasa sahaja). Contoh
hidangan berprotein adalah rendang atau kari ayam/daging (tanpa kulit,
boleh dimakan bersama rendang dan ketupat), laksa utara, sate, lontong
(banyakkan mengambil tauhu didalamnya, udang), ayam percik, dan
serunding.
8) Makan perlahan-lahan
Sedangkan Nabi sendiri pernah berpesan agar kunyah makanan dalam 40 kali
terlebih dahulu sebelum telan, untuk memastikan makanan tersebut
betul-betul hancur dan sebati dengan amilase liur (air liur). Ini akan
membawa kepada proses pencernaan yang lebih teratur. Malah, otak juga
mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mentafsir sama ada anda sudah
kenyang atau pun sebaliknya. Maka dengan itu, makanlah secara perlahan
dan teratur. Ingat, sekiranya anda menghabiskan 1 hidangan makanan
kurang dari 10 minit, itu bererti anda seorang yang gelojoh.
9) Pandai2x la tolak tawaran
Pernah mengalami situasi dimana tuan rumah suruh anda tambah dan tambah lagi makanan? Dalam konteks ini anda kena pandai ‘menawar’ agar apa yang anda kata (menolak pelawaan) tidak akan mengecilkan hati si tuan rumah.
Berikan alasan yang anda sudah kenyang, atau jika ditanya mengapa tidak minum minuman manis yang terhidang, beritahulah beliau bahawa anda ingin mengelak daripada mendapat penyakit kencing manis (kencing manis adalah contoh yang terbaik kerana ia penyakit yang common, semua rakyat Malaysia, walaupun yang duduk di ceruk kampung mana sekalipun pasti tahu).
Lakukannya dengan cara baik, namun jangan sesekali memberi alasan diet kerana kebiasaannya, alasan itu tidak boleh dipakai sama sekali, malah anda akan dipaksa untuk makan dan minum dengan lebih lagi. Ok?
10) Puasa Enam + Puasa Ganti
Ni strategi yang baik..pepun niatkan yg 1 di minda untuk berpuasa..ibadah jangan tinggal pula ya..seeloknya as me..saya akan raya hari 1 & 2 ja tahun ni..raya ketiga dah leh start puasa ganti....selain dapat pahala, saya turut menjaga pemakanan cover balik raya 1 & 2.
Pernah mengalami situasi dimana tuan rumah suruh anda tambah dan tambah lagi makanan? Dalam konteks ini anda kena pandai ‘menawar’ agar apa yang anda kata (menolak pelawaan) tidak akan mengecilkan hati si tuan rumah.
Berikan alasan yang anda sudah kenyang, atau jika ditanya mengapa tidak minum minuman manis yang terhidang, beritahulah beliau bahawa anda ingin mengelak daripada mendapat penyakit kencing manis (kencing manis adalah contoh yang terbaik kerana ia penyakit yang common, semua rakyat Malaysia, walaupun yang duduk di ceruk kampung mana sekalipun pasti tahu).
Lakukannya dengan cara baik, namun jangan sesekali memberi alasan diet kerana kebiasaannya, alasan itu tidak boleh dipakai sama sekali, malah anda akan dipaksa untuk makan dan minum dengan lebih lagi. Ok?
10) Puasa Enam + Puasa Ganti
Ni strategi yang baik..pepun niatkan yg 1 di minda untuk berpuasa..ibadah jangan tinggal pula ya..seeloknya as me..saya akan raya hari 1 & 2 ja tahun ni..raya ketiga dah leh start puasa ganti....selain dapat pahala, saya turut menjaga pemakanan cover balik raya 1 & 2.
11) Workout (at least 1 week=2x)
Ni cite orang balik kampung..mesti susah kan nak workout. tambah mcm mia yang dok rumah mentua ni..tahun ni mia target mesti buat juga...insyaallah raya ke-3 mia akan mula..Caranya :-
Ni cite orang balik kampung..mesti susah kan nak workout. tambah mcm mia yang dok rumah mentua ni..tahun ni mia target mesti buat juga...insyaallah raya ke-3 mia akan mula..Caranya :-
-sit up (wajib setiap hari sebelum tidur)
-warm up + joging (20 minit)
Cukup la ni dr tak buat langsung...susah juga nak buat di rumah orang ni..tapi pandai2x la kte cover k..demi menuju misi diet yg baik di Hari Raya...
12) Segenggam nasi
Hidangan saya nanti saya akan hadkan segenggam nasi/1 senduk kecil nasi ja. Ayam?saya akan pilih ayam dada. Sebab bahagian ayam inilah paling banyak protein dan juga
paling kurang lemak. Kuah lodeh pula saya mengambilnya banyak sayur
dan mengurangkan pengambilan kuahnya kerana kuah itu terdiri daripada
santan yang kita tahu santan merupakan lemak dalam pemakanan. Ni contoh yang saya akan try lakukan
Ha, ni plan saya..anda yg berdiet juga mesti ada plan sendiri kan demi menuju puncak..So, tepuk dada set minda untuk berani mengatakan "AKU BOLEH MELAKUKANNYA".
Melarik Tinta Maya,
4 comments:
tq kak mia.. Tips yg sgt berguna :)
tq kak mia.. Tips yg sgt berguna :)
@nabilah
tips ni mmg berguna & untuk ingatan semua geng diet :-)
Rase bersemangat teros berdiet ala kak mia...useful info