My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Monday 27 February 2017

CHAPTER 3 : Mentari Kan Ada Di Sebalik Mendung


Di sebalik semua yang terjadi,aku pasti ada hikmah yang Allah nak bagi pada aku. Kala berdepan dengan saat PJJ yang menyedihkan,aku banyak belajar akan erti kekuatan. 2014,syukur aku ditempatkan di sebuah sekolah di daerah Johor Bahru. Walaupun belum dapat bersama suami,sekurang-kurangnya aku sudah dapat tiket dekat dengan parent aku dan anak sulungku yang ketika itu baru berusia 2 tahun lebih. Paling bersyukur,sebab aku tak perlu lagi ulang alik dr JB ke Batu Pahat selama 2 jam. 

2015-permohonan pertukaran ku ke Kedah berjaya. Itu pun bukan semudah disangka.Pelbagai cabaran perlu dilalui dalam mengharungi egtukar. Namun,bila aku hitung semula...ada indah juga di sebalik berjauhan dengan suami saat PJJ. Banyak manis,dan yg pahit mengajar aku erti berdikari tanpa suami di sisi. Sekurang-kurangnya aku patut melafazkan rasa syukur kerana keluarga tetap di sisi. Ada insan lain yg lebih teruk dugaan dr aku. Tahun ini juga aku disahkan mengandung anak kedua. Untuk mendapatkan zuriat kedua inipun bukan sesuatu yg mudah..banyak juga usaha. Perancang? memang aku tak pernah sentuh dr anak pertama.


Di saat mengandungkan anak kedua,aku mula merasa simptom kegatalan yang amat ketara sehingga mengganggu waktu tidurku. Aku adukan hal ni kepada doktor pakar o&g dan doktor pakar kulit.

"Ia normal puan bagi orang yg mengandung..gatal macam ni terutama time berpeluh," Itu pendapat doktor.

Akhirnya tidak bertahan,aku adukan kepada ibu. Ibu minta aku bersabar dan pakai ubat cream kulit macam biasa.

Saat ini aku hampir nak menangis. Fenomena ini bukan suatu yg normal lagi. Akhirnya bila sampai appointment pakar rheumatology pulak..mereka memberi teori mereka sendiri

"hm..kes puan ni biasa pada orang mengandung. Kami nak bagi ubat MTX pun tak boleh sebab puan sedang mengandung. Ni pun saya bagi ubat sulfasalazine pada dos yang tidak membahayakan janin,"

Masa tu aku pasrah. Aku bertahan sambil mengusap perut...dan berdoa moga Allah beri aku kemudahan sehingga aku bersalin.

Psoriasisku ketika itu semakin merebak. Ibarat kayap mengular.


Sehinggalah aku selamat melahirkan anak kedua,Muhammad Zakiy. Aku masih bertahan. Sakit sendi (arthritis) ku juga masih dapat dikawal dengan baik. Dasarnya,aku tak pernah sentuh ubat sulfasalzine yg doktor bagi sebab tu blood taken result ok je. Firasat hatiku mengatakan ubat tu mendatangkan effect tak baik. Cuma,aku amik cream kulit sebab aku mula takut ia sampai ke tahap muka.

Dalam sedar tak sedar ......2017 muncul membawa khabar duka buat aku. Segala cream kulit membuatkan kulitku makin sakit. Kulitku menjadi nipis dan mengecut menyebabkan aku sudah tak tahan membasahkan diri,tak dapat bertahan dari bahang panas di utara ini. Aku seakan rasa disimbah asid. 

Sumber : Google (kulit kepala saya sebegini-scalp psoriasis)


Sumber : google (keadaan badan semakin teruk...lebih teruk menipis dr ini)


Sumber : google (keadaan hampir sama dengan saya)

Ketika pertemuan bersama doktor pakar kulit. Aku sudah tak mampu nak komen pe pe. Terus terang aku katakan...

"Doktor, saya memang dah tak guna ubat doktor sejak Oktober 2016. Saya bertahan dengan cream aloe vera sahaja. Ia amat menyakitkan saya," Ketika itu hampir luluh air mataku.

"Sabar puan,jangan stress macam ni..ia akan menganggu kehidupan puan. Apa kata saya cadangkan puan makan ubat utk kawal @ amik fototerapi setiap minggu. Itu je yg dapat saya cadangkan. Tapi puan kata tak nak makan ubat...susah juga saya nak bantu"

hm..akhirnya aku keluar dari pintu bilik doktor dengan rasa sedih. Entah la di kepala aku hanya memikirkan untuk terus bertahan. Selagi orang tak sedar muka ku diulit kulit,aku masih ok.

Masalah ini bukan sampai di sini,malah menggugat tanggungjawab aku sebagai isteri bahkan sebagai ibu kepada anak-anakku. 

Kepala aku makin buntu memikirkan....Jawatan yang digalas di sekolah semakin aku cuba nak out dari kepala. Saat ini aku memikirkan untuk mengajar sebaik mungkin sahaja walaupun keadaan tidak selesa menjelang 12.00 tengahari.

Kalau dahulu,aku boleh lagi kena aircond..tapi kali ni aircond hanya boleh buka sekejap sahaja,dan banyak menggunakan kipas. Tahun ni juga aku terpilih memasuki Kelab Sofball,ia bukan perkara mudah....akhirnya keadaan membuatkan aku terpaksa berterus terang kepada GPK Koko akan keadaan ku tak boleh kena bahang panas.

Kulit bagaikan oat-setiap hari penuh disapu. Dimana saja kan garu jadi gini


Hidup setiap hari bagai putaran oat. Hm,kenapa oat...oat tu diibarat keadaan kulit aku yg apabila aku garu ,jatuh bertaburan segala keping kulit..dah jadi bagaikan sampah harian. Keadaan gatal semakin teruk..sehinggakan aku jaga anak di wad baru ni pun,aku terpksa berterus terang kepada cleaner. Aku tahu diaorang terkejut.

Kepada majikan juga,aku baru berterus terang juga. Ramai yang bertanya

"kenapa dari awal tak cakap dengan majikan/orang pentadbiran?,"

hm....bukan aku tak nak cakap.tapi masa 2016.Keadaan tak seteruk sekarang. Bila balik dari sekolah,aku bagaikan cacing kepanasan...menggaru sana sini..adakala boleh berdarah kulit dan pedih rasanya. Sesi ini makin menjadi teruk apabila malam menjelma. Tidurku kini sememangnya tidak cukup....


Setiap hari kini,ke sekolah aku terpaksa meletakkan olive oil natural ke seluruh anggota. Jika tak pakai..Allah sahaja yang tahu bagaimana keadaan ku....

Ada ketika aku hampir mengucap dan berzikir. Selalu akan jadi sebaik sahaja aku mandi. Pedih bagaikan kulit terbakar. Mungkin dah 15 tahun aku bertahan...lapisan kulit aku sudah ditahap akhir.


Pepun,aku pasrah...dan aku tekad untuk tidak lagi menggunakan ubatan moden. Aku perlu mencari ubatan alami yang dapat membantu diri. Ubatan yang ada kini banyak melumpuhkan keadaan dan menyebabkan kulit aku sekarang bagaikan kayap merebak.



BERSAMBUNG...!!!!





Palitan Tinta Maya,








Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

2 comments:

AIN NAZRI said...

Ain cuma membaca pon terasa sakitnya Ya Allah... Apatah lagi Mia yg menanggung. Teruskan perjuangan Mia.

DIARI MAYA MIA said...

Insyaallah mia kuat.Allah mguji sesuai dgn kmmpuan hmba nya.dia nk hapuskn dosa mia.dia nk mia ingat selalu pd Dia

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute