My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Sunday, 20 May 2018

Mia Menu Plan 18-19 Mei 2018 (Jumaat-Sabtu)




"Pelangi,bila waktunya kelak kau pergi, akankah hujan datang kembali?,"

Memandang pelangi neon sungguh indah. Indah yang penuh makna di sebalik garis senyum seorang 'aku'. Hujan bila-bila masa sahaja bisa turun jika langit kelam mendung. Hidup kita juga ada waktu seindah pelangi, ada kala gerimis hujan menitis di pipi. Aku belajar untuk "tersenyum"..aku didik hati untuk menyatakan "sabar" dan aku motivasikan diri untuk "kuat" menghadapi rencana hidup harian. Peluklah aku ya Allah andai aku rebah,Kau saja yg mampu memberi 1000 ketenangan untuk memulihkan inti diri.


Perjuangan untuk menurunkan berat badan masih diteruskan lagi meskipun diulet pelbagai dugaan. Aku harus terus kuat dan tidak berputus asa demi mendaki target yg dicitakan.

Berikut adalah menu plan sepanjang berbuka puasa di rumah mertua jumaat dan sabtu baru ni..Jom check


18 Mei 2018 (Jumaat) - Red Flag

7.30 am ( susu 1 gelas + 1 roti wholegrain)

3.00 petang 
ratah ikan siakap (no rice) with ulam + air 1 mug

petang - waktu berbuka : minum air 0 sahaja


8.30 malam 
Nasi segenggam + sup ikan nyok nyok with carrot + air 0

9.00 malam - 11 malam (air 0 sahaja)


19 Mei 2018 (Sabtu) - Red Flag

5.30 am ( susu 1 gelas + 1 biji pisang + 1 roti wholegrain)

11 am ( 1 biji buah lai ) + 1 mug air 0

2.30 petang 
segenggam nasi putih + ikan nyok nyok rebus with carrot

petang - waktu berbuka : minum air 0 sahaja


8.30 malam 
Nasi segenggam + ikan siakap goreng + kicap cili padi + hirisan timun + air 0

9.00 malam - 11 malam (air 0 sahaja + 2 biskut)






Palitan Tinta Maya,
 





Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Friday, 18 May 2018

Timbangan Terkini --> "Oh...Ku Tak Percaya!!"




Alhamdulillah syukur pada Allah di saat Mia menulis tinta ini..Mia telah kembali dari Klinik Doktor Pakar Kulit berjumpa Dr Hassanin di Hospital Besar Kangar. Ujian Blood Taken semalam masih belum dapat keputusan.. So terpaksa tunggu 3 minggu dari sekarang...


Dah masuk 2 Ramadhan,tapi Mia masih on Red Flag. Kepada yg sedang berpuasa,selamat berpuasa dan menjalani ibadah Ramadhan dengan sempurna. Hari ini terasa kepenatan berada di dapur. Memasak di awal waktu pagi untuk anak dan siap sedia untuk bekal diri untuk bawa ke rumah mertua. Sesi petang selepas kembali ke pasar,siap sedia lagi memasak untuk juadah family mertua. Demi menjayakan sesi diet dengan baik,Mia harus kental melakukan 1000 pengorbanan sebab Mia sorang je kena pantang demi penyakit. So haruslah Mia siap sedia dgn makanan sendiri tanpa menyusahkan semua pihak.

Teringat tadi pertemuan dengan doktor. Sejurus nak duduk di depan doktor...

"Puan Mia...tolong timbang berat terkini?," kata Dr Hassanin

"aa...nak kena timbang ke doctor?," aduh aku sebenarnya tak nak amik tahu lagi berapa berat terkini...hm terpaksa lah follow.

"So far so good.....berat Puan Mia turun..ingat lagi tak kte bertemu masa end Mac 2018 berat puan kan 70kg," nada doktor sambil melihat aku atas bawah macam ada yg tak kena pada pakaian blouse oren aku..

"Wajib la ingat dlm catatan kepala saya..," aku tersenyum

"65kg now....well done Puan Mia...teruskan turun berat untuk normal weight. Baik untuk perjalanan sendi puan," ulas Dr Hassanin memandangku senyum.

 BERAT ASAL : 70 KG (END MAC 2018)- OBESE CLAS 1


TERKINI TODAY : 65KG - OVERWEIGHT


Entah..selepas itu yg aku tahu..aku juga tersenyum sendiri. Tetapi memandang ke atas aku tahu ia bukan semudah disangka...perjalanan ku panjang lagi.

Untuk makluman semua,setakat ini Mia belum memulakan sesi dengan herbalife lagi...berat terkini adalah penurunan Mia dengan mengawal pemakanan dan senaman. Prinsip ni sungguh Mia jaga. Membawa bekal dan memasak sendiri mmg jalan paling selamat. Ditambah lagi dengan pantang akibat sakit kulit Mia banyak membantu perjalanan diet Mia dari menghadiri pot luck dan jamuan hampir setiap masa di sekolah. Saat ini Mia hanya hidup di kantin sekolah waktu lunch 1 petang. Kalau dulu pagi rehat petang wajah Mia sampai dah dikenali oleh orang kantin...sampaikan makcik kantin tegur

"cikgu mia tak nak order teh ais ka apa ke?,"

Oh no no..kali ni Mia kena kekal dgn prinsip yang telah Mia letakkan matlamat. Kini Mia mula membuka almari lama mencari baju kurung lama untuk disarung semula...Mia perlu meletakkan sasaran target fitness untuk lebih kepada senaman perut dan pinggul. Ni part paling sukar buat Mia.


Buat sahabat..buat geng diet..buat followers......doakan Mia ya. Sakit kulit yg Allah beri saat ini buat Mia banyak muhasabah diri. Mia kena selalu positif dan tak boleh stress.

So...yang sedang berdiet dan ubah gaya hidup sihat...mari kte kawal nafsu makan melantak terutama time berbuka puasa....Tahun ni azam Mia tidak akan ke bazar ramadhan. Semuanya wajib home cooking.

Ha...korang mesti dah tekad nak makan itu ini ble bayangkan bazar ramadhan kan? hihi.....Ingat ye....

"untuk mendapatkan hasil sempurna,perlukan juga pengorbanan yg sempurna bermula dr diri...u must push urself first to achieve ur dream. Jangan cakap sahaja tapi tak buat!," 





Palitan Tinta Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Mia Menu Plan & Workout 17 Mei 2018 - 1 Ramadhan



Hari ini hari kedua Flag Red. Ups puasa yang yok je la ok. Tak sangka pula kena period awal. So orang cite pasal sahur dan berbuka. Mia cerita macam menu biasa ok. Jom check my menu dan workout

No breakfast today sebab mia ke hospital untuk "blood taken". Memang diminta berpuasa oleh doktor pakar kulit sebelum perjumpaan yg akan berlangsung Jumaat 18 Mei 2018. Kenapa buat blood taken ye? Untuk check keadaan liver,kidney dll. Pantauan daripada doktor sebab saat ni Mia telah mengambil perubatan berupa Metrotrexate (MTX), Predinosolone. Ubat-ubat ni biasa diambil oleh pesakit kanser,leukimia dll. Ia mengkehendaki Mia sbg pesakit wanita tidak boleh mengandung. Jika nak mengandung, perlu beritahu doktor untuk jarakkan ubat 6 bulan awal. 


Blood taken selesai jam 9.00 pagi. Cepat? sebab hari ni 1 Ramadhan kan...banyak wanita melayu je yg pergi. Faham kan sebab apa? Kalau jalani blood taken today memang selalu kena makan selepas tu. Kang jatuh pengsan,sapa nak bertanggungjawab. hihi


10 am - 2 roti wholemalegrain (slice peanut) + air 0 1 liter dihabiskan sehingga jam .12.30 tengahari
 
1 petang - Lunch 
Nasi segenggam + air 0 1 mug + ikan kerisi goreng + ulam + 1 buah mempelam

2.30 - 7.00 malam ( air 0 - 1 liter)





8.00 malam - Dinner
Nasi segenggam + petola tumis air + ikan siakap goreng (2 ketul)

Air 0 sahaja (2 mug) - 10 malam 




Workout Session yg telah berlangsung:-
 


Ahad 13.5.2018 - Evening 30 minutes (Aerobic, Squat & Beginner plank)


Selasa 15.5.2018 - Evening 30 minutes aerobic dance

Khamis 17.5.2018 - Evening 30 minutes aerobic + squat







Palitan Tinta Maya,
 
 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Wednesday, 16 May 2018

Mia Berpantang - "Ops Hari Guru Buat Ku"



16 Mei 2018 - Tarikh keramat buat seorang guru seperti aku. Ada apa dengan Hari Guru? Ia terlalu bermakna dalam diari seorang guru. Bukan sahaja mengenangkan kerjayaku selaku guru pemulihan. Namun menghargai jasa guru-guru yang tak kenal erti susah senang mengajar ku sejak tadika sehinggalah dewasa. Tak lupa buat pendidik utama iaitu ayah dan mak yg tak putus mengirim doa dan mengajarku di rumah. 


Selaku Setiausaha Perayaan sekolah, segala program yang berlaku di sekolah perlu aku ambil tahu bagi membantu PK Kokurikulum. Senang cerita segala program berupa perayaan sahaja adalah amanah yg harus aku galas. Org kata sukar tapi aku suka sebenarnya kerana sejak dari zaman universiti lagi sudah dibiasakan dengan berprogram. Malah jawatan demi jawatan sejak memulakan career guru di Johor segalanya perlu aku lalui. Banyak pengalaman dan pembelajaran HR bisa diaplikasikan semula. Tak sia-sia juga menyertai program peringkat U suatu ketika zaman aktif dahulu. 


Tema pakaian sekolah sempena Hari Guru 2018 adalah "GLAM"..hm,glamer kah?hihi...Biasa-biasa je buat diriku kerana aku memang jenis tak glamer..hahaha. Aku insan biasa...(korang gelak kan?) ! Tak baik tau.

Sepertimana tahun lepas, aku memang mendapat pelepasan drpd doktor pakar untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yg boleh merengsakan kulit. Tambah cuaca panas dan keadaan kaki kananku tidak semengah dulu berkasut. Maka, terpaksa menarik diri daripada menyertai aktiviti sukaneka Hari Guru.


Selaku Guru Pemulihan, memang tak pernah mengharap sebarang hadiah daripada murid-murid. Namun hari ini Cikgu Mia nak ucapkan terima kasih pada murid-murid yg beri hadiah Hari Guru buat Cikgu Mia. Cikgu Mia akan guna sebaik mungkin hadiah tersebut.


Selesai persembahan, maka jamuan acara yg paling ditunggu oleh semua guru. Namun lain pulak dengan aku. Aik, kenapa pulak? 


Sebab? Aku seorang masih setia membawa bakul bekal setiap hari. Pantang yg bermacam - macam buat aku kena tega mengikut walhal rasa terliur juga memandang rakan-rakan makan kek secret recepies. Namun cepat cepat membuang rasa ble mengingatkan diet dan senaman yg setia dibuat. 


Hm, jadual Mia masih seperti biasa...memulakan sarapan air teh hijau no sugar dan 1 roti wholemalegrain. Utk makluman semua, pada pagi Hari Guru ini guru-guru diberi makan nasi lemak telur bilis percuma tau..Mia tak makan ok.hihi.. pantang egg,ikan bilis.


Jam 10 am,  ketika guru-guru lain ingin ke kantin, cepat-cepat out kan bekalan buah pear yg dah dipotong. Lega kerana mengikut jadual makan ditetapkan. 

 ada kek 2 kek secret recepies dan brownies...mia tak sentuh ok. pantang egg




Tepat 12.45 tengahari, Mia masuk dewan jamuan dengan bakul bekal tanpa rasa malu kerana ramai rakan dah tahu Mia berpantang. Hari ini Mia cuma ambil acar timun nenas dan nasi kenduri segenggam, selebihnya menyentuh ulam dan ikan nyok nyok rebus asam keping sahaja. 


Alhamdulillah, terasa indahnya perjalanan diet yg direncanakan. InsyaAllah Mia akan kuat meneruskan usaha penurunan berat badan ini dengan kekuatan. Doakan Mia ye.





Palitan Tinta Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday, 15 May 2018

Mia Menu Plan & Workout 14 Mei 2018 - 15 Mei 2018


14.5.2018 (Monday)


Sarapan - 6.45 pagi
1 mug Susu dan pisang


10.am
Buah epal + air 0


1.15pm (Lunch)
Nasi segenggam + asam pedas utara ikan kembung + ulam + buah
 
Dinner (6.00 petang)
Nasi segenggam +  asam pedas utara ikan kembung + sawi masak kicap

Target air kosong :  2 liter perday


15.5.2018 (Tuesday)


Sarapan - 6.45 pagi
1 mug milo 0 panas dan 1 roti wholegrain



11.am
Buah pear



1.15pm (Lunch)
Nasi segenggam + tomyam ikan with carrot + 1 biji pisang


Dinner (6.00 petang)
Nasi segenggam + tomyam ikan with carrot+ ulam

Target air kosong :  2 liter perday





 Workout setakat ini :-

Ahad : aerobic dance + squat

Isnin : Off
 
Selasa : aerobic dance 


Rabu : Fokus : 25 senaman perut 





Palitan Tinta Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute