Orang berbentuk badan ‘pear’ hidup lebih lama!
Adakah anda tahu bentuk badan anda dan apa implikasinya
terhadap kesihatan anda? Jom teruskan membaca bagi mendapatkan jawapan
bagi persoalan ini.
Mengetahui bentuk badan anda yang sebenarnya akan memberi banyak
manfaat terutama dari segi kesihatan. Terdapat tiga jenis bentuk badan
wanita yang popular iaitu ‘hourglass’, pear, dan epal.
Bentuk hourglass
Pasti anda terbayang wanita-wanita seperti Saloma, Marilyn Monroe dan J.Lo apabila menyebut tentang bentuk badan hourglass.
Ukuran dada dan punggung yang seimbang dengan pinggang yang ramping
memang menjadi idaman setiap wanita kerana bentuk badan sebegini
dianggap bentuk badan yang sempurna bagi seorang wanita.
Malangnya, hanya 8% (ya, lapan) sahaja wanita di dunia ini yang dikurniakan dengan bentuk badan sebegitu.
Wanita bertuah yang memiliki bentuk badan sebegini biasanya mempunyai
ukuran dada dan punggung yang lebih kurang sama.Ukuran pinggang pula
biasanya 9 inci lebih kecil daripada dada.
Bentuk epal
Sekiranya bahagian badan anda yang paling besar adalah di sekitar
bahagian abdominal, dan anda sering mengeluh tentang ‘spare tyre’ yang
sukar dikempiskan, maka anda tergolong dalam wanita berbentuk badan
epal.
Mereka yang berbentuk badan epal mempunyai bahagian badan yang lebih
besar di atas dan kecil di bawah. Risiko kesihatan juga lebih tinggi
bagi yang berbentuk badan epal kerana lemak banyak berkumpul di
sekeliling organ dalaman. Lemak ini dipanggil lemak ‘visceral’.
Lebih besar nisbah punggung-ke-pinggang, lebih besar risiko kesihatan yang mungkin dialami seseorang itu.
Bentuk pear
Inilah hakikatnya, kebanyakan wanita mempunyai bentuk badan seperti
pear – bentuk badan yang kecil di atas dan ‘kembang’ di bawah.
Kebanyakan lemak di dalam badan berkumpul di peha dan punggung. Dan
berita kurang enaknya ialah, walaupun seseorang yang berbentuk badan
pear berjaya menghilangkan berat badan, badannya tetap kelihatan
berbentuk pear.
Berita baik untuk bentuk badan pear!
Jangan kecewa jika anda ditakdirkan mempunyai bentuk badan pear yang akan kekal bentuknya walaupun anda menguruskan badan.
Menurut satu anlisis yang dilakukan oleh Dr. Ashwell, seorang bekas
penasihat kerajaan di UK, mereka yang berbentuk badan seperti pear
mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding mereka yang
berbentuk badan seperti epal.
Oleh kerana bentuk badan epal mempunyai banyak lemak ‘visceral’,
keadaan ini meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan gangguan hormon.
Risiko masalah jantung dan kencing manis juga meningkat.
Hasil kajian ini mengesyorkan penggunaan nisbah pinggang-ke-tinggi
untuk mengukur ‘lemak jahat’ di bahagian tengah badan bagi memberi
gambaran sebenar tentang keadaan kesihatan seseorang.
Walaupun Dr. Ashwell berkata teknik ini mengambil masa untuk
dibuktikan kebenarannya, beliau menyarankan agar kita mengekalkan ukur
lilit pinggang tidak melebihi separuh daripada ketinggian kita.
3 comments:
info yang bagus nih.
tapi zura pon tak sure bentuk badan zura sendirik.. kekeke
x tau mana 1 btk bdn hana:)
Sy pun mempunyai badan btk pear memang payah nak turunkan berat badan. Tuun lmbt tp naik cepat kalau x jaga makan.
Kadang2 tension. Ni pun masih dlm proses turunkan brt bdn.