My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Thursday 22 May 2014

Bila Berdiet (Reality Vs Ambil Hati)


Sebut sahaja soal "DIET"...pastinya bukan semua orang akan memberi reaksi berbeza. Adat hidup..ada yg mengkeji..ada yg mencaci..ada yg memerli..ada yg menokongi..ada juga yang mengasihani.

Hm anda dalam golongan mana?
Saat saya sedang menapak memulakan sesi diet ini....reality tak seindah fantasi. Hari ini sudah masuk hari ketiga berdiet...terkadang ada rasa ingin patah hati. Namun benar kata orang diet yg tlh berjaya "jika x kental hati,masakan jaya dapat didaki".

Ble diri berdiet....ada omongan sering menusuk..versi ambil hati mula meracuni..Tipu la jika tak terasa,,hehe. Tapi mia pekak kan telinga ja. Macam mia as guru...sarapan sekarang ni mia tetap teruskan demi menghabiskan stok HL. HL ni mia selalu guna utk breakfast ja...mia ni jenis tak straight sangat nak ikut produk sejak zaman jadi ibu. Janji sekarang mia cuba kira kalori..



Sebagai guru, rehat di sekolah selalunya bermula jam 10.00 pagi..hm time ni la nak makan berat tau...susah juga terkadang dibuatnya..Jika tak turun kantin kang,dikatakan kte ni x bergaul dgn org. Ble sdg berdiet ni, cara kte amik pemakanan pn org suke perhati. Ada yg kata

"cikgu,kenapa amik nasi macam terpaksa ja..sikit tu..kenyang ka?,"

"aduhai, nak kira camne ni cikgu..amik nasi sikit ja?,"

Semua org salah faham..diaorang ingat saya diet nasi walhal dlm 1 hari sy akan pasti makan nasi lunch & dinner (setiap time ni - target 3 senduk besar pun jadi la / 1 senduk kecil). Sekarang dh boleh belajar TIDAK MENAMBAH NASI...Syukur 3 hari berdiet ni sudah boleh mengurangkan nasi. Kalau dahulu 3 pinggan sehari..kini itulah matlamat saya.

Lantaran itu..ble org rehat,saya bungkus ja makanan..klu lapar sangat..saya tgk la lauk sayur ka atau sup boleh diratah..hehe. Janji perut di isi.

Ble kita kurus orang memuji..ble kte gemuk org mengeji. Sape setuju kenyataan saya ni? hm..ni pun fenomena biasa...Masa kte gemuk..aduhai,dugaan org sekeliling ....tambah klu lps bersalin...ada je yg nk up kata2x kat kte..bkn nk membakar smgt...tp tanpa kata semua org jenis begini...kte x kan capai matlamat....tul tak?

Di saat ini, saya sdg menguatkan diri..alhamdulillah keluarga trs beri sokongan wp ada yg msh krg percaya 

"hi,betul ka mia nak diet ni..ka separuh jln?,"

"jangan hangat2 tahi ayam sudah !!,"


Ble dgr gini, boleh down..tp mental kena dikuatkan. Cabaran bsr saya adalah masakan sedap ibu dan persekitaran di rumah yg penuh makanan. Kalau tak kuat kawal nafsu makan..memang boleh terlajak.

Pepun sbg insan yg sdg mula nak berdiet...mari kte tetapkan hati....kuatkan diri...tolak ketepi rs ambil hati pd kata2x org. Kte mampu..mungkin berapa lama masa diambil untuk loss weight & inch mmg berbeza...kerna bdn kte x sama kan?

Tepuk dada & berfikir "hendak menuju puncak @ hendak jatuh tersungkur?,"


 “ukur badan kita bukan hanya melalui timbangan, tetapi ukurlah badan kita mengikut apa yang kita rasa, jika kita rasa selesa dengan badan kita itulah yang terbaik”. Jangan hanya berharap pada timbang semata- mata. Dan ingatlah jika kita kuatkan hati, disiplin.. insyaAllah semua akan berjalan dengan lancar. Percayalah.





Melarik Tinta Maya,
 




 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute