My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Saturday 26 May 2018

Rahsia Mula Mia dan HERBALIFE - Open the secret




Sekian lama Mia menyimpan cerita ini. Kini sudah sampai masanya untuk Mia mengimbas kembali detik permulaan ketika Mia terjebak dalam dunia HERBALIFE. Pada tahun 2008 ketika berumur 27 tahun, Mia mengajar di sekolah kurang murid,Rengit,Johor. Saat itu Mia sedang menjalani praktikum kpli kdc pemulihan (batch 1 SKM). 

Pelangi sememangnya tidak bersinar seperti selalu. Mendung datang disebalik pelangi memberi dugaan baru buat Mia. Mia merasakan tangan Mia yang sering menulis buku RPH menggunakan pen serta bergerak sana sini adakala membuatkan segala sendi menyucuk sakit. Satu ketika Mia pernah tidak dapat menggunakan tangan untuk menyikat rambut. Kaki kanan kejang. Berat badan ketika itu sudah mencecah 60-61kg. Mia mudah rasa penat,lesu dan banyak menangis menahan sakit ketika zaman belum berkahwin.


Justeru pada Disember 2008 Mia mengambil keputusan untuk mencuba HERBALIFE. Ketika itu Mia sedang asyik google macam macam cara akibat tertekan dengan kata-kata doktor lelaki muda pakar kulit yg seakan menghina Mia. Mia tak kan pernah lupa apa doktor lelaki muda tu cakap. Mia mendapatkan khidmat cyberslim. Ketika ini Mia hanya membeli dan tidak menjadi ahli namun dibimbing oleh coach dr cyberslim akan cara penggunaan dan workout Mia dipantau. Realitinya Mia telah menjalankan workout seminggu 4-5 kali dan mengikut saranan coach dengan jayanya.

Akhirnya pada Raya Aidilfitri 2009, syukur berat Mia telah menjangkau 49.5kg. Berat yang sememangnya Mia harapkan tercapai. Tidak sia pengorbanan Mia sepanjang berada di bawah pemantauan coach tersebut. Coach Mia ketika ini seorang lelaki (tak ingat dah namanya). Tapi banyak tips yang sentiasa coach kongsi secara emel dan sentiasa beri galakan untuk Mia lebih konsisten. Bonus daripada menyertai herbalife,keadaan kesihatan Mia dengan izin Allah kembali pulih terutama sendi apabila berat badan turun. Doktor lelaki muda yg menghina Mia itu terkejut dan hampir tak kenal Mia ketika Mia dah 49.5kg. Mungkin dia telah mengimbas kata-kata hina dia kepada Mia. Namun Mia bersyukur walaupun begitu dan berterima kasih akan teguran doktor yg mgubah Mia.


Terima kasih pada coach tersebut kerana banyak memberi panduan bagaimana minum air dengan kiraan yang betul, cara makan dan cara senaman serta pelbagai tips yg menyokong perjalanan diet Mia Disember 2008 sehingga 2009.

 Baju ketika ini size M. masa mula berkahwin.

2010 - Mia masih mengikuti diet bersama herbalife sehinggalah Mia meniti rumah tangga pada Disember 2010. Saat ini berat Mia masih maintain normal weight. Mia mula stop Herbalife ketika Mia disahkan mengandung anak pertama. 



Kesilapan besar Mia ketika ini adalah Mia makan dengan penuh selera. Kononnya sebab mengandung. Tapi selera Mia masa anak 1 ni memang sungguh selera bertambah tanpa memikirkan perjuangan lama dan saat ini juga kebahgiaan rumahtangga sedang bergelora. Mula membesar dengan jayanya sehingga 67kg


 2014 ketika Mia mohon berpindah mengajar di daerah Johor Bahru, Mia mula mengamalkan diet tanpa menggunakan HERBALIFE. Meskipun sukar tetapi Mia masih dapat menurunkan berat badan dengan amalan pemakanan dan senaman.


Saat disahkan mengandung anak kedua ketika Mia telah kembali mengajar di Kodiang,Kedah .... berat Mia mula mencanak kembali. Kesihatan Mia ketika ini merosot,namun Mia memang tidak diberi masalah untuk makan. Itu nikmat yg Alah bagi...Namun ketika itu memikirkan keselamatan bayi dan nasihat doktor jangan terlalu berdiet, Mia teruskan pemakanan macam biasa. Orang tengok Mia masa ni memang agak chubby. 

 Raya 2016 - Malu dengan sahabat Huda badan dia maintain je walhal Mia anak 2 je masa nie....Mia ketika ini menubuhkan Weight Lose Challenge di blog (masih diet tanpa herbalife)

Budaya makan seterusnya selepas bersalin anak kedua ini...Mia sentiasa order teh tarik, teh ais, coffee 3 in 1, milo 3 in 1 dan Mia adalah antar guru yang sering teruja untuk mengikuti jamuan,membeli makanan manis dll...Tabiaat ini memakan diri.Ketiak mia berpantang anak kedua,Mia pernah cuba nak berdiet dengan Shaklee tapi mungkin jodoh Mia tak kuat sebab Mia tak bertahan nak menelan pil berpantang yg macam-macam dan Mia tak berapa lalu untuk minum ESP. tetapi CHINCH shake dia sedap. 

Jodoh Mia sememangnya lebih kpd HERBALIFE. Mia secara diam tak diam mula mengikuti perkembangan coach herbalife yg Mia kenal di online walaupun tidak aktif ketika ini.

 2017 (kawan-kawan kebanyakan cakap Mia balik mengajar utara Mia kuat makan.
Selera tak macam Mia berada di Johor...hehe..Memang betul...

Oh ya  ... Bila Mia menjadi ahli herbalife? 
Mia mula start jadi ahli HERBALIFE di bawah seorang coach azierayazid pada tahun 2012. Mia mula merasakan sesuatu yang agak penting untuk Mia menjadi ahli HERBALIFE. Bila menjadi ahli, banyak kelebihan dapat dinikmati. Coach aziera memang berpengalaman kerana beliau kini sudah berada di tahap Team Bisnes yang boleh menjadi idola. Banyak pengalaman yang perlu Mia tuntut dengan beliau. Terkadang Mia rasa macam nak fly je gi rumah coach di Pahang...namun jauh sangat dengan tempat Mia di Perlis.hehehe...Tapi bak kata my coach "dunia di hujung jari..video pun boleh..hehehe"


Pepun kini End Mei 2018 i'm starting back with herbalife. Bila seorang sahabat mengirimkan sample aloe vera gel herbalife....teringat semula perkataan herbalife di hati. Kini Mia memulakan semula perjuangan dengan herbalife. Banyak tabiat amalan gaya hidup tak sihat Mia dah hentikan sejak bersama herbalife ni. Mia harap Mia dapat rakan-rakan geng diet yang akan menyokong dengan matlamat yang sama. 

Target Mia 2018 ini semoga Mia dapat mencapai normal weight semula demi menjaga kesihatan dan amalan gaya hidup sihat seperti saranan doktor kepada Mia. Jom ubah gaya hidup anda bersama Mia dan herbalife. 





Jika ada yang nak join dengan Mia dan HERBALIFE......boleh wassup Mia 019-7257960 untuk ketahui syarat penyertaan MIA WEIGHT LOSS CHALLENGE WITH HERBALIFE (GROUP FIT NUTRISI) untuk kte sama-sama mendaki kejayaan. 

"dalam hidup kte perlukan 1 sama lain untuk membina semangat dan berada di landasan yg sama. kte perlu dimotivasi untuk berjaya. kte perlu dibimbing untuk lebih maju. Pilihan di tangan anda !,"
 

 

Palitan Tinta Maya,
 

 


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute