Sekiranya kita mengira setiap sen perbelanjaan kita setiap bulan, ia
adalah lebih daripada jumlah pendapatan yang kita terima setiap bulan.
Ini adalah cara Allah memberi rezeki kepada hambaNya. Dia adalah Maha
Pemurah lagi Maha Pemberi Rezeki. Inilah kata-kata yang pernah saya
tulis dalam Facebook saya.
"Memang benar, perbelanjaan kita adalah
sebenarnya adalah lebih daripada pendapatan kita. Persoalannya, ke
manakah wang kita dibelanjakan?,"
Gaji kita akan meningkat daripada tahun ke tahun. Persoalannya,
"mengapakah masalah kewangan tidak selesai walhal gaji kita naik saban
tahun?,"
Puncanya ialah kita berbelanja selari dengan kenaikan gaji kita.
Pendek kata, sekiranya gaji kita meningkat, perbelanjaan kita juga akan
meningkat kerana kita mengubah gaya hidup kita. Sekiranya dahulu kita
memandu kereta Wira, kita akan memandu kereta Volkswagen apabila
syarikat mengumumkan penyelarasan gaji baru.
Punca masalah kewangan adalah bukan berpunca daripada pendapatan yang
rendah. Thomas Stanley dan William Danko dalam bukunya The Millionaire
Next Door, menceritakan kisah dua keluarga yang tinggal di rumah saiz
yang sama, mendapat pendapatan yang sama banyak, tetapi kedua-duanya
mempunyai keadaan kewangan yang jauh berbeza.
Sebuah keluarga mempunyai
wang simpanan yang cukup untuk belanja harian apabila ketua keluarga
bersara, sementara sebuah lagi asyik kesempitan wang dan tidak mampu
mebayar hutang kad kredit. Punca utama sebuah keluarga mempunyai
kewangan yang teruk bukanlah pendapatan yang rendah. Tetapi disebabkan
mereka tidak berdisiplin dan tidak mampu menahan nafsu berbelanja.
Menurut Cyril Northcote Parkinson, iaitu penulis buku Parkinson's Law,
beliau menyatakan bahawa perbelanjaan harian kita bertambah bagi
memenuhi bertambahnya pendapatan. Oleh sebab itu, mengharapkan
bertambahnya gaji adalah bukan jalan penyelesaian membebaskan diri
daripada masalah kewangan. Hukum Parkinson menyebabkan kita masih lagi
menghadapi masalah kewangan walau pendapatan sudah meningkat.
Bagi menghadapi dan mematahkan Hukum Parkinson ini, cuba kita
aplikasikan Prinsip Sendal Baji setiap kali kita menerima kenaikan gaji
ataupun pendapatan. Sebaik sahaja kita menerima wang lebihan, kita
menyimpan 50% kenaikan itu.
"Contohnya, kita menerima kenaikan gaji
sebanyak RM100 sebulan, kita menyimpan RM50 sebulan ke dalam akaun lain
dan duit ini jangan sekali diusik. Baki kenaikan kita itu, kita gunakan
untuk perkara-perkara lain,"
Apa yang kita lakukan ialah meletakkan
sendal baji yang kuat ditengah-tengah tambahan penambahan kita. Ini
dapat menahan diri daripada membelanjakan kesemua pendapatan kita setiap
kali naik saban tahun demi masa depan kita.
Teruskan prinsip ini sepanjang hidup kita.
Teruskan prinsip ini sepanjang hidup kita.
"Menyimpan setiap bulan 10
hingga 20 peratus daripada pendapatan, ditambah pula dengan 50 peratus
tambahan pendapatan, dapat menjadikan kita orang yang bebas daripada
masalah kewangan,"
Apa yang penting, kita kekalkan gaya hidup yang
sederhana. Bak kata Tun Daim Zainuddin,
" Tambahkan pendapatan dari
tahun ke tahun, tetapi kekalkan gaya hidup lama.
Sumber:
1. No! Excuses! Jangan Berdalih lagi untuk Berjaya, Brian Tracy, 2011, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd..
1. No! Excuses! Jangan Berdalih lagi untuk Berjaya, Brian Tracy, 2011, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd..
1 comments:
takutnya jd mgsa 'duit'..:)