My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Thursday 30 March 2017

1st month Rawatan - Kala Ku Terjatuh dan Menangis !!!


Hening pagi menyambut kedatanganku ke sekolah dengan penuh kenikmatan meskipun diulit kepedihan selepas mandi pagi tadi. Tugasan pagi di rumah seakan longlai namun kugagahi juga. Mungkin aku bukanlah dikategorikan isteri yang terbaik,namun aku cuba jadi yang baik untuk 1 kesempurnaan rumahtagga.

Anggota badan yang diselimuti 'olive oil' bagaikan satu kebiasaan buat diri. Buat suami,ia bagaikan 1 pandangan biasa. Namun,masih aku panjatkan rasa syukur kerana Allah mengizinkan aku bernafas dan melangkah penuh yakin ke sekolah ini.

Hari-hari bergelar pesakit "psoriasis arthritis" bukan satu perkara mudah. Begitu banyak rintangan aku lalui. Doktor pernah mengatakan yang penyakit ini bisa menyebabkan aku lumpuh? Namun Allah masih sayangkan aku.....Ya,aku masih lagi dapat berjalan dan bergerak serta dapat melakukan kerja seperti insan lain. Itu jua yang aku katakan pada insan yg aku cintai

"Bersabarlah abang....isteri abang masih bisa menjalankan anggota bdn...Allah masih izinkan isteri abang melakukan gerak kerja....maafkan mia,banyak menyusahkan abang...mia jadi insan yang lemah...mia cuba jadi yg terbaik untuk suami dan anak-anak....namun mia manusia biasa...lemah bila dihimpit dugaan sementara ini,"

Kala sakit menghinggap,lidahku kian basah berzikir menyebut "Allahuakbar....Allahuakbar" dan "La ila ha illa'ah". Di ruang Dewan Seri Kemuning aku cuba untuk duduk bersandar,namun kesakitan kian terasa. Bagaikan ada air mata ingin mengalir,namun aku tabah kerana aku sudah redha.

Surat pengecualian sakit dari Doktor Pakar Kulit telah aku perolehi. Nekad...aku bersemuka dengan majikan bagi meringankan bebananku dari stress dan cahaya matahari serta aircond yang menyejukkan. Aku mengharapkan 1 pemahaman dari rakan-rakan sekerja. Prestasi? Bukan itu tujuan utamaku 2017-2019....Bagiku,kesihatan ku bagaikan permata berbanding APC yang digembar gemburkan. Bagiku, dapat mengajar separuh hari cuma sudah satu anugerah buat diri.



Siang bagaikan hidupku bernyawa....kala malam menjelma,aku dapat rasakan segalanya bagaikan lumpuh. Kala org lain lumpuh kaki,lumpuh tangan,lumpuh anggota...aku pula bagaikan lumpuh tanggungjawab. Kata orang,aku bagaikan "lembap"...itu ini semua orang perlu bantu... Dalam hati,aku merintih...aku tak minta semua ini terjadi.

Air mata aku acapkali mengalir deras bila terdengar keluh kesah dari insan tersayang. Aku tahu dia tak sengaja nak mengeluh. Aku tahu dia penat. Aku tahu dia sudah lama bersabar dengan ku yg sebegini. Ya Allah,kuatkan kesabaran insan-insan yg aku sayang untuk membantu aku menggalas tanggungjawab yang ada.

Zahirnya,aku kelihatan normal waktu malam..namun aktiviti menggaru kulit waktu malam kian menjadi jadi sehingga menganggu waktu tidurku. Meski masuk tidur jam 10.00 malam,namun aku masih lagi resah tidak dapat lena akibat aktiviti tersebut. Ia bagaikan gegata.....Pernah suatu ketika,aku merayu sambil menadah tangan berdoa 
"Ya Allah,berikan aku keringanan untuk lena dengan baik malam ini..permudahkan lenaku ya Allah."

Menangis lagi kala terdengar dengkuran suami dan anak-anak yg sudah mula lena dimamah malam. Aku cuba belajar untuk bersabar. Adakala aku bangun bertahajud. Dan aku semakin rasa sedih disebabkan keadaan ini turut menganggu ibadahku. Berdosakah aku....dalam solat pun terasa bagaikan ingin menggaru berkali-kali? !!! 

Ya Allah,sempurnakanlah ibadahku.....sempurnakanlah ya Allah.

Ramai bertanyakan keadaan aku sepanjang rawatan dari 25 Februari hingga 25 Mac ini..Ya keadaan ini sama sepertimana testimoni di bawah...


saya alami detox pada minggu ketiga memakan ubatan herba ini. Kata doktor ia normal Memang banyak keluar disebabkan banyak ama psoriasis bawah kulit. Kata doktor..pesakit yang dah lama pakai ubat steroid tu bersedialah, psoriasis anda memang banyak bawah kulit. Dalam testimoni ni,kulit saya sudah jadi seperti 3 bulan rawatan beliau.

Kalau pakcik ni jadi di tangan,saya pula? penuh di seluruh anggota badan....amat pedih. tapi masih bersabar sebab doktor cakap ia akan memakan masa. Sakit ni akan sembuh sekurang-kurangnya 7-9 bulan. 



Buat ayah dan ibuku.....terima kasih membantuku kala diulit duka,bersusah payah menjaga anak-anakku

Buat abah mertuaku dikasihi...ampunkan aku kerna sudah hampir 2 bulan tak balik bermalam di rumahmu. Terima kasih abah mertuaku kerna sanggup berkorban datang berjumpa ku. Ampunkan aku

Buat suamiku tercinta.....terima kasih sudi bertahan mencintaiku yang penuh cacat cela ini. Terima kasih melayani aku dan anak anak kala abang dihinggap kepenatan dengan tugasan yang menghimpit. 

Buat anak-anakku disayangi....maafkan mama kerana kurang memberi perhatian buat kalian....maafkan mama yang penuh daif ini kerana tidak dapat memberi ruang masa mendidik kalian dengan baik

Buat adik-adikku,sahabat-sahabatku baik maya dan realiti....
maafkan aku andai ada salah dan silap...salam kasih atas bantuan kalian ...sokongan tak terhingga

Ya Allah,ampunkan aku....ampunkan aku jika ada hati yang terasa sepanjang aku ditimpa ujian ini. 

Semoga aku tidak seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’. 

Sakit itu hanya sementara. Mungkin Allah suruh aku beringat sahaja. Bila dah beringat, Dia akan angkat penyakitnya...






Coret Tinta Maya,




Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

1 comments:

Anonymous said...

Salam akk..mcm mna ye keadaan akk sekarang dgn rawatan dr N luqman?...masih mengikuti rawatan tu lg ke?...

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute