67.1kg (start diet 14.1.2017)--)time to run now until 50kg

Monday, 3 April 2017

CHAPTER 9 : Tidak Semudah ABC

Ahad,2 April di Majlis Mesyuarat Agung PIBG 2017


Menghirup nafas pagi hari ini sesungguhnya menjadikan aku insan yang kerdil kerna Allah masih menganugerahkan aku kehidupan untuk diteruskan. Memandang cermin di sudut ruang rumah,aku ingin menangis melihat segala peta di seluruh anggota badan. Terkesan juga bila ada yg bertanya

"Tak sakit ke?...kami yang menengok pun dah rasa macam pedih?," 

Soalan itu acapkali kedengaran dari ibu tercinta dan rakan wanita terdekat.

Tipu lah jika aku katakan tak sakit. Teringat jam 6.50 malam Ahad 2/4/2017,kala memandu pulang dari rumah parentku untuk balik ke rumah Arau....aku cuba memandu dalam keadaan yang normal,namun...pemanduan kian jadi agak rumit kerana kebiasaan masuk sesi petang hingga malam je,aktiviti rengsa menggaru mula menyelimuti diri. Entah la,terkadang aku rasa bagaikan ada gegata di seluruh tubuh. Ia memang menganggu keadaan diri. 

"Ujian Allah untuk ina...banyakkan selawat...banyakkan sabar," kata-kata itu sering kedengaran dari suami kala aku mengeluh.

Aku mengeluh ka?
Hm,entah la....bila aku selalu sahaja sebut "Pedih"..."Pedih"...orang sekeliling akan cakap aku mengeluh. Dalam aku mengeluh,aku sering berzikir dalam hati. Allah je yang tahu saat aku berseorangan bertahan. 

Bukan mudah untuk aku lalui semua ini tanpa sokongan tulus dr suami dan parent yg sering bersama denganku.

Sejak akhir-akhir ini,aku begitu cemburu sekali bila melihat suamiku dapat tidur lena....sedangkan aku masih dengan aktiviti menggaru. Ujian dari Allah. Allah tarik tidurku yang penuh lena. Terkadang aku lelah untuk menggaru. Pernah suami kata

"Cuba jangan garu...,"

"Memang aku tak nak garu kepingan kulit ni..tetapi ia ibarat gegata...," 

Bila hendak kemana-mana,memang agak sukar buat aku yang perlu mengambil masa memakai minyak olive oil di seluruh tubuh badanku,muka,kaki...Aku terpaksa memakai olive oil sekurangnya 30 minit sebelum berpakaian. Saat olive oil sampai di tubuh badan,aku gelisah menahan pedih. terpaksa mencari kipas menyejukkan seketika sebelum berpakaian.



Nampak macam mudah?
Air mata aku kerap mengalir bilamana ada yg mengatakan

"Lembapnya..."

"Mandikanlah anak-anak dulu,baru letak minyak tue,"

Bercakap memang mudah. Tetapi bukan semudah abc. Semua yg terjadi saat ini memerlukan masa dan pengertian insan-insan tersayang yang bergelumang hidup denganku.

Saat ini, aku berdoa moga aku bertahan dalam layaran bahtera ini. Bukan aku meletakkan kesalahan pada suami...Tetapi,aku terbeban kerana seringkali tidak dapat menjadi wanita normal seperti dahulu.

Terima kasih mak ayah yang sudi jaga anak-anakku ....selalu memberi masa buat diri untuk memakai ubat. 

Terima kasih buat mak yang selalu bersabar menyapu kulit-kulitku yang bertaburan. Seringkali aku menangis di sanubari kerana emak sanggup bersabar dengan anaknya. Betul la disebutkan dalam Aquran....seorang ibu akan lebih memahami rasa senang dan susah anaknya berbanding insan lain. 

Terima kasih juga ayah yg banyak membantu menggalas tanggugjawab aku kala lalai mendidik anak-anak.

Untuk suamiku,
"Abang tak pernah salah apa-apa. Allah bagi ujian kat abang untuk berdepan dengan isteri yang macam nie....Terlalu banyak dosa ku sebagai isteri. Terlalu banyak kelemahan yang ada pada ku yg sedang berjuang melawan dugaan melanda,"



April yang datang........
Bukan seindah yang dikhabarkan. Jika teman-teman sedang enak untuk bersiap sedia untuk latihan rumah sukan & sukantara demi Kejohanan Balapan dan Padang yang akan berlangsung 27 April ini....pada aku? Ia bagaikan mimpi yang tak sudah....momen ini bukan untuk aku.....Ya,ia bukan untuk aku....aku memang tidak mampu lagi menipu diri di hadapan teman-teman. Adakala aku bisa jadi insan kuat...tetapi di belakang aku lemah...tapi aku cuba bangkit seboleh mungkin. Jika 15 tahun lalu,aku bisa berdiri teguh...kenapa tidak sekarang? Hidup aku harus dimotivasikan selalu.

Ya Allah, sesungguhnya aku insan istimewa pilihan Allah yang sedang diuji,bantu aku untuk memujuk hatiku andai dugaan yang mendatang ini seakan menghimpit diriku. Aku tahu bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksa diriku,bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doaku, bukan Dia tidak kisah air mataku. Dia cuma hendak aku tahu bahawa Dia menyayangiku. Sangat menyayangiku. Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, aku pilihannya. Dia memilihku kerana Dia ingin aku kembali padaNya. Mungkin selama ini, aku lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya, mungkin selama ini aku kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padaku.
Limpahan nikmat yang aku perolehi jarang sekali aku syukuri. Bahkan aku banyak mengeluh.
Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”- (Al-Mulk: 1-2)
PerancanganNya sungguh berseni dan sungguh sempurna. Dia tahu aku merancang itu dan ini, Dia tahu aku mahu itu dan ini, namun yang terjadi adalah sebaliknya. Aku perlu ingat dan pasakkan dalam jiwa, Dialah sebaik-baik perancang.

Wahai sekalian sahabatku yang sama-sama sedang memperbaiki diri dan memperbaiki iman. Hidup ini dilingkari seluruhnya dengan limpahan kasih sayang Allah.
  • Dia beri kte nikmat sepasang mata, kerana kte pilihanNya untuk ada nikmat itu. Pernahkah kte terfikir andai selepas ini Dia mengambil nikmat itu?
  • Dia beri kte nikmat sepasang kaki, kerana kte pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kte terfikir andai kaki kte patah dan kte disahkan tidak boleh berjalan lagi?
  • Dia beri kte nikmat sihat, kerana kte pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kte terfikir betapa banyak manusia yang sakit di hospital amat menginginkan untuk kembali sihat?
Bahkan, Dia juga beri kte nikmat ada duit, kerja, makanan, rumah, pakaian, nikmat belajar dan bermacam-macam lagi.
Tapi sayangnya, kte selalu lupa untuk mengamalkan sifat Qanaah yakni merasa cukup dengan pemberianNya.
Maka, refleksilah diri kita selalu andai kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi dikemudian hari iaitu diakhirat sana.

Sesungguhnya aku percaya, Jalan yang Allah beri tidak akan mengecewakan diri ini.Allah tidak akan mensia-siakan orang yang melakukan kebaikan termasuk usahaku untuk bersabar dan redha dengan setiap dugaan dariNya.

Jika bukan didunia, mungkin ganjaranku disyurga sana. Tidak dapat dinafikan ada ketika aku bertarung dengan perasaan sendiri, rasanya sakit sangat. Apatah lagi pada masa itu orang sekelilingku seakan tidak memahami diri.
Tidak mengapa duhai hatiku, sabarlah dan solatlah. Allah sendiri berpesan dalam Al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”- (Al-Baqarah: 153)

Aku sedang melihat kehidupan ini dengan teliti, Allah mahu aku belajar..

Allah mahu aku pandang sesuatu yang terjadi itu dengan positif dan professional serta cuba belajar dari setiap yang aku perhati. Mungkin dari situ aku dapat ingat Dia. Ujian yang hadir ini ialah sebagai turning point kpd ku agar kembali kepadaNya.
Allah beri tempoh yang tertentu untuk aku lalui ujian ini. Pelbagai cara yang aku usahakan dalam melalui ujian itu dan bermacam-macam jenis orang yang akujumpa.
Mungkin ada masa aku terduduk seketika, mencari ketenangan dariNya, mungkin ada masa aku mengumpul segala kekuatan untuk kembali bangkit dari rasa keputus asaanku.
Ada masa aku mampu bertahan, namun ada masa aku rebah, tidak tertahan dan airmataku pun tumpah membasahi pipi. Aku menangis semahuku, aku berdialog semahuku.
Dan Dia adalah saksi segala saksi atas segala yang aku lakukan termasuk yang terlintas dihatiku semasa mendepani ujiannya ini. Dan sampai satu saat, semuanya berakhir, ujian ini Allah izinkan berlalu pergi.

Dan ada ujian yang lain menanti pula.

Beruntunglah orang yang mendapat ujian daripada Allah,kan kawan-kawan??
“Bukan beratnya ujian yang membuat kita lemah, tapi ringannya hubungan kita dengan Allah yang menyebabkan kita seakan tidak dapat menanggungnya.”– (Afdholul Rahman, LangitIllahi.com)


Genta rasa hati, 


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Thursday, 30 March 2017

1st month Rawatan - Kala Ku Terjatuh dan Menangis !!!


Hening pagi menyambut kedatanganku ke sekolah dengan penuh kenikmatan meskipun diulit kepedihan selepas mandi pagi tadi. Tugasan pagi di rumah seakan longlai namun kugagahi juga. Mungkin aku bukanlah dikategorikan isteri yang terbaik,namun aku cuba jadi yang baik untuk 1 kesempurnaan rumahtagga.

Anggota badan yang diselimuti 'olive oil' bagaikan satu kebiasaan buat diri. Buat suami,ia bagaikan 1 pandangan biasa. Namun,masih aku panjatkan rasa syukur kerana Allah mengizinkan aku bernafas dan melangkah penuh yakin ke sekolah ini.

Hari-hari bergelar pesakit "psoriasis arthritis" bukan satu perkara mudah. Begitu banyak rintangan aku lalui. Doktor pernah mengatakan yang penyakit ini bisa menyebabkan aku lumpuh? Namun Allah masih sayangkan aku.....Ya,aku masih lagi dapat berjalan dan bergerak serta dapat melakukan kerja seperti insan lain. Itu jua yang aku katakan pada insan yg aku cintai

"Bersabarlah abang....isteri abang masih bisa menjalankan anggota bdn...Allah masih izinkan isteri abang melakukan gerak kerja....maafkan mia,banyak menyusahkan abang...mia jadi insan yang lemah...mia cuba jadi yg terbaik untuk suami dan anak-anak....namun mia manusia biasa...lemah bila dihimpit dugaan sementara ini,"

Kala sakit menghinggap,lidahku kian basah berzikir menyebut "Allahuakbar....Allahuakbar" dan "La ila ha illa'ah". Di ruang Dewan Seri Kemuning aku cuba untuk duduk bersandar,namun kesakitan kian terasa. Bagaikan ada air mata ingin mengalir,namun aku tabah kerana aku sudah redha.

Surat pengecualian sakit dari Doktor Pakar Kulit telah aku perolehi. Nekad...aku bersemuka dengan majikan bagi meringankan bebananku dari stress dan cahaya matahari serta aircond yang menyejukkan. Aku mengharapkan 1 pemahaman dari rakan-rakan sekerja. Prestasi? Bukan itu tujuan utamaku 2017-2019....Bagiku,kesihatan ku bagaikan permata berbanding APC yang digembar gemburkan. Bagiku, dapat mengajar separuh hari cuma sudah satu anugerah buat diri.



Siang bagaikan hidupku bernyawa....kala malam menjelma,aku dapat rasakan segalanya bagaikan lumpuh. Kala org lain lumpuh kaki,lumpuh tangan,lumpuh anggota...aku pula bagaikan lumpuh tanggungjawab. Kata orang,aku bagaikan "lembap"...itu ini semua orang perlu bantu... Dalam hati,aku merintih...aku tak minta semua ini terjadi.

Air mata aku acapkali mengalir deras bila terdengar keluh kesah dari insan tersayang. Aku tahu dia tak sengaja nak mengeluh. Aku tahu dia penat. Aku tahu dia sudah lama bersabar dengan ku yg sebegini. Ya Allah,kuatkan kesabaran insan-insan yg aku sayang untuk membantu aku menggalas tanggungjawab yang ada.

Zahirnya,aku kelihatan normal waktu malam..namun aktiviti menggaru kulit waktu malam kian menjadi jadi sehingga menganggu waktu tidurku. Meski masuk tidur jam 10.00 malam,namun aku masih lagi resah tidak dapat lena akibat aktiviti tersebut. Ia bagaikan gegata.....Pernah suatu ketika,aku merayu sambil menadah tangan berdoa 
"Ya Allah,berikan aku keringanan untuk lena dengan baik malam ini..permudahkan lenaku ya Allah."

Menangis lagi kala terdengar dengkuran suami dan anak-anak yg sudah mula lena dimamah malam. Aku cuba belajar untuk bersabar. Adakala aku bangun bertahajud. Dan aku semakin rasa sedih disebabkan keadaan ini turut menganggu ibadahku. Berdosakah aku....dalam solat pun terasa bagaikan ingin menggaru berkali-kali? !!! 

Ya Allah,sempurnakanlah ibadahku.....sempurnakanlah ya Allah.

Ramai bertanyakan keadaan aku sepanjang rawatan dari 25 Februari hingga 25 Mac ini..Ya keadaan ini sama sepertimana testimoni di bawah...


saya alami detox pada minggu ketiga memakan ubatan herba ini. Kata doktor ia normal Memang banyak keluar disebabkan banyak ama psoriasis bawah kulit. Kata doktor..pesakit yang dah lama pakai ubat steroid tu bersedialah, psoriasis anda memang banyak bawah kulit. Dalam testimoni ni,kulit saya sudah jadi seperti 3 bulan rawatan beliau.

Kalau pakcik ni jadi di tangan,saya pula? penuh di seluruh anggota badan....amat pedih. tapi masih bersabar sebab doktor cakap ia akan memakan masa. Sakit ni akan sembuh sekurang-kurangnya 7-9 bulan. 



Buat ayah dan ibuku.....terima kasih membantuku kala diulit duka,bersusah payah menjaga anak-anakku

Buat abah mertuaku dikasihi...ampunkan aku kerna sudah hampir 2 bulan tak balik bermalam di rumahmu. Terima kasih abah mertuaku kerna sanggup berkorban datang berjumpa ku. Ampunkan aku

Buat suamiku tercinta.....terima kasih sudi bertahan mencintaiku yang penuh cacat cela ini. Terima kasih melayani aku dan anak anak kala abang dihinggap kepenatan dengan tugasan yang menghimpit. 

Buat anak-anakku disayangi....maafkan mama kerana kurang memberi perhatian buat kalian....maafkan mama yang penuh daif ini kerana tidak dapat memberi ruang masa mendidik kalian dengan baik

Buat adik-adikku,sahabat-sahabatku baik maya dan realiti....
maafkan aku andai ada salah dan silap...salam kasih atas bantuan kalian ...sokongan tak terhingga

Ya Allah,ampunkan aku....ampunkan aku jika ada hati yang terasa sepanjang aku ditimpa ujian ini. 

Semoga aku tidak seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’. 

Sakit itu hanya sementara. Mungkin Allah suruh aku beringat sahaja. Bila dah beringat, Dia akan angkat penyakitnya...






Coret Tinta Maya,




Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday, 14 March 2017

Hepi Belated Besday,Zakiy


Meraikan birthday beramai-ramai utk sesi Mac di rumah abah mentua


SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Semoga di hari bahagia ini,Allah SWT sentiasa memberikan taufik,rahmat,barakah juga lindungan kesihatan,hidayah dan redhaNYA untuk anak mama....Semoga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa..

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kami menjaga-mu wahai sayang

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Semoga panjang umur,murah rezeki,dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat.InsyaAllah..

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Semoga dengan bertambahnya usia,menjadikan kamu insan yang mulia,sentiasa disayangi Allah dan menyayangi Allah..Semakin umurnya barakah,pahala bertambah dan segala urusan dipermudahkan..

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Pada hari ini,apapun impian yang kamu impikan,semoga Allah SWT menjadikan itu kenyataan..Apapun rencana yang akan kamu buat,semoga semua itu tercapai..Semoga kegembiraan mengisi dirimu dalam setiap waktu.Hari ini izinkan mama berdoa sepenuh hati untuk hal yang terbaik..Semoga dirimu mendapat keberkatan dan sentiasa dalam redha Allah SWT.



SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Waktu berjalan tiada henti..Mengiringi bulan dan juga mentari,yang terbit setiap hari..Mengiringi usiamu yang terus bertambah hari ke hari ..Hingga saat ini..Selamat hari jadi !!

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Kaulah teman mama dikala sepi..Hangatkan suasana bagaikan mentari..Ambillah hikmah dari hari yang telah kita lewati..Selamat hari lahir wahai anakku Zakiy..

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Dari lubuk hati yang paling dalam..Tiada kata dapat mama ucapkan untuk menghiasi harimu yang penuh sejarah ini..Dan hanya doa yang mampu mama panjatkan untukmu..Semoga Allah selalu ada dan selalu menjaga dan melindungi dirimu..dengan bertambahnya usia kamu jadikanlah dirimu manusia yang berguna dan tingkatkanlah amal bakti kamu kepada kedua ibubapa..Selamat hari jadi anakku

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Ya Allah..Abadikan kasih sayangnya,tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu,dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.Aamin...




Ikhlas dari mama,



Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Wednesday, 8 March 2017

CHAPTER 8 : Perlu ke Berpantang Rawatan Dr N Luqman tue?


Dari hari ke hari penuh persoalan meniti....Semalam berbual dengan Kak S. Sempat dia bertanya saya

"Mia berubat ...ada pantang ye? Apa kata Dr Luqman?,"

Sebenarnya, dalam istilah perubatan moden,saya pernah dimarahi doktor pakar kulit ble mengatakan saya perlu berpantang demi mengalak sakit psoriasis ni bertambah. Doktor pakar tegas mengatakan

"Puan...saya tak pernah kata sakit psoriasis ni membuatkan puan perlu berpantang. Dari aspek perubatan moden...semua boleh dimakan. Kecuali puan sendiri alami alahan terhadap sesuatu makanan,"

Hm,malas saya nak bertekak. Hati saya gembira bila berjumpa Dr N Luqman dan doktor yang pernah buat blood taken ke atas saya baru ni. Kedua-duanya memberi pendapat bahawa ada pantang untuk sembuh psoriasis nie.

Antara pantang yang disebut doktor adalah :-

Ayam termasuk ayam organik
Binatang 2 kaki like itik,burung
Ikan bilis/ikan masin/pekasam
Terung
Bendi
Kacang panjang
Labu
All kekacang
Telur dan seafood (jika nak pantang,digalakkan.ambil sekali sekala ja)


Dr N Luqman ada bagi tips kulit Psoriasis kembali jelita tanpa parut . So....

PSORIASIS KENE ELAKKAN MAKAN BENDI DAN TERUNG???
Ramai patient Psoriasis yang datang di Luqman Herb Centre terkejut bila kene pantang bendi dan terung.
Sayur kot…sayur banyak khasiat..kene makan sayur, kenapa DrN Luqman suruh pantang bendi dan terung pula???

>>Nanti tinggal banyak ‘peta’ kat badan, klu suka boleh teruskan.
>>Nanti ada tinggal ‘batik’ kat kaki klu rasa seksi boleh makan.
>>Nanti ada ‘ole-ole’ kat tangan klu rasa nak buat pameran boleh telan.
>>Nanti lekat ‘corak’ kat muka klu rasa membahagiakan boleh jalan.

Bendi dan terung buat kulit jadi gatal-gatal nanti akan tinggal kesan parut bila selalu garu. Gatal yang teruk memang membuatkan rasa nak garu sampai berdarah-darah.
Nak kulit jelita, halus mulus semula? Elakkan sepanjang tempoh berpantang.

Bolehkah saya berpantang?
Hm..mestila boleh...Dalam 12 hari ni saya memang dah tak ambil ayam. Saya jadikan lauk ayam tu hidangan mata ja. Masak pun untuk anak dan suami je. Sayur? Bila saya ke kantin sekolah..yg ni memang susah..so benda paling mudah di kantin,saya ambil nasi putih,semua jenis ikan,sambal belacan dan ulam-ulaman. 

Telur?
Benda ni agak payah..so saya akan cuba limitkan had telur dalam seminggu. Kalau saya masak sayur pun..saya tumis guna bawang je,dah tak masuk ikan bilis. Perasa?NO ....No...NO...!!! Memang tipu kalau saya kata saya pantang penuh egg. Dalam kek,biskut adakala ada kandungan egg kan? Tu yg saya kata sekali sekala je. Kalau order roti canai pun..amik roti canai kosong je. 

Daging merah?
Memang boleh makan,tetapi tak boleh selalu. Tak elok. Doktor galakkan rajin makan buah dan sayur. Sayur seperti kacang panjang,all kekacang tue untuk elak sakit sendi/arthritis.


Bila kita makan ubat dan jaga pantang larang,kte mesti excited nak kan penyakit ni sembuh...so ini jawapan dr Dr N Luqman :-

"Ada kalangan pesakit psoriasis yang bertanya kenapa makan ubat Psora Detox kami sudah berbulan-bulan tetapi penyakit tidak juga sembuh sembuh atau terlalu lambat progress nak sembuh?

Nasihat kami 'Jangan jangka penyakit yang telah bertahun-tahun dihidapi boleh sembuh dalam jangkamasa singkat atau sekelip mata apabila menjalani rawatan dengan kami kerana tempoh penyembuhan setiap orang TIDAK SAMA'! Kalau nak penyakit 'hilang' sekelip mata, sila teruskan rawatan yang pernah dibuat selama bertahun-tahun sebelum ini,"

"Soalan kami 'kenapa selama ini boleh sabar menjalani rawatan yang dikatakan boleh 'MENGAWAL' penyakit ini selama bertahun-tahun, berbelas tahun dan juga berpuluh tahun sehinggakan ada yang sudah dapat sakit tambahan seperti arthritis, liver damage, kidney problem TETAPI kenapa tidak boleh sabar apabila menjalani rawatan dengan kami yang tidak akan memakan masa bertahun-tahun'?,"

Mungkin ada yang bertahun sebabnya pesakit TIDAK JUJUR pada diri sendiri seperti:-

Tidak makan ubat dan sapu krim dengan betul dan disiplin 

- ada juga yang sapu krim saja tidak mahu makan ubat sedangkan telah diberitahu bahawa penyakit ini perlu dirawat dari dalam badan.

Makan makanan yang diLARANG makan dan tidak sensitif terhadap sesetengah makanan yang tidak 'ngam' dengan badan.

Mencampurkan ubat kami dengan ubat lain.
- Contoh mudah; air kelapa adalah sumber alam yang sangat berkhasiat TETAPI bila dicampur gula pasir atau bahan-bahan lain maka hilanglah khasiat air kelapa tersebut. Begitu jugalah dengan ubat-ubat kami dalam set Psora Detox itu akan hilang khasiat bila dicampur-campur dengan 'ubat' lain sebab ubat-ubat kami adalah dari sumber alam - tiada STEROID!

Kawal stress sebaik mungkin kerana stress adalah sahabat kepada psoriasis.

Sebelum berundur, lihat testimoni nie....Semoga sahabat seangkatan sakit seperti saya tabah berjuang ye!




Coretan Tinta Maya?



Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute