Hujan
masih berderai tatkala jam sudah menginjak 1.30 pagi di bumi Al Maad. Gelisah
seketika di kamar tidur “single”. Di bilik sebelah, kedengaran dengkuran suami
serta lenanya anak-anak terunaku bagaikan melabuhkan tirai sepi malam. Aku
masih terkesima di pembaringan. Susah untuk kulelapkan mata. Neem leave oil Dr
Luqman yg masih melekat di seluruh anggota tubuhku benar-benar membuatkan aku
derita untuk menutup mata. Kain batik kewajipan untuk menutup bantal kepala dan
ruang pembaringan. Tubuh badan yg hanya bertemankan kain batik cuma sudah akrab
menjadi teman sebati.
'Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar…La.ila..ha
illallah..”..
Ku diasak kenangan momen malam raya 24 Jun 2017. Malam yang penuh
syahdu melafazkan takbir raya. Aku masih bertahan untuk berpakaian sempurna
mungkin di ruang legar rumah mertuaku. Diasak keramaian adik beradik suami,hati
disapa gembira. Sudah lama tidak bersua dengan ahli keluarga suami.
Syahdu
juga bila terkenang saat terakhir petang 24 Jun 2017 bersalam dengan ayahandaku
'Mohon
izin pulang ayah ikut suami. Ampunkan dosa-dosa mia..halalkan makan minum
mia…terima kasih atas segalanya,” sebak walaupun tiada tangis air mata.
Ayah
menyambut huluran salam dan berkata
"Dah nak balik ye…pergilah,”
Suatu
ketika aku adalah milik ayah dan ibu. Namun hari ini hakikatnya aku adalah
milik hakiki suami. Noktah perjalanan seorang “wanita”. Syurga sememangnya di
bawah tapak kaki ibu….Namun syurga seorang isteri mutlak di tangan “suami”.
Hakikat hukum yang ditentukan.
Mendengar
lagu Aidilfitri berkumandang, aku tersenyum saat Hari Raya Aidilfitri pertama
menjelang. Betapa indahnya ukhuwah sebuah keluarga dapat bersalam-salaman. Untuk apa aku berduka di saat Allah
menghadirkan lebaran untuk diraikan….Ya,aku harus kebalkan hati melawan “psoriasis”
yang kian mula menular, mengharungi segala syahdu di jiwa.
Perjalanan
demi perjalanan Hari Raya kulalui dengan semangat penuh tabah,ku aurakan
senyuman pada semua insan…ku gagahi langkah demi lebaran yang satu……Namun
ternyata aku telah lumpuh akhirnya. Lumpuh akibat tidak berpantang dari daging
dan telur serta bahan perisa ayam yang memenuhi ruang selera Aidilfitri. Lumpuh pabila psoriasis dr kulit kepala menjamah ruang muka,leher,tubuh badan depan belakang,lutut,peha,siku,kaki....segenap tubuh bermain rona bercak merah psorasis.....seakan aku ibarat dihinggap sisik ikan.
Tidak
aku menyalahkan sesiapa…
Sememangnya aku ditakdirkan untuk menjamah ikan semata (yang
tidak gatal) serta sayur yg dibenarkan saja kecuali terung,bendi,labu,kekacang.
Tak perlu aku menunding jari atas ketiadaan “ikan” di pagi raya..Itu fakta yang
tak boleh disangkal. Salah nafsu aku sendiri kerana tidak berpantang,malah
memaksa diri mengikut arus kala bertandang di rumah orang untuk beraya dan
seboleh mungkin aku tiada pilihan lain selain makanan berasaskan telur dan
daging.
Gelisah
menghantui diri kala kegatalan mula mendatang….Ku lihat bercak bercak merah
memenuhi semula ruang seluruh anggota badan sehingga aku jadi takut..nanar
melihat kulit tumbuh di sekeliling muka,namun masih dapat ditutupi dr pandangan
mata semua pabila aku bertudung. Terima kasih Allah.
Saat
Ramadhan aku masih dalam set 4 rawatan Luqman Herb Centre,aku terasa bagaikan
kesembuhan mula menjelma…kini setelah Hari Raya ke 4 detik detik derita menimpa
semula…kepedihan membuatkan aku terpaksa mengoles olive oil semula di seluruh
tubuh. Panas…pijar..tidak selesa…Itu sudah pasti. Namun insan yg melihat tidak
merasai…Hanya aku saja yang mengalami….Terlambat dan dicop lembap itu
seringkali menjadi mainan bibir terhina jiwa.
Pernah
ada seorang sahabat berkata selepas Hari Raya berakhir seminggu lalu
'Syukur
mia,nampak ko makin sembuh,”
Aku
mampu tersenyum. Fakta itu auta semata!
Sesungguhnya
kita seringkali menilai luaran berbanding dalaman pesakit.Bukan begitu??
Bercakap
tentang dosa…Ya, manusia mana yang tidak berbuat dosa. Aku juga tidak terlepas
dr bahana kejahatan yang mungkin aku telah lakukan tanpa aku sedar….Hati aku
mudah terguris..mudah terusik pabila ada yg mengatakan
'Mia…ble
sakit ni kita perlu renung semula…mungkin betapa banyak dosa kita dengan Allah,”
Ya..itu
aku tahu…tapi aku jadi luluh jiwa ble saat kedengaran
'Mungkin
ko dapat sakit ni bahana ko menderhaka,Mia...bersihkan hati yang kotor…cuci
jiwa yang negatif”
Hm..?
Jiwa aku merintih. Cuba bermuhasabah walau tangisan makin deras. Luluh.
Derhaka
pada ibubapa?
Derhaka
pada suami?
Derhaka pada keluarga sendiri?
Derhaka pada keluarga mentua?
Jahat
sangatkah aku nie?
Perlu ka semua orang menunding akulah pendosa tegar itu…
Tidakkah
yg bercakap itu juga terpalit dosa selaku manusia.
Ya
Allah,aku letih….aku lelah untuk menghadapi semua kelumpuhan sakit dan jiwa
ini. Bantu aku kembali ke jalan-Mu….aku seakan merasakan tiang ketahanan ku
semakin goyang walaupun adakala nampak kukuh. Adakala aku penat untuk menjaga
hati semua yang aku sayang….aku semakin goyah untuk berkorban demi menjaga hati
orang lain sedangkan hati aku terseksa.
Peluklah
aku sebentar Ya Allah ! Peluklah aku…
Perkuatkanlah
hati dan jiwa aku untuk memahami erti “redha.
Jangan
kau lumpuhkan aku ya Allah…
Kedua-dua
sayap aku yang dahulunya disemai baja hidup subur…Kini cuma menanti masa untuk patah.
Tidak tahu sampai bila sayap itu akan bertahan. Adakah sayap itu akan utuh
seperti dahulu? Aku sedang berusaha mencari jawapan sambil memandang ke atas
mengharap sinar akan kembali meskipun ia akan hadir lewat bukan pada jangka
yang ada.
Huhuhuhuhu…………………………..Bunyi
tangisan di bilik sebelah menyentak lamunan jiwa. Tanpa sedar air mata
membasahi ruang bantal. Segera ku bancuh susu untuk anak keduaku Md Zakiy
(setahun 4 bulan). Suami bergerak-gerak tersedar,namun masih menutup mata.
Memandang
suamiku….aku sendu berlagu.
Sebak
‘Abang,ampunkanlah
dosa isterimu ini yang penuh kekhilafan….dosa isterimu ini yang seringkali mengabaikan
dirimu zahir dan batin….dosa isterimu yang tidak mampu menjadi cantik sempurna
isteri diharapkan…dosa isterimu yang menjengkelkan kata-kata….dosa isterimu
yang sentiasa meledakkan amarahmu…dosa isterimu yang kurang mengangkat kebaikan
mu….dosa isterimu yang membuka aurat….dosa isterimu yang menyakiti hati dan
jiwa ragamu…..dosa isterimu yang banyak menyusahkan derita hidupmu. Wahai
suamiku…ampunilah aku hari hari kte bersama agar jika aku pergi…aku akan pergi
dengan setenang mungkin……,”
Terduduk
aku memandang suamiku….Tanpa sedar,dia terjaga
‘Eh,mia
…kenapa tak tidur lagi? Tak habis lagi sakit ke dengan minyak tu?,” Soalan yang
selalu suamiku tanyakan…Ya,dia sudah lali..sudah biasa memandang aku yang
semakin menggerikan kulit kulitku.
‘mia
ok…nak tidur dah…baru hilang minyak nie….abang tidolah,”
Memasuki
bilik sebelah….aku menangis sepuas-puasnya. Ingin sahaja aku katakan kepadanya
‘Abang….sampai
bila abang mampu bertahan? Sampai bila abang akan terima Mia? Sampai bila abang
akan sayangkan Mia? Sampai bila abang akan bahagia? Sampai bila Mia tak kan
susahkan kehidupan abang? Andai ada jalan pengakhiran yang mungkin membawa
kebahagian buat abang….lepaskanlah Mia..agar abang bisa bahagia,”
Istighfar….isghtifar….!!!
Perkataan
itu boleh menggegarkan tiang arashy….Aku sedar dalam pasrah!!!
Allah,selamatkanlah
rumahtangga aku….
‘Wahai
ayah….wahai ibuku….kalau diputarkan kembali…ingin sahaja aku minta Allah
menjemput aku agar aku tidak membebankan kalian….namun aku masih bertahan atas
nasihat dan kekuatan yang kalian berikan untuk aku bersabar,’
Saat
ini aku mulai kelam pandangan….
Aku ingin rebah di hadapanmu Allah….
Tidurkanlah
aku dengan tenang meski olesan minyak melekat pedih liang kulit….menyesakkan kegatalan
aku menggaru kulit yang adakala bisa berdarah….
Jam
2.30 pagi…Kelam….Noktah.
Esok?
moga jiwa terubat kembali…moga langkah menjadi kebal …sekebal senyuman di
hadapan semua…..S.M.I.L.E
Pena Tinta Maya,
0 comments: