Kawan-kawan, dibandingkan cinta Allah dengan cinta manusia, cinta Allah itu lebih kekal. Cinta Allah tidak bersyarat, cinta Allah tidak ada tarikh luput, cinta Allah juga tidak menyakitkan. Dari berebutkan cinta manusia, apakata kita rebut cinta Allah? Kerana dunia hanya sementara. Mari sama-sama kita merubah diri. Bukan untuk siapa-siapa. Change to a better us, for ourselves.
Pertama,
berubah dari segi solat. Solat itu tiang agama. Rumah tanpa tiang itu kan rumah
yang berbahaya untuk didiami? Rumah tanpa tiang itu bila-bila akan roboh
menyembah bumi ditiup angin nafsu dan taufan syaitan. Untuk solat, mula-mula
kita cuba cukupkan solat. Cuba untuk tak tinggal solat walau sesibuk mana hari
kita. Solat itu paling ringan, tapi paling berat nak dilaksanakan. Perlahan-lahanlah.
Paksa diri. Lepas paksa lama-lama kita akan ikhlas. Bila solat dah cukup lima
waktu, kita cuba solat di awal waktu. Bila solat dah cukup, bila kita dah
istiqomah solat di awal waktu, kita indahkan lagi solat kita dengan solat-solat
sunat. Perlahan-lahanlah. Didik diri sendiri. Solat itukan mencegah kita dari
kemungkaran? Oleh itu, jagalah solat kita. Insya-Allah hati kita akan terdidik
dengan sendirinya.
Kedua,
berubah dari segi pemakaian. Kalau nak ubah sesuatu, kena mula dari bawah. Oleh
itu, mula-mula kena sarung stoking dulu. Pakai stoking tak susah pun
kawan-kawan. Kalau tak dapat, mula-mula cakaplah kat diri sendiri yang kita nak
lindungi kaki dari debu dan habuk. Heh. Lepas tu dah lama-lama kita akan biasa.
Lepas tu, labuhkan tudung ke paras dada. Walau apapun tudung kita, selendang
ke, pashmina ke, tudung bawal ke, tudung adijuma ke, tudung ton dua warna ke,
cuba labuhkan tutup dada. Perlahan-lahan. Tak semestinya bertudung labuh, tak
semestinya berjubah 24/7. Yang penting, apa yang Allah suruh tutup, kita tutup.
Yang boleh tunjuk cuma muka dan tapak tangan saja. Yang lain-lain, semua kita
tutup. Kalau nak berubah ke bertudung labuh terus pun takpe. Allah lagi suka.
Allah
tak suka manusia yang berbuat dosa. Tapi Allah suka manusia yang setelah
berbuat dosa dia bertaubat. Berubah itu tak pernah terlalu awal dan tak pernah
terlalu lambat, kawan-kawan. Benda yang baik jangan dilambat-lambatkan (ini
selalunya orang pakai untuk kahwin je kan padahal boleh guna untuk semua benda
baik). Perlahan-lahanlah. Selalu ingat, kita tak pernah dijanjikan esok. Kita
taktau bila ajal
akan datang menjemput. Selagi masih punya waktu, mari beribadat
seolah-olah tiada lagi hari esok. Dan lagi, semua perkara yang kita
lakukan kalau niat asasnya kerana Allah, semuanya adalah ibadah.
Semuanya akan
terasa lebih bermakna.
Kepada
yang mempunyai kawan yang sedang berubah ke arah yang lebih baik, jangan
jatuhkan semangat mereka dengan kata-kata sinis yang melemahkan semangat. Tapi sokonglah
mereka kerana ini salah satu usaha hijrah dan jihad mereka untuk mencapai redha Allah.
Kalau kita ikut sama, lagi bagus!
Melarik Tinta Maya,
0 comments: