My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Thursday 23 February 2017

CHAPTER 2 - Wahai Pelangi Indah,Muncul Seketika (2005-2013)


Melangkah ke dunia hospital,aku bagaikan sudah siap sedia untuk sebarang temujanji,surat mc,ubat,dan pelbagai drama hospital. Bersyukur juga Allah bagi peluang untuk aku lihat situasi dan keadaan di hospital. Setiap drama yang terlihat bagaikan menyaksikan muhasabah hidup aku seharian.

2005-Dengan surat yang dibekalkan doktor pakar swasta dari Wisma Maria,Johor...aku tekad ke Hospital Pakar Sultanah Aminah,Johor Bahru. Kebetulan rumah parent ketika itu di Johor Bahru. Aku ketika itu bekerja sebagai guru sandaran di SMK Tasek Utara,JB. 

Pertemuan bersama doktor pakar dermatology kulit, Lim berjalan seperti biasa. Rutian harian mengambil ubat krim sudah lali bagiku. Namun perasaan seronok sebenarnya berada di Klinik Pakar Kulit kerana selalu habis awal appointmentnya.


Mei 2007 - Aku disahkan memasuki dunia pendidikan. Di posting sebagai Guru Pemulihan (Slow Learner) ke Rengit,Batu Pahat. SK Merlong sebuah sekolah kurang murid di Pekan Rengit. Aku menyewa di sana dengan teman guru.

2008-Saat aku sedang praktikum kdc...entah kenapa tetiba tangan aku untuk menulis buku rekod mengajar praktikum seakan menjadi amat sakit. Keadaan pergerakan kaki juga kian sulit. Adakala boleh kejang. Namun aku cuba sedaya upaya melalui episod praktikum. Sehinggalah aku didatangi Ketua Unit Praktikum dari IPGM. 


Paling aku ingat di layar minda bila mereka berkata

"Saya turun untuk lihat betul @ tak cikgu berkeadaan demikian?,"

Memang aku sedih sebab mereka tak percaya. Hm,begitu susah ketika itu untuk aku tunjukkan yang aku sakit.

Kerana?
Aku pada zahirnya memang normal dan aktif seperti guru lain. Itulah keajaiban Allah buat aku. Sakit dalam diam. Namun di mata orang "aku aktif dan boleh membuat pelbagai tugasan dan jawatan diberi".

Ketika itu aku banyak menangis. Sehinggalah satu ketika aku dipapah adik saat aku di Johor Bahru kerana cramp dr pinggang kanan ke kaki kanan. Doktor pakar telah mengesahkan aku mendapat sakit hasil dari sakit kulit diberi nama "psoriatic arthritis".

Baru aku kenal apa itu arthritis? 
Hm,hebatkan kuasa Allah untuk aku tahu apa erti sebenar lenguh pada orang tua, erti lumpuh seketika. Adakala tangan aku tidak dapat mencapai belakang. Begitu sakit.

Aku tak kisah apa kata pensyarah dan Ketua Unit Praktikum lagi pada masa tu,tapi aku tekad untuk habiskan praktikum dengan baik. Syukur aku diberi markah 90 ke atas dengan baik. Aku byk berterima kasih pada Puan Guru Besar yg banyak menyokong perjalanan dan kisah duka ku ketika itu. Banyak jasa Guru Besar dan kawan kawan ketika aku di sana. 

Saat aku disahkan bergelar pesakit "psoriatic arthritis" dan dirujuk ke pakar rheumatology,maka doktor telah memulakan injection pertama MTX. Ubat setaraf kanser dan leukimia. Mendengar nama penyakit sudah menggerunkan. Namun aku kuat. Allah menguji sesuai dengan kemampuan hamba-Nya. Itulah injection pertama aku dengan ubat MTX. Seterusnya aku diberi ubat pil MTX yang perlu dimakan seminggu sekali (5 biji). Saat ini aku boleh katakan aku makan disebabkan aku sakit. Ubat tahan sakit bentuk pil diberi pun aku makan. 2009 boleh dikatakan agak sukar buatku.Namun Allah itu pemurah. Dia tetap bantu aku melangkah dan aku dapat drive kereta mcm biasa. Malah dapat menggalas jawatan di sekolah dan tugasan dengan jayanya.



2010 - Zaman aku mula mencegah MTX. Aku mula malas nak makan ubat. Hendak tak hendak sahaja. Sakit kulitku ketika ini sudah masuk tahap badan sikit sikit serta muka kelihatan menumbuh sedikit kulit,tapi masih ok. Lega dapat sembunyikan dari semua orang. Aku berpakaian dengan baik ketika ini. 

Segalanya masih ok ketika ini keadaan sakit ku.

Tahun 2010 ni juga Allah hadirkan seseorang mengisi ruang hidupku,lelaki bernama suami yang telah mengetahui serba sedikit akan sakitku. Amat sukar untuk memilih seorang lelaki bernama suami yg redha menerima pesakit sepertiku. Terima kasih wahai suami menerima ku seadanya.

Suatu hari ketika Mac 2010,aku telah mengadu kepada doktor untuk menghentikan ubat MTX. Ubat ini perlu aku hentikan sekurangnya 6 bulan jika aku ingin mengandung. 


Maka bermulalah ubat sementera yg masih boleh buat aku mengandung diberi kepadaku iaitu Sulfsalazine. Bukan perkara mudah untuk aku mendapat anak pertama ketika itu. Hampir rasa kecundang ketika memikirkan kakak ipar dan adik ipar sudah mula mengandung sorang demi sorang.Anak kian bertambah.Namun aku? Syukur menjelang ulang tahun 1 perkahwinan dengan pelbagai usaha dibuat,aku disahkan mengandung. 

Di telinga ada yg mengatakan padaku

"Syukurlah Mia,sekurangnya ko ada anak,"

Hm,sapa kata aku tak syukur...syukur setelah pelbagai cara dilakukan. Bagi yg susah dapat anak..aku amat faham betapa deritanya. Sebab tu aku tak berani tanya "berapa anak dah sekarang?,". Aku pernah menangis dan melalui episod ni.

Ketika fasa mengandung anak pertama,langsung aku tak sentuh ubat sulfasalazine tu. Adakala aku pernah dimarahi ayah kerana buang ubat. Dan ubat krim kulit yg aku amik banyak juga yg aku buang.aku amik yg aku nak ja...Entah kenapa aku jadi begitu. Hm..

Masa ni,aku rasa lega kerana suami begitu memahami. Walaupun aku sedar begitu byk kekurangan diri dengan penyakit kulit aku hadapi ni. 

Anak pertama - Muhammad Al Fateh

Disember 2011 - Melahirkan anak pertama secara normal di HSA,Johor Bahru.

2012-2013 : Masih meneruskan perubatan pakar seperti biasa. Saat ni banyak perkembangan terjadi. Kulit aku masih on off. Suatu ketika aku masih ingat aku sakit kejang dari pinggang kanan ke kaki kanan.....Guru Besar ku bersama anaknya telah menghantar aku ke Hospital Batu Pahat. Mengalir air mata aku ketika itu. Kerana aku ini adalah guru biasa,namun tetap dilayan baik oleh org atasan.

Terima kasih dan sekalung budi aku ingin ucapkan buat GB ku yg byk membantu. Moga Allah permudahkan urusan GB ku ini hendaknya yg sudah bersara kini. 

2011-kulit masih ok termasuk muka

Ketika 2012-2013 ini aku telah berulang alik setiap hari dari JB ke Batu Pahat memakan masa 2 jam pergi dan balik. Sudah lali sejak kahwin berjauhan dengan suami. Itu adat pada seorang guru. Namun Allah masih mempermudahkan aku dekat di sisi keluarga yg ada di JB. Ia benar benar memberi 1 pengajaran. Saat ulang alik ini memang byk situasi pernah aku alami sehingga kemalangan yang hampir meragut nyawa saat kereta ku berpusing menghala Tol Simpang Renggam. Pernah suatu ketika aku mengikuti Kursus Pemulihan di IPGM Batu Pahat dari pagi hingga petang dengan berbengkel...aku menangis di kereta sebelum memulakan perjalanan. Aku hampir cramp. Namun aku kuat untuk tidak menyatakan pada kawan-kawan guru pemulihan. 

"Biarlah mereka tak tahu. Selagi aku boleh bertahan. Allah akan bagi ketabahan buat aku. Aku tahu ada insan di luar sana lbh teruk menderita dr aku," Ini wajib aku motivasikan selalu pada diri even tangisan sudah mendera diri.


Buat roomate ku Haida, serta teman teman jiran guru yang setia menemani..mengetahui keadaanku.....terima kasih melayani aku seadanya. 

Hari ini..saat aku bernafas menulis tinta maya ini..bukan kerana untuk aku mengadu. tetapi aku tulis di sini untuk insan yang sama bergelar patient yg sama sakitku ini. Moga mereka tahu aku tetap sahabat mereka yg sama sama berjuang melawan sakit ini. Ya,kita kuat...dan kte ada Allah untuk menemani kte selalu.




Coret Tinta Maya,



Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute