My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Tuesday 20 May 2014

Perjuangan LINUS "Ku harungi Sejuta Onak Badai"


Saat sudah sampai 4 bulan berada di SKTBK, baru aku mengenal erti bagaimana guru pemulihan itu digembeleng dengan sepenuhnya tugasan. Tugasan yang murni dalam erti kata sebenar.

Sesungguhnya permulaan menapak apabila memilih dan mengetahui bakal menerima beberapa murid pemulihan LINUS dan permasalahan 3M yang melanda SKTBK saat ini benar2x memberi 1000 cabaran buat diri kerana masalah 3M agak ketara. Begitu berbeza ketika aku di SKM. Tetapi bak kata seorang JU Pemulihan kepada ku 

"hidup jika tiada cabaran,cikgu tak kan kemana...ble hadirnya cabaran dalam profesion cikgu,maka cikgu sahut dgn seikhlas hati..buktikan cikgu boleh melakukan yg terbaik,"
 
21 murid pemulihan LINUS dari Tahap 1 kini merupakan anak didik ku yg sah. Realitinya murid-murid Tahap 2 juga masih dilihat lemah terutama murid-murid Tahun 4. Kudratku kini hanya mampu mentadbir 30 waktu yg diperuntukkan utk Tahap 1. Malah pentadbiran Kelas Linus di akhir waktu P&P tetap dijalankan.



Kenapa dikatakan agak sukar?
Kebanyakan murid-murid Tahap 1 yg aku terima masih tidak menguasai asas abjad. Latar belakang murid telah dikaji memperlihatkan ada murid tidak pernah ke tadika...masalah ketidakhadiran juga membelenggu. Namun pihak sekolah berusaha menangani hal ini.

Sokongan daripada GB dan semua pihak kini menjadikan agenda membanteras 3M amat aku kagumi..Aku harapkan usaha memulihkan murid-murid ini dipermudahkan Allah.





Melarik Tinta Maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute