Salam buat semua pengunjung Blog Maya Mia,
hm...persoalan di atas seringkali saya dengar dalam dialog-dialog harian...Ye la..almaklum la saya juga sebagai ibu kini..pasti kerja surirumah tetap kena buat kan?hehe
Tapi yg menjadi persoalannya ....bukan saja dalam fikiran emak-emak,malah org ppuan yg baru berumah tangga @ mungkin juga gadis2x yg bakal mendirikan rumah tangga kelak. Ye tak? Ini aku cakap berdasarkan wanita yg kategori mcm aku. Bagi yg underweight/normal weight...memang aku salute la...wp jadi surirumah badan tetap maintain..SAPE TUE..ANGKAT TANGAN SIKIT?
Ups..bukan aku k..aku pun kalah..hahaha
Bukan sedikit kerja rumah yang dilakukan,
tetapi boleh dikatakan banyak juga. Daripada mengemas rumah, membasuh
pinggan mangkuk, membasuh baju, memasak untuk suami, menghias laman
rumah, mengurut badan suami yang berpanau, melayan kerenah anak-anak,
dan berbagai lagi. Tidak tersebut aku di sini.
Tetapi mengapa masih tidak kurus? Bukankah aktiviti-aktiviti di atas
membakar kalori?
Bab ni selalu orang tanya..tambah2x lagi geng2x yg berdiet..Aku teringat pesanan seorang yg aku kira INSPIRER dalam diet.....siapa lagi ENCIK SUSUSEJAT..hehe
"setiap senaman haruslah dirombak sekali dalam 2 minggu supaya
badan kita tak kan sentiasa terkejut dengan rejim senaman yang baru? Hal ini
samalah dengan permasalahan di atas,"
Aktiviti-aktiviti di atas, sekiranya kita lakukan buat pertama
kalinya mungkin boleh dikira sebagai senaman, dan sudah pasti berat
badan akan turun beberapa kilogram dalam masa sebulan, namun percayalah
selepas itu berat anda tidak akan turun lagi.
Ini kerana, kerja-kerja rumah tersebut, apabila dilakukan
berulang-ulang kali, akan berubah menjadi apa yang dikenali sebagai
“rutin” – badan akan sedaya upaya menyesuaikan dirinya agar jisim tubuh
tidak berkurangan; ketahuilah bahawa turun berat badan sebenarnya dikira
sebagai rugi oleh tubuh badan kita. Meskipun pada kita
turun berat badan itu bagus untuk mendapatkan BMI yang idle, tetapi
badan kita menganggap sebaliknya.
"Analogi mudah, anggap sahaja berat
badan kita seperti wang di bank, bukankah penyusutan jumlah wang itu
sesuatu yang merugikan?,"
Sesuatu yang menjadi rutin, meskipun menggunakan kalori, namun ia
tidak membakar lemak secara efektif.
"Untuk membakar lemak, kita kena
pandai ‘menipu’ tubuh badan kita supaya badan tidak boleh menyesuaikan
diri dengan perubahan tersebut, lalu akan terus ‘tertipu’ untuk membakar
kalori dengan kadar yang sama seperti bersenam meskipun anda sedang
tidur! Inilah resepi kejayaan “weight/fat loss” yang ramai mungkin tak
nampak,"
Ha..idea ni memang bernas untuk korang lakukan untuk mengatasi masalah rutin tadi.
Terdapat 2 perkara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ‘rutin’ ini:
1 - Rajin-rajinlah bersenam
(kardio + kekuatan), jangan terlalu bergantung kepada aktiviti-aktiviti
yang sudah menjadi rutin untuk menurunkan berat lemak.
2 – Dengan sedikit modifikasi
(kerap) ke atas aktiviti-aktiviti yang sudah menjadi rutin tersebut,
anda boleh menipu tubuh anda lalu boleh menurunkan berat badan dengan
konsisten.
Kesimpulannya :-
"konsep berpeluh2x bagai kat dapur tu bukan suatu pembakaran lemak yg pasti sepertimana omongan kita,"
"tak kira pe jua permulaan workout yg kte buat.....untuk permulaan badan akan mengalami penurunan berat, tapi selepas
beberapa ketika, badan akan mula menyesuaikan diri = susah nak turun
berat dah.. sebab tu kena pelbagaikan rutin senaman,"
Kata-kata di atas nasihat dari INSPIRER DIET....
Ups...fikir2xkan & selamat buat kajian.
Pepun..pastikan anda pelbagaikan rentak workout anda k..Plan ur workout as u can.
Sharing is Caring,
3 comments:
best sgt n3 nih.. ade input pasal rutin yang sebelom nih zura tak tahu pon. lepas nih kena belajar cara nak tipu badan supaya semua keje rumah yang kita buat x menjadik rutin pada badan kita. Terima kasih Mia atas n3 yang berilmu ini..:)
Tq for sharing..baru ta je sis..
terima kasih info ni..
nak turun berat sikit jer lagi..tapi punya la susah ya amat sangat...