My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Wednesday 8 January 2014

Episod 22 "Kerana Dia Untuk Ku"


Kelip-kelip bintang bertaburan bagai jatuh dari angkasa. Hempasan batu bagai menghempap sebuah kehidupan. Destinasi bahtera ku dayungi kala 14 hari sudah segala walimah selesai terpatri. Cinta maya telah mencecah ruang realiti. Ia seakan kisah novel cinta yang sering aku tatapi. Namun akan kah pengakhirannya ada kebahagiaan yang akan meniti atau apakah derita bakal menyelit singgah teratak istana.

Ada suatu saat ketika aku bersendirian melewati pantai atau tempat-tempat indah, segala kenangan hinggap di dasar memori. Aku cuba melemparkan jauh-jauh kepahitan...menggamit sebuah kebahagian yang aku harap dari dasar hati.

"Ya Allah, kenapa saat indah ini tega jadi sebegini?," 


Cincin perkahwinan masih terselit kemas di jari manis ku. Aku ingin pegang sekuat mungkin agar ia tidak jatuh atau terlepas dari celahan jari. Kilasan utuh sebuah makna cincin memalit kini.


"Cantik kan awak cincin batu nie?," Lama aku merenung pada cincin permata putih yang indah ketika sesi memilih cincin. Ada senyuman penuh terukir kepuasan diraut wajahku.


Lelaki itu di sisiku tersenyum.

"hi, renung cincin lagi lama ni dari orang kat sebelah ni Mia," Mengusik lagi lelaki itu.
Seraya aku menjeling. 


hm, lelaki itu jeles la tu !!! :-)

Saat itu aku ditemani sedara membeli cincin perkahwinan. Mujur lelaki itu punya masa juga datang memilih bersama. Istilah berdua ketika ikatan pertunangan memang dicegah. Sebaiknya kami menjaga adab. Sentuh-jauh sekali. Aku ingin hadir dengan kesucian seorang wanita, bukan datang dengan palitan dosa buat seorang suami.
"Mia, cincin tue lambang kasih untuk Mia meski kita tak pernah jumpa realiti dulu," 

Titipan sms dari lelaki yang kukenali dari bumi gersang itu jelas saat seminggu lagi majlis pernikahan bakal berjalan.


Angin sepoi-sepoi bahasa menyapu liuk lentuk tudung kuning yang ku pakai petang saat bersendirian di laman taman tasik itu. Entah kenapa, petang itu aku ingin lari dari keadaan. Lari dari kejutan yang entah muncul lagi.

Ada tangisan kini saat memandang cincin putih itu. 

"Betul ke lelaki itu mencintai aku atau .............?," 
 

Ada suara di sisi yang menghembus kata :-

"Mia, ada dia kata sayang,cinta? ??,"

"Pernah ke dia lafazkan...Sedarlah,Mia.." 


Sedaya mungkin aku cuba usir ke laut pertanyaan sebegitu. Ingin menafikan. Tapi, ada kebenaran terselit.Bibir lelaki itu jauh sekali untuk ku dengar kata 'sayang' 'kasih' 'rindu'.....hm,...


Lubuk hati kian meronta-ronta kan jawapan. Kejadian itu telah berlaku meski inai masih tersisa di jemari ku pandang sepi. Sesepi kalbu yang cuba mengusir kedukaan ..namun kelopak mata jerih dengan kolam air mata yang menghuni sanubari.

*********************************************************

Gelisah di hati seakan Dia sahaja yang Maha Mengetahui. Sosok bayangnya entah kemana. Baru sebentar tadi aku seraya meminta diri cepat-cepat pulang sejurus Fahmi rakan baik ku meminta aku membantu sedikit gerak kerja. 
Entah kenapa, dari pagi tadi melewati ke rumah Fahmi, ada sesuatu yang datang seolah-olah bagaikan hal tidak baik bakal berlaku hari ini....

Seboleh mungkin, aku mencegah hal-hal buruk melewati ruang benak.

"Hm, fikiran je kot.....," desis hati.

Akhirnya tersenyum jua mengingati keletah manja Mia semalam saat aku mengajaknya jalan-jalan pusing di desa permai ini.

Ketawa bila mengenangkan saat mula Mia kekok duduk di belakangku menaiki motor. Sampai terpaksa aku yang menolongnya ikat kan tali helmet dan bawa tangannya memeluk aku. lawak..lawak dengan puan Mia, bidadari hati ku yang sorang ini.hehe

Namun syukur aku panjatkan kerana memiliki isteri yang tak pernah membonceng motor dengan lelaki bukan muhrim. Itu yang aku puji. Kerna sukar kini nak cari isteri yang jaga adab sedemikian.


Palitan senyum kian terlintas di wajah bila Mia mengatakan dengan gembira :-

"Abang, next time datang lagi tau tempat-tempat camni...Mia suke," 
 
Menjerit-jerit bagai ingin memeluk ku pun ada isteri ku ini.

Mengimbas gelagat isteri tercinta terkadang membingkis geli hati. Meski Mia anak sulung, tapi aku tahu dia sensitif dan suka nak bermanja. Mungkin benar kata kawan.

"Woi, ko jangan tak tau anak sulung ni ...nampak je tegas Adin oi....tapi, manja mengalahkan anak bongsu...tambah kalau dok jauh2x nie," kata sahabatku Amirul ketika itu aku masih bertunang dengan Mia.

"ye ke? tak caye la..setau aku anak bongsu yang selalu macam tue," 

"takpe..takpe..tengok aa nanti ko kahwin," Amirul rakan yang sudah berkahwin serta punya anak 1 itu seakan mencabar pulak.



Akhirnya, kami gelak sama-sama. Terkadang aku jadi tidak faham watak dan kelakukan seorang wanita. Bengong dibuatnya bila sesekali Mia asyik nak merajuk je. Bila Mia diam, aku tertanya pula walaupun terselit ego untuk buat-buat tak tahu je. hm, kalau dah wanita..wanita juga !!!

"Hi, Adin..kat sini rupanya..puas mak cari...ko buat pe pulak kat belakang ni?," 

Sergahan emak mengejutkan aku.

"Ha, takde la mak....saje Adin ambil angin," Aku bersuara menyedapkan hati. 

"eh, tadi Mia cakap nak keluar jap...dia ada bagitau Adin,kan?," kata-kata emak membuatkan aku berpaling. 

Kaget. Terkejut seketika.

"aaa...ada...ada hal sikit kot...," Sengaja mengelak dari emak bertanya lanjut. Namun hati tidak tahu kemana isteri ku itu menghilang.

"Adin masuk bilik dulu,mak....penat aaa," kata ku beransur ke kamar sederhana yang masih dikemas rapi.

"hm, mia ....oh mia....aku huru hara kan bilik, mujur dia rajin mengemas..nasib ada isteri....kalau tak.....," gesis hati tersenyum.

Duduk di hujung katil berdekatan almari solek mengingatkan aku pada Mia dan cermin bagai tidak boleh dipisah. 

"Kalau sehari tak tengok cermin lama-lama, x boleh ke?," kataku suatu ketika aku lihat Mia asyik memandang cermin lama-lama bagai tak sedar aku di kamar.

"kejap ye abang.....," Itu lah yang selalu keluar dari bibir Mia. 
Menyikat rambut bagai membelai di spa pula. ish..ish..!!!

Bagi aku sebagai lelaki...terkadang pelik dengan wanita ni. kalau bab berhias & cermin memang boleh bagi penghargaan kat mereka ni.

Aku? 
No la ....malas nak mencermin-cermin nie..

Secara tiba-tiba, aku teringat sesuatu di laci. Hadiah itu dah lama aku simpan untuk seseorang. Dah lama aku ingin serahkannya. Dah lama juga aku nak menyatakannya bila tiba masa. 
"harap Mia akan suka nanti," Berulang aku meyakinkan diri dalam gamitan hati.

"Ouch," Ada desis kesakitan hinggap di kaki. 
Seakan tersepak sesuatu di balik sisi bawah katil. Menyeringai raut wajah.

Kotak bersaiz peti A4 yang mengena kaki itu ku ambil dan buka. Seraya minda menapak jelas maksud. Fikiran sudah tercapai apa yang tersirat. Pasti ada sesuatu yang dah terjadi.

"Ya Allah,Mia.....aduh, habislah aku....," Tangan ku sudah menepuk dahi.

Kesal. Tapi, yang pasti sukar untuk berpatah balik lagi.

"Maafkan abang, sayang.....Mia kena dengar dulu apa abang nak cakap,"
Hanya itu sahaja suara hati yang jelas membingkis di ruang jiwa.
Segalanya sudah terlambat. Itu sudah pasti. Kejadian yang menjawab sebuah kehilangan dan pertanyaan tadi.

Yang pasti, aku tak ingin sebuah kehilangan terjadi lagi.....permata kasih yang aku tunggu-tunggu meski berat untuk aku lafazkannya. 

"Mia....tunggu abang ye,Mia....abang tak berniat. Mia tak pergi mana-mana kan sayang....Mia kena dengar dulu apa abang nak cakap,"

Hati kesal. Tapi, masihkah ada harapan. Saat indah hari-hari perkahwinan yang baru berputik terpalit pahit kerana aku.

Aku terlewat untuk menyatakannya. Aku takut untuk mengakuinya. Aku lupa dia selalu ada di sisi. Aku perlukan ruang waktu dan aku tidak minta ini semua terjadi saat ini. Dilema kisah istana cinta kita bukan sampai di sini sahaja, tetapi ada persoalan yang akan menjengah. Tuhan sahaja yang bakal menyatukan kejernihan di sebaliknya.

"Mia, abang cintakan Mia....abang sayangkan Mia...abang kasihkan Mia.....abang........................,"

Terlewatkah aku untuk segalanya???


Berjalan Melintasi waktu...
berharap waktu kan datang menemani...
kembalikan waktu yang dulu, penah datang dengan keindahan...
berganti dengan keinginan hati....
menutupi segala keinginan untuk dapat kembali
 
 
 
 
 
Mengggarap Tinta Ilham Maya,
 
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute