67.1kg (start diet 14.1.2017)--)time to run now until 50kg

Tuesday, 13 June 2017

chapter 10 - Realiti Sebenar,Tidak Aku Pinta


Hati seringkali rindu untuk menulis...Namun,ruang masa seringkali menghimpit diri. Kesibukan menyambut Hari Guru dan juga mengisi matlamat pdpc abad 21 di sekolah transformasi yg kududuki ini kian mencemburui diri.

Entah kenapa...bibit kelemahan,berantakan seringkali berlegar legar dalam kehidupan diri. Ku cuba mempertahankan sebuah bahtera,namun adakala goyah jua. Ibarat aku sedang berjuang agar tiang tidak roboh terus. 

Dalam perjalanan mencari redha Allah,pelbagai ujian melanda diri. Namun aku pasti setiap yang terjadi ada hikmah yang tak terhitung. Ada ketika tipu jika ku katakan aku tidak jatuh menangis..adakala aku senyum pasrah. Namun manusia biasa kalau tidak ada keluhan mahupun rintihan.

Allah Maha mendengar....Dia kan ada.
Hari ini kala coretan ini dilestarikan, sedar tak sedar dari mula rawatan bersama Luqman Herb Centre pada 25 Februari hingga ke tarikh bakal memasuki 25 Jun akan genaplah nanti 4 bulan aku menjalani rawatan naturapati herba.

Tempoh 3 bulan pertama sesungguhnya menyakitkan diri. Zahirnya orang melihat diri sukses cergas,namun disebalik dalaman kerap kali jua aku rebah air mata menahan segalanya.

Banyak dosa-dosa aku sepanjang ujian rawatan ini berjalan...terutama kepada keluarga mentuaku...Terus terang aku merasa amat sedih.Seperti tahun tahun lepas..aku dapat menghabiskan banyak masa bersama mentua tetapi tiada siapa yang tahu dr mula aku sakit teruk 2017...aku tidak mampu berpakaian,melainkan kain batik semata-mata....Sadis,tapi itulah realiti sebenar.

Orang luar melihat aku bekerja rutin sperti biasa. Namun aku dapat bertahan dengan kehadiran olive oil menyelimuti diri...Manusia mana mampu bertahan dengan berminyak....Sememangnya ia menguji dengan kepanasan yg ketara....

Acapkali rumah orang tua ku la tempat aku melampiaskan rasa. Tiada yang tahu kenapa aku berbuat demikian?Bukan aku mengada-ngada ingin jadi menantu yg derhaka...bukan aku sengaja untuk tidak bertandang ke rumah sapa sapa untuk bermalam.....Malam sesuatu yg perit buat aku....Bagaikan gegata tumbuh membuatkan aku menggaru saban masa.

Allah....tipu kalau aku kata aku tidak menangis kerana tidak dapat bermalam di rumah mentua...aku rindu momen berbuka puasa sambil bertarawikh lantas bermalam di situ. Aku rindu semua orang di sana....Namun,aku tak dapat bertahan lama...sekadar menjenguk kabar dan seketika bersua semata. 

Maafkan aku wahai abah mentuaku,serta ahli keluarga mentuaku.



Disebalik itu ada bunyi bunyi bersuara

"Seronok la kak dapat balik rumah mak ayah selalu kan?,"

Pertanyaan menghiris kalbu,namun aku telan....Memang aku bersyukur dapat menjenguk parent sendiri..tetapi memang tidak adil kerana 2017 ini banyak masa aku terpaksa terperap di rumah parent....semuanya gara gara psoriasis yang aku hadapi. Bukan ku pinta semua ini terjadi.



Aku mohon ketabahan buat org tersayang. Berilah ruang masa aku menjalani rawatan meskipun terpaksa berkorban masa sehingga 2018. Mohon doakan aku kuat meskipun kalian jauh dr ku.

Saat ini juga aku baru selesai menjalani operation membuang tulang ikan jenahak yang terlekat. Syukur ia sempuran dengan pertolongan-Nya. Ujian lagi untukku kerana terpaksa menjadi warga hospital selama 8 hari. Namun,entah kenapa ada rasa gembira...kerana dr kamar wad hospital,aku dapat merasakan Allah sesungguhnya ingin aku sedar dalam sakit,solat itu penting....Allah nak aku insaf bagaimana pernafasan ditarik dan bagaimana keringnya tekak minta dibasahkan...semua momen ini mengundang aku untuk berzikir mengingati "kematian". 



Tempoh 5 hari untuk memakai tiub hidung sesungguh begitu sulit pernafasan,tidurku dan menggangu pergerakan. Baru aku sedar bagaimana derita pesakit yang perlu minum melalui tiub tersebut. Allah,ada banyak hikmah tersirat di sebalik yg berlaku.

Saat diuji di kamar hospital....aku kenal siapa kawan yang setia susah dan senang...aku kenal siapa ahli keluarga yang akrab membantu....Allah ingin menyedarkan aku banyak perkara ....di saat senang,kte lupa Allah. 


sebulan - RM580 (termasuk vata oil bagi ubat sakit sendi)


4 bulan menjalani rawatan Luqman Herb Centre.....aku rasa kian ada perubahan di kulitku....syukur Allah Maha Menyembuhkanku...namun masih byk masa perlu aku jalani kerana saat ini aku masih lelah untuk berpakaian. Aurat juga salah 1 faktor membataskan diriku untuk berada lama di rumah orang. Sebab itu aku byk berlegar di rumah bersama suami/ibubapaku saja...

Terima kasih buat rakan-rakan yg sudi melawat di hospital baru ini...
Terima kasih mak ayah,keluarga mentua banyak membantu dlm segala aspek
Juga terima kasih buat org yg tak saya sebut nama.... turut berjasa membantu 



Hari ini hari terakhir saya cuti sakit....Esok dan sabtu sahaja saya akan ke sekolah. Khamis perlu cuti sakit lagi bagi menghadiri appointment - pagi di Hospital Bahiyah *rheumatology"...petang di pakar ENT....

Buat sahabat yang sedang bergelumang dengan kesakitan....ingat Allah selalu ye...insyaallah kte insan terpilih.kte kuat untuk mengharungi segala dugaan.






Palitan Tinta Maya,




Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Monday, 3 April 2017

CHAPTER 9 : Tidak Semudah ABC

Ahad,2 April di Majlis Mesyuarat Agung PIBG 2017


Menghirup nafas pagi hari ini sesungguhnya menjadikan aku insan yang kerdil kerna Allah masih menganugerahkan aku kehidupan untuk diteruskan. Memandang cermin di sudut ruang rumah,aku ingin menangis melihat segala peta di seluruh anggota badan. Terkesan juga bila ada yg bertanya

"Tak sakit ke?...kami yang menengok pun dah rasa macam pedih?," 

Soalan itu acapkali kedengaran dari ibu tercinta dan rakan wanita terdekat.

Tipu lah jika aku katakan tak sakit. Teringat jam 6.50 malam Ahad 2/4/2017,kala memandu pulang dari rumah parentku untuk balik ke rumah Arau....aku cuba memandu dalam keadaan yang normal,namun...pemanduan kian jadi agak rumit kerana kebiasaan masuk sesi petang hingga malam je,aktiviti rengsa menggaru mula menyelimuti diri. Entah la,terkadang aku rasa bagaikan ada gegata di seluruh tubuh. Ia memang menganggu keadaan diri. 

"Ujian Allah untuk ina...banyakkan selawat...banyakkan sabar," kata-kata itu sering kedengaran dari suami kala aku mengeluh.

Aku mengeluh ka?
Hm,entah la....bila aku selalu sahaja sebut "Pedih"..."Pedih"...orang sekeliling akan cakap aku mengeluh. Dalam aku mengeluh,aku sering berzikir dalam hati. Allah je yang tahu saat aku berseorangan bertahan. 

Bukan mudah untuk aku lalui semua ini tanpa sokongan tulus dr suami dan parent yg sering bersama denganku.

Sejak akhir-akhir ini,aku begitu cemburu sekali bila melihat suamiku dapat tidur lena....sedangkan aku masih dengan aktiviti menggaru. Ujian dari Allah. Allah tarik tidurku yang penuh lena. Terkadang aku lelah untuk menggaru. Pernah suami kata

"Cuba jangan garu...,"

"Memang aku tak nak garu kepingan kulit ni..tetapi ia ibarat gegata...," 

Bila hendak kemana-mana,memang agak sukar buat aku yang perlu mengambil masa memakai minyak olive oil di seluruh tubuh badanku,muka,kaki...Aku terpaksa memakai olive oil sekurangnya 30 minit sebelum berpakaian. Saat olive oil sampai di tubuh badan,aku gelisah menahan pedih. terpaksa mencari kipas menyejukkan seketika sebelum berpakaian.



Nampak macam mudah?
Air mata aku kerap mengalir bilamana ada yg mengatakan

"Lembapnya..."

"Mandikanlah anak-anak dulu,baru letak minyak tue,"

Bercakap memang mudah. Tetapi bukan semudah abc. Semua yg terjadi saat ini memerlukan masa dan pengertian insan-insan tersayang yang bergelumang hidup denganku.

Saat ini, aku berdoa moga aku bertahan dalam layaran bahtera ini. Bukan aku meletakkan kesalahan pada suami...Tetapi,aku terbeban kerana seringkali tidak dapat menjadi wanita normal seperti dahulu.

Terima kasih mak ayah yang sudi jaga anak-anakku ....selalu memberi masa buat diri untuk memakai ubat. 

Terima kasih buat mak yang selalu bersabar menyapu kulit-kulitku yang bertaburan. Seringkali aku menangis di sanubari kerana emak sanggup bersabar dengan anaknya. Betul la disebutkan dalam Aquran....seorang ibu akan lebih memahami rasa senang dan susah anaknya berbanding insan lain. 

Terima kasih juga ayah yg banyak membantu menggalas tanggugjawab aku kala lalai mendidik anak-anak.

Untuk suamiku,
"Abang tak pernah salah apa-apa. Allah bagi ujian kat abang untuk berdepan dengan isteri yang macam nie....Terlalu banyak dosa ku sebagai isteri. Terlalu banyak kelemahan yang ada pada ku yg sedang berjuang melawan dugaan melanda,"



April yang datang........
Bukan seindah yang dikhabarkan. Jika teman-teman sedang enak untuk bersiap sedia untuk latihan rumah sukan & sukantara demi Kejohanan Balapan dan Padang yang akan berlangsung 27 April ini....pada aku? Ia bagaikan mimpi yang tak sudah....momen ini bukan untuk aku.....Ya,ia bukan untuk aku....aku memang tidak mampu lagi menipu diri di hadapan teman-teman. Adakala aku bisa jadi insan kuat...tetapi di belakang aku lemah...tapi aku cuba bangkit seboleh mungkin. Jika 15 tahun lalu,aku bisa berdiri teguh...kenapa tidak sekarang? Hidup aku harus dimotivasikan selalu.

Ya Allah, sesungguhnya aku insan istimewa pilihan Allah yang sedang diuji,bantu aku untuk memujuk hatiku andai dugaan yang mendatang ini seakan menghimpit diriku. Aku tahu bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksa diriku,bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doaku, bukan Dia tidak kisah air mataku. Dia cuma hendak aku tahu bahawa Dia menyayangiku. Sangat menyayangiku. Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, aku pilihannya. Dia memilihku kerana Dia ingin aku kembali padaNya. Mungkin selama ini, aku lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya, mungkin selama ini aku kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padaku.
Limpahan nikmat yang aku perolehi jarang sekali aku syukuri. Bahkan aku banyak mengeluh.
Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”- (Al-Mulk: 1-2)
PerancanganNya sungguh berseni dan sungguh sempurna. Dia tahu aku merancang itu dan ini, Dia tahu aku mahu itu dan ini, namun yang terjadi adalah sebaliknya. Aku perlu ingat dan pasakkan dalam jiwa, Dialah sebaik-baik perancang.

Wahai sekalian sahabatku yang sama-sama sedang memperbaiki diri dan memperbaiki iman. Hidup ini dilingkari seluruhnya dengan limpahan kasih sayang Allah.
  • Dia beri kte nikmat sepasang mata, kerana kte pilihanNya untuk ada nikmat itu. Pernahkah kte terfikir andai selepas ini Dia mengambil nikmat itu?
  • Dia beri kte nikmat sepasang kaki, kerana kte pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kte terfikir andai kaki kte patah dan kte disahkan tidak boleh berjalan lagi?
  • Dia beri kte nikmat sihat, kerana kte pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kte terfikir betapa banyak manusia yang sakit di hospital amat menginginkan untuk kembali sihat?
Bahkan, Dia juga beri kte nikmat ada duit, kerja, makanan, rumah, pakaian, nikmat belajar dan bermacam-macam lagi.
Tapi sayangnya, kte selalu lupa untuk mengamalkan sifat Qanaah yakni merasa cukup dengan pemberianNya.
Maka, refleksilah diri kita selalu andai kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi dikemudian hari iaitu diakhirat sana.

Sesungguhnya aku percaya, Jalan yang Allah beri tidak akan mengecewakan diri ini.Allah tidak akan mensia-siakan orang yang melakukan kebaikan termasuk usahaku untuk bersabar dan redha dengan setiap dugaan dariNya.

Jika bukan didunia, mungkin ganjaranku disyurga sana. Tidak dapat dinafikan ada ketika aku bertarung dengan perasaan sendiri, rasanya sakit sangat. Apatah lagi pada masa itu orang sekelilingku seakan tidak memahami diri.
Tidak mengapa duhai hatiku, sabarlah dan solatlah. Allah sendiri berpesan dalam Al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”- (Al-Baqarah: 153)

Aku sedang melihat kehidupan ini dengan teliti, Allah mahu aku belajar..

Allah mahu aku pandang sesuatu yang terjadi itu dengan positif dan professional serta cuba belajar dari setiap yang aku perhati. Mungkin dari situ aku dapat ingat Dia. Ujian yang hadir ini ialah sebagai turning point kpd ku agar kembali kepadaNya.
Allah beri tempoh yang tertentu untuk aku lalui ujian ini. Pelbagai cara yang aku usahakan dalam melalui ujian itu dan bermacam-macam jenis orang yang akujumpa.
Mungkin ada masa aku terduduk seketika, mencari ketenangan dariNya, mungkin ada masa aku mengumpul segala kekuatan untuk kembali bangkit dari rasa keputus asaanku.
Ada masa aku mampu bertahan, namun ada masa aku rebah, tidak tertahan dan airmataku pun tumpah membasahi pipi. Aku menangis semahuku, aku berdialog semahuku.
Dan Dia adalah saksi segala saksi atas segala yang aku lakukan termasuk yang terlintas dihatiku semasa mendepani ujiannya ini. Dan sampai satu saat, semuanya berakhir, ujian ini Allah izinkan berlalu pergi.

Dan ada ujian yang lain menanti pula.

Beruntunglah orang yang mendapat ujian daripada Allah,kan kawan-kawan??
“Bukan beratnya ujian yang membuat kita lemah, tapi ringannya hubungan kita dengan Allah yang menyebabkan kita seakan tidak dapat menanggungnya.”– (Afdholul Rahman, LangitIllahi.com)


Genta rasa hati, 


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Thursday, 30 March 2017

1st month Rawatan - Kala Ku Terjatuh dan Menangis !!!


Hening pagi menyambut kedatanganku ke sekolah dengan penuh kenikmatan meskipun diulit kepedihan selepas mandi pagi tadi. Tugasan pagi di rumah seakan longlai namun kugagahi juga. Mungkin aku bukanlah dikategorikan isteri yang terbaik,namun aku cuba jadi yang baik untuk 1 kesempurnaan rumahtagga.

Anggota badan yang diselimuti 'olive oil' bagaikan satu kebiasaan buat diri. Buat suami,ia bagaikan 1 pandangan biasa. Namun,masih aku panjatkan rasa syukur kerana Allah mengizinkan aku bernafas dan melangkah penuh yakin ke sekolah ini.

Hari-hari bergelar pesakit "psoriasis arthritis" bukan satu perkara mudah. Begitu banyak rintangan aku lalui. Doktor pernah mengatakan yang penyakit ini bisa menyebabkan aku lumpuh? Namun Allah masih sayangkan aku.....Ya,aku masih lagi dapat berjalan dan bergerak serta dapat melakukan kerja seperti insan lain. Itu jua yang aku katakan pada insan yg aku cintai

"Bersabarlah abang....isteri abang masih bisa menjalankan anggota bdn...Allah masih izinkan isteri abang melakukan gerak kerja....maafkan mia,banyak menyusahkan abang...mia jadi insan yang lemah...mia cuba jadi yg terbaik untuk suami dan anak-anak....namun mia manusia biasa...lemah bila dihimpit dugaan sementara ini,"

Kala sakit menghinggap,lidahku kian basah berzikir menyebut "Allahuakbar....Allahuakbar" dan "La ila ha illa'ah". Di ruang Dewan Seri Kemuning aku cuba untuk duduk bersandar,namun kesakitan kian terasa. Bagaikan ada air mata ingin mengalir,namun aku tabah kerana aku sudah redha.

Surat pengecualian sakit dari Doktor Pakar Kulit telah aku perolehi. Nekad...aku bersemuka dengan majikan bagi meringankan bebananku dari stress dan cahaya matahari serta aircond yang menyejukkan. Aku mengharapkan 1 pemahaman dari rakan-rakan sekerja. Prestasi? Bukan itu tujuan utamaku 2017-2019....Bagiku,kesihatan ku bagaikan permata berbanding APC yang digembar gemburkan. Bagiku, dapat mengajar separuh hari cuma sudah satu anugerah buat diri.



Siang bagaikan hidupku bernyawa....kala malam menjelma,aku dapat rasakan segalanya bagaikan lumpuh. Kala org lain lumpuh kaki,lumpuh tangan,lumpuh anggota...aku pula bagaikan lumpuh tanggungjawab. Kata orang,aku bagaikan "lembap"...itu ini semua orang perlu bantu... Dalam hati,aku merintih...aku tak minta semua ini terjadi.

Air mata aku acapkali mengalir deras bila terdengar keluh kesah dari insan tersayang. Aku tahu dia tak sengaja nak mengeluh. Aku tahu dia penat. Aku tahu dia sudah lama bersabar dengan ku yg sebegini. Ya Allah,kuatkan kesabaran insan-insan yg aku sayang untuk membantu aku menggalas tanggungjawab yang ada.

Zahirnya,aku kelihatan normal waktu malam..namun aktiviti menggaru kulit waktu malam kian menjadi jadi sehingga menganggu waktu tidurku. Meski masuk tidur jam 10.00 malam,namun aku masih lagi resah tidak dapat lena akibat aktiviti tersebut. Ia bagaikan gegata.....Pernah suatu ketika,aku merayu sambil menadah tangan berdoa 
"Ya Allah,berikan aku keringanan untuk lena dengan baik malam ini..permudahkan lenaku ya Allah."

Menangis lagi kala terdengar dengkuran suami dan anak-anak yg sudah mula lena dimamah malam. Aku cuba belajar untuk bersabar. Adakala aku bangun bertahajud. Dan aku semakin rasa sedih disebabkan keadaan ini turut menganggu ibadahku. Berdosakah aku....dalam solat pun terasa bagaikan ingin menggaru berkali-kali? !!! 

Ya Allah,sempurnakanlah ibadahku.....sempurnakanlah ya Allah.

Ramai bertanyakan keadaan aku sepanjang rawatan dari 25 Februari hingga 25 Mac ini..Ya keadaan ini sama sepertimana testimoni di bawah...


saya alami detox pada minggu ketiga memakan ubatan herba ini. Kata doktor ia normal Memang banyak keluar disebabkan banyak ama psoriasis bawah kulit. Kata doktor..pesakit yang dah lama pakai ubat steroid tu bersedialah, psoriasis anda memang banyak bawah kulit. Dalam testimoni ni,kulit saya sudah jadi seperti 3 bulan rawatan beliau.

Kalau pakcik ni jadi di tangan,saya pula? penuh di seluruh anggota badan....amat pedih. tapi masih bersabar sebab doktor cakap ia akan memakan masa. Sakit ni akan sembuh sekurang-kurangnya 7-9 bulan. 



Buat ayah dan ibuku.....terima kasih membantuku kala diulit duka,bersusah payah menjaga anak-anakku

Buat abah mertuaku dikasihi...ampunkan aku kerna sudah hampir 2 bulan tak balik bermalam di rumahmu. Terima kasih abah mertuaku kerna sanggup berkorban datang berjumpa ku. Ampunkan aku

Buat suamiku tercinta.....terima kasih sudi bertahan mencintaiku yang penuh cacat cela ini. Terima kasih melayani aku dan anak anak kala abang dihinggap kepenatan dengan tugasan yang menghimpit. 

Buat anak-anakku disayangi....maafkan mama kerana kurang memberi perhatian buat kalian....maafkan mama yang penuh daif ini kerana tidak dapat memberi ruang masa mendidik kalian dengan baik

Buat adik-adikku,sahabat-sahabatku baik maya dan realiti....
maafkan aku andai ada salah dan silap...salam kasih atas bantuan kalian ...sokongan tak terhingga

Ya Allah,ampunkan aku....ampunkan aku jika ada hati yang terasa sepanjang aku ditimpa ujian ini. 

Semoga aku tidak seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’. 

Sakit itu hanya sementara. Mungkin Allah suruh aku beringat sahaja. Bila dah beringat, Dia akan angkat penyakitnya...






Coret Tinta Maya,




Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday, 14 March 2017

Hepi Belated Besday,Zakiy


Meraikan birthday beramai-ramai utk sesi Mac di rumah abah mentua


SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Semoga di hari bahagia ini,Allah SWT sentiasa memberikan taufik,rahmat,barakah juga lindungan kesihatan,hidayah dan redhaNYA untuk anak mama....Semoga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa..

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kami menjaga-mu wahai sayang

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Semoga panjang umur,murah rezeki,dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat.InsyaAllah..

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Semoga dengan bertambahnya usia,menjadikan kamu insan yang mulia,sentiasa disayangi Allah dan menyayangi Allah..Semakin umurnya barakah,pahala bertambah dan segala urusan dipermudahkan..

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Pada hari ini,apapun impian yang kamu impikan,semoga Allah SWT menjadikan itu kenyataan..Apapun rencana yang akan kamu buat,semoga semua itu tercapai..Semoga kegembiraan mengisi dirimu dalam setiap waktu.Hari ini izinkan mama berdoa sepenuh hati untuk hal yang terbaik..Semoga dirimu mendapat keberkatan dan sentiasa dalam redha Allah SWT.



SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Waktu berjalan tiada henti..Mengiringi bulan dan juga mentari,yang terbit setiap hari..Mengiringi usiamu yang terus bertambah hari ke hari ..Hingga saat ini..Selamat hari jadi !!

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Kaulah teman mama dikala sepi..Hangatkan suasana bagaikan mentari..Ambillah hikmah dari hari yang telah kita lewati..Selamat hari lahir wahai anakku Zakiy..

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Dari lubuk hati yang paling dalam..Tiada kata dapat mama ucapkan untuk menghiasi harimu yang penuh sejarah ini..Dan hanya doa yang mampu mama panjatkan untukmu..Semoga Allah selalu ada dan selalu menjaga dan melindungi dirimu..dengan bertambahnya usia kamu jadikanlah dirimu manusia yang berguna dan tingkatkanlah amal bakti kamu kepada kedua ibubapa..Selamat hari jadi anakku

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Ya Allah..Abadikan kasih sayangnya,tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu,dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.Aamin...




Ikhlas dari mama,



Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute