My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Wednesday 29 May 2013

Maafkan Aku Wahai Suami (Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

Kala aku sedang bersantai menikmati cuti-cuti sekolah yang masih ada kini,aku terpanggil untuk berkongsi nota di bawah lakaran dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi). Ia memberi satu catatan muhasabah buat diri dan semua yg bergelar suami & isteri.

MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI… 


Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh. 



Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego si suami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik si isteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa si suami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego si isteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?


Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:

“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”



Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.


Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”

 
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.


Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. 

Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!


MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta


Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku

Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Episod ke-4 'Kerana Dia Untuk Ku"


Jam berdenting menghampiri 7.15 malam, kala tetamu yang tiba dari Indera Kayangan masih menapak tiba di ruang halaman rumah. Suara insan bersahutan, usikan mesra membuahkan silaturrahim ukhuwah....

Masih di ruang ingatanku lagi, kala melangkah masuk dengan kaki kanan bersalaman bersama kakak iparnya, aku tersenyum madunya. Lintasan matanya dan mataku berpadu antara debar di jiwa.....

Ya, aku cuba ingin merenung secara kilas siapakah lelaki yg tertulis di hatiku setelah 4 tahun bertakhta dalam diam, namun ada sirna malu meresap jiwa. Dalam diam, aku dihimpit rasa malu.......kerana kini ternyata realitinya dia telah melihat aku dan aku telah melihat dia yang serupa dengan gambar yang dikirimkannya seminggu yang lalu.

Tidak sangka kini aku berhadapan Ustaz Rijaluddin yang punya karisma tersendiri. Dan aku...hanya insan biasa yang cuba menyembunyikan kekurangan dan kekhilafan diri saat itu.

Aku melangkah pantas ke dapur.Kulihat ayahku tiada dan ibu masih di dapur. Sibuk menyiapkan masakan makan malam. Dalam hati sebenarnya, aku ingin terpisah jauh saat di ruang tamu itu...

Hati bergolak sesaat....

"Mia, pergilah Mia....dia dah ada di depan mata...Tak ingin ke kau lihat dia yang real & bersuara....Jangan gabra, k," 


Hanya itu yg termampu untuk aku menutupi rasa gusar dan gulana. Segera ku baca surah Al-Insyirah agar hilang debar sukma.

" Mia, buat pe tercegat kat dapur termenung lak ni..Pergilah depan bersembang dengan tetamu tu. Ayah keluar jap pergi beli pe-pe yang patut. Mak masak...lagipun tadi mak sempat sembang jap sementara menanti mia dan adik balik..mia pergi ye ke depan..mak masak makan malam ni," Ibu sudah bersuara melihat aku kaget bertapa di dapur. Pelik dengan anak daranya yang sorang ni...

Ya Allah, ibu...Mia takut. Mia tak tahu nk cakap pe dengan diaorg...
Itu luahan aku dalam monolog diri....huhuhu

"Mia.....dengar tak ibu cakap ni...Dah, pergi depan. tak yah malu la...anggap mcm biasa. Bawa minuman & kuih ni dulu," Ibu berusaha melegakan hatiku.Mungkin dia tahu pe yg aku rasa.



Sederap langkah ke hadapan, aku rasa tenang setenangnya lantaran bacaan al-insyirah yang aku bacakan sebentar tadi....

" erm...jemput minum. Kuih biasa2x je. Minta maaf la ye. Tak bersedia..tak tahu kata nak datang," Bicara aku bermula dengan nada yang dibuat semesranya. Masih terasa getar dalam kalam bersulam sukma.

" takpelah,mia...akak dengan abang tadi memang berhajat nak datang sini.Ada orang cakap...dah sampai hajat ke JB, datanglah ke sini. Mia bertolak dari batu pahat dr kul berapa?," kak sha mula bersuara mesra. 


" Ke ada orang wat surprise kak," Entah dari mana keberanian, aku sempat menjawab dalam memerli lelaki itu yang kulihat bersahaja dengan jelingan mataku. Tetapi hanya sekejap cuma. Tertunduk malu. Panahan matanya mendebarkan aku. 

Aduh, kenapa itu yg aku rasa. Padahal sebelum ini, seakan aku tidak pernah berjumpa mana-mana lelaki. Tetapi, dengan dia....aku jadi lain yang selainnya. Aku terkadang membisik amarah kerana apa yg terjadi pada diriku kala ini. 

" kebetulan la...mana ada surprise," spontan lelaki itu menjawab memandangku dalam tak pandang. Mungkin dia pun masih malu dengan aku. hehehe.

"oh ye kak....mia dr BP jam 5.15petang tadi...amik adik arif di uthm dulu...dalam hmpir 2 jam smpai la ke jb nie," Kuteruskan suasana bual menambah mesra isirumah.

Broom....broom...kelibat motor ayahku sudah memasuki ruang legar parking kereta....Ayahku yang masuk bersalam dengan para tetamu. 

" Dah lama sampai ya...maaf ye, pergi pasar beli sikit-sikit barang dapur. dah makan minum ke ni? takde pe-pe la nak jamu...," Ayah memulakan bual seraya masuk ke ruang rumah.

"takpe pakcik..takpe...kami pun on the spot datang....alang-alang nak hantar adik shamsiah ke Politeknik PG," Abang lelaki itu menutur kata.

Ups..sebelum tu aku terlupa...tertinggal seorang tetamu yg meniti rumahku adalah salah seorang adik kembar dlm adik-beradik lelaki itu berada jua bersama kami. Secara sedar tak sedar, kedatangan mereka ke JB adalah untuk menghantar adik sham mendaftar masuk ke Poli PG. 

Perbualan kami yang pada mulanya menerbitkan suasana biasa bertukar mesra. tetapi mata aku masih memandang kakak iparnya..sedangkan di hadapan kerusi tetamu...Mata lelaki itu betul-betul berhadapan denganku. 

Aku memang melakonkan watak perempuan yang berani berbicara padahal dalam hati Tuhan Saja yng tahu betapa aku berdebar setiap saat bertembung mata dengannya. Namun,kuteruskan jua berbual di hadapan ayah dan hadirin tetamu dengan sebaik mungkin. Emak....sesekali ke ruang tamu berbasa-basi bersuara tanda dia sibuk di dapur. 


Di kesempatan akhir itu, aku meminta diri membantu ibu memasak di dapur. Awal-awal lagi aku dah beritahu ibu aku akan memasak tom yam campur dengan tangan aku..yg lain kebetulan ibu sudah masak awal.

Sayup-sayup suara azan berkumandang. Kebetulan rumahku berdekatan Masjid taman.Maka sudah menjadi lali dek telinga mendengar alunan merdu Imam Shafii mengalunkan azan. Jika tidak Imam Shafie..ayahku la yg menjadi bilal @ imamnya...Hari ini ayah mungkin tidak ke masjid lantaran ada tetamu penting. Itu sudah kufahami. 

" err...suis bilik air mana ye?...nak amik wudhuk....Nak solat di mana ye?," Lelaki itu bersuara secara tiba-tiba membelakangi aku di sudut dapur yang asyik memotong bahan masakan.

" solat kat depan pun boleh..nak berjemaah kan? buka suis bilik air kat tangga tu," Aku terlebih dahulu menyampuk menolong menjawab bagi pihak ibu yang sedang sibuk mengambil pinggan kosong di 1 sudut.

seraya mata kami bertembung...namun, aku buat biasa dan dia juga tersenyum kembali. Lantas, kupanggil adik arif menghamparkan sejadah di ruang hadapan sambil meminta ikut serta bersama jemaah dengan mereka. Aku ingin memberi kain pelekat pada dia dan abangnya untuk kelengkapan solat, namun terpandang kain pelekat di atas kerusi, aku sedar mereka sudah bersedia seawalnya. 

Masakan tom yam sudah berbau enak disertai masakan emak yang aku hidangkan di atas meja makan. Entah kenapa, aku tersenyum sesaat dan melafazkan syukur kala melalui ruang tamu berdekatan meja makan, aku lihat mereka solat jemaah... 


Namun, yg paling aku kagumi, Dia yang menjadi imamnya. Bacaannya dalam solat khusyuk sungguh aku dengari & gemersik tarannumnya... 

Syukur, ya Allah...aku menadah kesyukuran kerana aku harap dialah bakal imamku kelak untukku & anak-anak. 

Enaknya bau hidangan makan malam sudah menusuk hidung. Masakan mak dan aku pada malam itu sememangnya membuka selera tetamu yang hadir. 

Dan....selucunya yang aku bisa nikmati. Lelaki dan abangnya memang menggemari gulai kepala ikan yang ibu buat....juga tomyam yang aku masak....Ya, tidak aku nafikan juga bahawa malam ini hidangan makan malam kami lain dari biasa...Itu yang umphnya.hehe

" Rijaluddin balik Malaysia ni dah plan nak buat apa-apa ke?," Pertanyaan ayah merancakkan suasana makan malam kami di ruang tamu walaupun dalam keadaan bersila berjemaah. 

" ooo....belum lagi. Mungkin ingat nak mengajar agama kat kampung dulu kot. Kebetulan baru sampai kan pakcik...jadi saya nak rest beberapa minggu, baru bekerja," 

"Tu lah yang sebaiknya kan pakcik. Ilmu agama yg ada jika tak diberikan pada masyarakat, apa gunanya kan," Abang lelaki itu menokok menyokong kata.

" Eloklah tu....," kata ayah tersenyum. 

Aura antara ayah dan lelaki itu begitu terasa. Mana tidaknya, masakan kegemaran sudah hampir sama...ayah juga sealiran orang kuat masjid....dan sama perjuangan dengan lelaki itu. Pepun, aku memanjat syukur kedua-duanya adalah insan yg aku sayang........menyebar dakwah yang dituntut.

" akak dan abang cadang nak balik ke KL bila?," spontan aku bertanya. 

" mungkin esok pagi kot slps daftar sham ni...ingat nak bermalam di rumah kawan abang dulu di pasir gudang malam ni," Kak iparnya menyampuk bagi pihak suaminya.

"ooo.....macam tu. Ha, nanti shamsiah jangan segan-segan lak tel akak. Poli pun dah dekat dengan rumah akak ni, datang tau...contact akak, klu ada apa-apa?," Suaraku pada adiknya shamsiah yang kulihat diam di sebelah. Malu agaknya. 

"ha, dengar tu kata kak mia...jangan segan-segan," Lelaki itu sempat mencelah. Ada pandangan tersenyum di wajahnya memandang aku lagi. 

Shamsiah mengangguk tersenyum simpul. 

Usai sahaja makan malam, kami sempat menghidangkan tetamu dengan air kopi panas kaw kaw..hehe, ni kata mak untuk menghilangkan kantuk mata yg aku lihat pada dia dan abangnya sejak dari aku sampai tadi. Almaklumlah perjalanan jauh kan dr KL ke JB.

Saat mereka ingin pulang............terasa masa bagaikan mencemburui.Namun, hasrat dan batas harus disedari. Lega terasa kerana adegan dan episod pertemuan pertama ini bakal berakhir dengan baik & di akhir menghantar mereka ke kereta di luar rumah....dia memandang aku dan aku memandang dia...........tapi, langsung kami tak bersuara. Aku tahu, dia ingin memperkatakan sesuatu.

Aduhai lelaki, kau ingin bercakap apa denganku? Dan aku...kenapa kaku membisu tetiba....selepas ini, aku tak kan berjumpa dengan dia lagi....huhuhu....

Ups..kenapa sedih ni,Mia?? Menguncup hati bermonolog sayu seakan ada garis akhir pertemuan.

" Terima kasih pakcik. Memang sedap makan malam tadi. insyaallah ada masa singgah rumah saya di perlis ye...Mak abah saya kem salam je..tak dapat datang JB ni," Bunyi suara lelaki itu kepada ayahku.

" Yela..kem salam semula pada diaorg ye...maaf la ye klu ada terkurang kat rumah pakcik ni....selamat jalan," kata ayah mewakili kami seisi rumah sambil melambai tangan.

Oh hati....apakah telah rasa lega sesaat...
Ya,tenang rasanya. tersenyum di hati.

Segera memetik suis televisyen nak menatap cerita menarik malam itu sebelum aku meniti ke dapur membantu ibu mengemas. Namun, baru seketika ingin melabuhkan punggungku di kerusi tamu, satu suara di pagar rumah kedengaran..
hm, mcm kenal........bisik hati 

Seraya aku memandang ke luar pagar? 

"Eh,awak....kenapa. Ada tertinggal sesuatu ke?," Terkejut melihat lelaki itu muncul padahal kami baru saja melambai tangan tadi kepada mereka.

" Mia, saya tertinggal kain pelekat kat ruang tamu tadi,"

"oo...jap.jap..," 

Melangkah masuk ke ruang tamu. Ayah dan ibu sempat tersenyum seakan mengusik.

"Aik, tinggalkan apa ni..ingat tertinggal nk cakap dengan anak ayah ni ke?," Ayah menyeringai dengan cindannya. tak habis-habis nak mengusik di saat macam ni.

"Nah....ingatkan tinggal apa tadi?," aku berbasa basi menyerahkan kain pelekat hitam putih itu kepada lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum malu. Dia tahu aku mengusiknya.

"Balik dulu ye...,"

Aku mengangguk...Seakan ada aura menyuruh dia bersuara dengan aku di kala akhir pertemuan pertama itu....ada memakna rasa di kalbu pada saat itu. 

Dan..............
Aku seakan-akan mengenali kain pelekat hitam putih itu. Tapi, dimana ye? Di ruang tamu, aku masih menghitung. Entah kenapa terasa lucu dengan kejadian akhir tadi ditambah pemikiran sesaat ini.

hm.........yup,aku ingat...yes, aku ingat....
Ya Allah, tu kan kain pelekat yang aku bagi pada dia masa birthday dia ...tahun ke-2 ikatan kami. Gembira sungguh di hati...Masih ada yang menghargai.........sebaliknya, aku tahu apa maknanya saat manis itu tadi....hahaha..

Memikirkan lelaki itu dengan riak mukanya tadi, buat dada aku menguncup senyum dengan selucunya....

...............................................................................................................

Sebulan sudah perkara itu berlalu, namun kesannya masih manis di hati. Dan..kami masih lagi bersuara di talian dan sesekali menitipkan sms,namun tidak pernah berdating berdua sama meskipun terpisah antara utara & selatan. Aku tahu lelaki itu begitu menjaga batas susila...

Dari awal persahabatan, aku sudah maklum situasi itu. Dan aku juga, tidak kisah...kerana pada aku lebih baik pertemuan sebenar berdua selepas sah ijab kabul....itu angan-anganku saat ini. Yang terjadi,hanya Allah Maha Mengetahui.

Mentari jingga di balik ufuk menerjah ke ruang kelas 3 bay di desa Merlong ini menginjak aku untuk mengemaskan barang sekolahku untuk dibawa pulang ke rumah. Keletihan jelas terasa setiap kali jadual waktu isnin mendatang. Kerana...hari itu waktu kelas begitu panjang. Namun, tugas dan amanah harus dipikul sewajarnya sebagai guru.


Deringan telefon pada tas tangan kala aku baru sahaja ingin menutup pintu kelas, mematikan pergerakanku seketika....

Aik, no umum KL...sape pulak ni? 

 Merundung pertanyaan kerana aku jarang dihubungi rakan dari luar Johor Bahru. Dan selalunya aku set di telefon bimbit ini.

"Hello...siapa tu?," Aku bersuara endah tak endah sambil meletakkan beg sekolahku di atas kerusi berhampiran kelas.

"Hi, dah tak kenal lagi ke, mia sayang," 

Ya Rabbi...apakah suara itu....suara yang dah lama aku tidak dengar sebulan selepas aku menerima declaration gf dari lelaki di bumi gersang yang kini berada di Malaysia.

" is....awak ke tue?," Aku mengalunkan kalam penuh kaget. 

" Ya, is yang mia tinggalkan satu tika dulu...mia dah lupa kan? mia kan sanggup tinggalkan is.........,"

Is....insan kedua pernah 3 bulan mengisi ruang hatiku secara maya kala aku juga bersahabat dengan lelaki di bumi gersang itu....Entah, kenapa aku telah memilih is sejurus selepas aku frusrated bersama 1st love..Adakah itu cinta? Hm, entahla fikiran aku kusut...

Korang mesti peningkan..sape pulak is ni? 
Masih ingat lagi ketika aku dilamar lelaki di bumi gersang itu menjadi gf ku???
Dialah lelaki yg menjadi dilema utk aku memilih antara dia dan lelaki berlulusan syariah di mesir ini. 

Saat yang tidak aku duga, dia muncul kembali...............Muncul kala lelaki di bumi gersang itu kembali bertaut pertemuan pertama kami. 

Oh God, pe lagi selepas ini ???

" ooo....is, pekabar? lama tak bersua kan?," Sahaja aku berbasa basi bersuara dengan lelaki yg pernah muncul seketika dalam kenangan cinta aku yang lalu. Padahal,aku terkesima dan berdebar menunggu setiap persoalannya.

" baik.....mia tak rindu is?," 

Fuh, pantas betul lelaki ini bermadah kasih di kala jam 2 petang ini.

" rindu pada sahabat.........tak salah kan?," Hanya itu je yang mampu aku katakan demi menyedapkan hati kekasih kedua yg juga sahabatku kini.

" Yela, sahabat....dulu kekasih....jadi mia dah tak cintakan is lagi lani?," 

Oh, dia sengaja nak membuka cerita lama lagi. Kenapa dengan lelaki ini???

"is...plzzz, boleh tak redha dengan pe yg telah mia putuskan dulu. ramai lagi perempuan di luar sana yang is boleh pilih. Mia ni apalah adanya....," Aku cuba memancing is supaya sedar aku bukan lagi milik dia.

"Senang je mia bercakap ye....yela, mia yg tinggalkan is kan....takpe is tahu mia tengah berbahgia sekarang....bertuah sungguh laki yg ada di hati mia sekarang,kan?," 

Ada nada baur cemburu dapat aku tafsirkan pada kata-kata is.

" is...sekali lagi mia minta maaf jika is rasa mia bersalah. Dan mia sudah beristikharah....mia sudah buat keputusan....kenangan yang walaupun cuma 3 bulan itu biarkan tersimpan sahaja....kenapa perlu diungkitkan lagi. mia harap is faham,"

Aku cuba memancing rasa sedar lelaki itu akan pendirian aku kini. 

" Mia.....sampai hati, mia...sampai hati buat is macam ni? is tak sangka mia dah tak macam dulu. Mia buat alasan je kan yang mia sakit & lantas terima lelaki itu. ye kan?," 

Dia masih menduga pendirian aku. Dan aku, masih berusaha memperjelaskan hal sebenar walaupun pada saat itu aku lemas dengan segala rintihan & persoalannya.

"is.....cukupla setakat ini. Mia tak nak panjangkan lagi hal yang dah lepas..Dah 4 tahun berlalu is....bukakanlah hati is untuk insan lain. Bina hidup baru....,"  


Hanya itu yang mampu aku katakan...........aku harap lelaki ini faham wp sewajarnya aku yg bersalah kerana perlu memilih.

"mia,is cintakan mia ......... ," Sekali lagi, ucapan itu keluar dari suara lelaki itu di hujung talian.

"is.....mia nak drive ni..........cuma 1 je mia nak cakap.....cukuplah kita bersahabat. dan mia mohon ampun & maaf jika ada salah & silap sepanjang kte berkawan dulu," 

Aku segera ingin mematikan talian. tak sanggup mendengar kata-kata lelaki kedua yang pernah muncul dalam hidupku seketika dulu............dan saat itu, aku terdengar keluhan

"mia....sampai hati...sampai hati," Lirih sedih itu masih aku dengari saat talian diputuskan aku.


Ah...biarkan ....biarkan...kenangan lalu...tinggal kenangan. Ye ke? 
Aku bermonolog dalam sepi mendengar putaran lagu kala memandu pulang membelahi jalan.
 
Ada titis air mata menuruni ruang pipi. Bibirku mengucap jelas...........


"is........i'm so sorry...so sorry for hurting ur heart, sayang," 

Sayang? Adakah aku masih sayang pada dia? 

Ada nada bersalah pada ucap itu.........Benarkah?

"Mia....plz wake up...kau jangan jadi gila...Dia cinta lama...ingat cinta baru kau yang ada............kau dah lupa ke,Mia?," hati aku berbisik sayu, namun ada nada tenang bila aku teringat lelaki di bumi gersang yang hadir mengisi hati saat ini.

Raup wajah bersalah menampar perasaanku kala malam hari melihat suramnya bintang malam di langit lazuardi. Antara dia dan lelaki di bumi gersang itu........aku cuba mengulit tekad.............menunjal kekuatan siapa yang sebenar di hati.

Persoalan itu masih jauh untuk kujawab...........



 BERSAMBUNG KE EPISOD 5


Lakaran Karya Maya,

 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday 28 May 2013

Hidup itu pilihan atau peluang???


Kehidupan itu adalah sesuatu yang sangat rumit. Dalam kehidupan kita selalu dihadapkan pada pilihan yang kadang bagi kita ragu untuk memilihnya. Bahkan dalam keraguan pun seolah kita tetap dipaksa untuk memilih sehingga apa yang kita lakukan seolah seperti air yang mengalir dan itulah yang membuat kita merasa dipilih. Tetapi bagaimanapun hidup itu adalah bukan hanya sekadar pilihan.

Pernahkan kita merasa bahwa kehidupan adalah suatu peluang untuk mengejar apa yang kita inginkan sehingga kita bukan hanya sekedar mengikuti arus tetapi melawan arus?. Disitulah inti dari kehidupan seberapa beranikah kita melawan arus?. Itulah yang menentukan kualiti hidup kita dengan seperti apakah arus yang kita lawan. 


Bila arus yang kita lawan itu menuju ke arah yang lebih baik maka kita akan menjadi orang yang berhasil, tetapi bila arus yang kita lawan itu adalah menentang aturan maka kita akan menjadi orang yang sia-sia. Begitukah?

Hidup itu tujuan, ke arah mana hidup itu menuju kita sendirilah yang menentukan. Tetapi ingatlah pula akan campur tangan Allah SWT. Maka kita akan menyedari bahwa berdoa dan berusaha adalah kombinasi yang tepat untuk suatu proses kehidupan. Hidup itu memang pilihan tetapi pilihan kita akan memenentukan peluang yang akan kita raih nantinya.

Jadi berhentilah untuk selalu mengatakan hidup ini adalah dipilih.




Palitan Tinta Maya,

 





Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Episod ke-3 'Kerana Dia Untuk Ku'


Lelaki; Ada yang pergi dan akan ada yang mengganti. Hanya kerana lelaki, aku bisa memainkan pelbagai watak rasa. Kekalahan lalu kugantikan dengan iftitah kemenangan yang lebih akbar. 

Dia lelaki terbaik yg pernah datang menghamparkan mimpi indah & menawarkan kehidupan sakinah. Adakah noktah itu sudah mara ke penghujung? 

"Pertemuan ...
menghadiahkan kte kasih sayang
jika cinta satu pasti bertemu
ia tidak ternilai."
 
"Hm, boleh tahan juga suara kau, Muni.Kalau masuk nasyid mesti the best ni," 
Sindiran itu mencetuskan kikikan ketawa Muni kala melewati pintu bilik air asrama universiti. Muni, satu-satunya kawan baikku yang acapkali mengerti bibit-bibit antara aku dan lelaki nun di bumi gersang itu. 

Tuala yg membalut rambutnya, dilepaskan. Sambil menghap cermin, Muni menyisir rambutnya yg masih ikal basah itu. Namun, ada nada suara nasyid lagi kedengaran dari bibir gadis molek ini.

"Kerana antara hati kita 
telah tiada antaranya lagi
yang ada hanya 
cinta kasih illahi,"

"Mersiknya, dik oii....kalau masuk Kumpulan Raihan, angkat bendera putihla diaorg agaknya kat Muni,"

"Yalah tu kak Mia, terima kasihla kerana memuji. Akak, selalulah datang jenguk Muni kat sini....rindulah nak bual-bual lagi dgn Kak Mia," Berharap sungguh gadis itu lantaran aku satu-satunya sahabatnya yg setia di bumi Darul Takzim ini dan gadis itu sungguh celik lantaran mengecar sijil Masternya. Wah, aku kagum!

"Eh, bila nak masuk studio," 

Muni terkekeh kembali.

"Orang kalau dpt hadiah suka hati. Tapi, ada orang tu merona jiwa atau sedang sedih sayu mendudu-dudu?,"

 
Merona jiwa? sayu mendudu-dudu? Terusik dalam gelak mendengar ungkapan Muni, tetapi sengaja dijadikan bahan usikan. Gadis ini tak habis-habis nk mengusik.

Kemudian, gadis itu duduk di hujung kakinya. 

"Wah, kak mia baca buku Menuju Gerbang Cinta. Positif ni. Dah bersedia melangkah ke alam kahwin ke ni?," 

Aku masih tidak memberi respons. Terganggu dgn telatah Muni, sempat aku hadam 5-6 halaman buku itu semata-mata. Barangkali gadis manis yang telah aku anggap penaka adik ku sendiri ini perlu kuberitahu sekali lagi apa sebenarnya bersarang di hatiku kala ini.

" Kak Mia, kalau hati dah rindu....katakan rindu. Kalau hati dah kasih...katakan kasih....Kalau hati dah sayang....katakan sayang....dan kalau dia dah katakan cinta, maka sambutlah cinta," 

Aku bangkit mendekati jendela. Suara Muni itu masih jelas terngiang di telinga. Tersenyum dalam makna rasa sendiri.

" Amboi, dia dah pandai ye sekarang. Sejak bila ni?," Aku mula hendak menggiat Muni kerana dah lama aku tahu 'alaqah dia & Ustaz Akif.

"Akak sengaja ye....kte pulak yang kena...@kak mia takut nak jumpa dia? berdebarla tue...ingat kte tak tahu ke?," 

Merona merah pipi aku diusik sekali lagi Muni. Adegan cubitan memenuhi ruang bilik sederhana kecil di remang senja universiti itu.

..............................................................................................................
25 Disember 2008. Kesibukan begitu menghantui diri kala meniti proses melangkah ke dunia praktikum perguruan KDC yang bakal bermula pada 10 Januari 2009. Hati, zulmat jiwa masih ada Dia yang mengisi di ruang ingatan minda. Sesaat tak pernah kuusir jauh dari sentuhan diari harianku.

"Awak, ble nak balik ni? Camne kalau betul-betul kte berjumpa pertama kali nanti," Sempat lagi aku bermonolog mendera perasaan yang mendebarkan tak terkata ini. 

Kala sedang enak mengisi borang dan persiapan untuk praktikumku tak lama lagi, aku dikejutkan bunyi bipp sms...

"Ups...sape pulak?. Tgh malam camni leh sms lagi?," Bicara hati mengungkap tanya.

Kucapai telefon bimbit di atas tempatku beradu & skrin telefon memberi gambaran kata pengirim sms.......

Ya Allah, betul ke tak betul apa aku baca ni? 

Aku hampir menepuk pipi aku tanda aku masih bukan di alam mimpi meniti setiap inci sms ..........Lelaki itu rupanya!

" Mia.......saya dah selamat tiba di KLIA. Hujung minggu ni saya akan kembali ke desa kayangan saya. saya nak rebah dulu..perjalanan semalam begitu lelah rasanya. salam,"

Mia...Dia dah kembali ke Malaysia..Saat yang kau tunggu kan! 
Ada suara menampar ruang benakku tika ini dalam sedar.
Namun, mata aku masih tertancap pada kotak hadiah yang aku terima seminggu yang lalu............Lelaki itu memang memberi kejutan di saat akhir. Ada garis senyum meniti malam hari. 

Anda rasa hadiah pe ye? hehe....Lawak la... 
Boleh tak aku gelak...jahat aku ni.Kot nak appreciate mamat ni bagi hadiah...Apsal aku gelak ha? 
 
 
1 sampul surat & 1 set brg kemas mesir (hehe..korang jgn tertipu...yg ni aku nk gelak...aku tetiba ingat org arab mesir lak pakai anting-anting & rantai tue...ups, jahatnya aku...) But, it so sweet...........kerana buat kali pertama menerima hadiah dr lelaki itu meskipun sebelum ni hanya aku yg membuat kiriman setiap kali besday lelaki itu meniti..........
 
 
Aku harap cik teddy bear & bingkisan album ala assignment yg aku karang khas buat lelaki ini msh dlm simpanannya.Part ni mmg aku malu (mak & adik laki2 dah tengok hasil karya aku ....huhu...Malunya aku....but he really appareciate it sbb saya karang sendiri & dia ckp 

"Mia, bkn mak saya je tengok, adik2x saya tersenyum & terpana hasil karya mia ni...sebaliknya rakan-rakan lelaki kat mesir pun tabik kerana buat pertama kali saya ingat saya bercinta dgn maya mia yg tak wujud...sebaliknya wujud & bersungguh-sungguh....kwn saya kan mia siap kata pe.........klu ko x nak, aku nk hadiah tu & awek ko yg baik hati tu sekali. Sanggup dia kirim hadiah smpai ke bumi Mesir ni. Mahal oooo pos laju ke sini...uuu, terharu...,"

Aku ingat lagi sms lelaki itu......
 
"Mia, terima kasih again. Tak terucap. Saya takde hadiah pe2 untuk mia....selalu sy lupe besday Mia kan...selalu wat Mia menangis kan. Tapi, pd saya ingatan pun sudah memadai..........wp terlewat,"

sempat lagi lelaki itu begurau dengan aku dalam lamunan bahgia itu.

Uiks...boleh aku senyum selamanya.Boleh tak? hehe. 
Semoga cik teddy bear kekal jd milik laki itu ye. 

...............................................................................................................
 
Segala-galanya bagaikan membuka lembaran baru....2009 datang menjelma dalam hidup Maya Mia. Selamat datang tahun baru, Selamat memulakan hijrah hidup baru Maya Mia. Begitu pantas masa berlalu menyambut sebuah destinasi mardhatillah.

Sewajarnya saat kepulangan Dia yang kucintai diisi dengan cindan senada ceria hendaknya. Paling tidak saling bertukar cerita bagi mengusir rindu yang sudah lama bertamu. Tetapi segala kata-kata bagaikan tersangkut di rengkungku. Dan air mata pula bagaikan terasa makin sukar untuk dikepung. 

Tersentak dari lamunan kala jam dinding berdenting. Segumpal itulah yg aku rasa. 9 tahun meniti sakit psoriasis membuatkan aku begitu kuat. Namun, hari itu (6/1/2009) tatkala tinggal lagi beberapa detik masa menghitung tarikh praktikum 12.1.2009, sendi tangan kananku tidak dapat bergerak sepenuhnya.......merintih dalam sakit, menahan segala rengsa sehingga aku dpt rasakan bagaikan lumpuh sebelah. 

Aku hanya dapat diselamatkan dengan injection di bahagian pinggul kala Puan H menemani aku ke klinik pagi itu setelah aku menangis mengalir air mata tak dapat menahan rengsa di hadapan Guru Besar.... 
Ya Allah, apa yang terjadi pada aku ni???

Aku menangis parah. Kerana kata-kata doktor hampir buat aku menangis ........ 
Oh God, adakah sekali lagi itu akan terjadi???

" Cik Mia, sabar ye...sabar...selepas injection ni...saya hanya dpt bg ubat tahan sakit & MC 2 hari je. Tapi dr pemeriksaan, saya dapati Cik Mia menghadapi sakit yg dikatakan arthritis. Cuma...cik perlu dirujukkan ke hospital pakar JB...it's so serius & u have to seek help there....mungkin ada kait dgn sakit psoriasis....cik faham kan..ini hanyalah klinik swasta...lgpun awk guru kerajaan...elok ke sana...utk rawatan lanjut. belum berkahwin kan?,"

Aku hanya mengangguk pasrah. Di saat kebahgiaan itu datang, Di saat akan berjuang untuk praktikum pengajian KDC & di saat aku memulakan persekolahan di minggu pertama januari 2010, aku ditimpa ujian ini. 
 
 
Ya Allah....aku tidak ingin merintih. Kuatkan rasa hatiku ini......
Bagaimana harus aku beritahu lelaki itu??....Adakah dia bisa menerima aku yg begini? huhu....
 
Ada titis air mata berguguran di pelupuk mata saat ini. 

Kala lewat malam menahan rengsa sakit yang amat ini, aku mengutuskan sms pada lelaki itu. Tak sanggup aku menganggu saat manis dia bersama keluarga & sanak sedaranya di kampung. 
 
Aku tahu dia juga membutuhkan masa untuk segalanya yang hilang selama bertahun di bumi gersang itu..........dan aku hanya menitipkan kata-kata yg tak sberapa....

"Awak, apa khabar? Best kan dpt bersama keluarga? Saya sedang sakit lani & don;t worry ...Mia seorang yg kuat...srikandi yg tak kan mengalah. Mcm awk ckp dulu,"

Sebenarnya di hujung kata-kata sms itu, aku cuba memotivasikan diri wp aku telah lemah dgn 1 ujian baru ini. Aku sujud dalam tangisan kala lewat malam hari mendatang.

Bunyi bipp sms tanda balasan meniti 5 minit kemudian....

"Syafakillah. Semoga Mia menjadi srikandi yg kuat menahan segala dugaan & ujian ya. Ingat ayat ni, Mia..
 " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

mari kte sama-sama berdoa ya,Mia,"

Ya Rabbi...terima kasih menghadiahkan sahabat & kekasih yang sentiasa mengingatkan aku sebegini. Auranya, aku seakan ditimpal rasa positif untuk menghadapi hari-hari mendatang. 

Rijaluddin. Seindah nama....semanis maksud "lelaki yg beragama"...Lelaki yang kini mengisi ruang hati maya mia dr titik mula hingga ke akhir.  
 
Pada mulanya, bagi aku apa ada pada nama kan...sehinggalah seorang rakan menggiat seraya mengusik...
 
"Mia, apa nama mamat kat bumi gersang tue...," Rakan baikku mengorek rahsia aku lagi...tak habis-habis..

"Rijaluddin...kenapa?," Spontan aku menjawab tanpa memikirkan pe maksud rakan.

"ha...ape? rijaluddin.......macam bermaksud je?," Aduh, aku lupa sebenarnya kawan aku yang sorang ni suka menilik maksud nama & melihat tarikh...ala,suke2 je hobi dia ni...(geli hati teringat kwn aku nie!)

"Eh..lelaki yg beragama,mcm teringat impian kau nk berdebat dgn laki yg dpt jwb soalan agama kau kan...aik, mcm ada kena mengena lak," Tekaannya sudah mula mendapat reaksi diri aku.

"Erm...kau ckp baru aku terfikir..selama ni aku tahu maksud seadanya je...bg aku biarlah seiring amalannya mengajak aku ke arah kebaikan...& aku nak dia guide aku especially dlm bidang arab & pengetahuan agama yg dia selalu bg ceramah kat kampung dia...aku suka...lama dah aku tak dengar orang bg tazkirah kat aku..hehe," 
Mengikik kami ketawa sesaat selepas aku menyatakan jawapan panjang.

................................................................................................................

Kring....kring.....loceng berbunyi saat 9 Januari 2009 menjelma.2 hari selepas aku MC, aku kuatkan semangat melangkah ke sekolah walaupun jemari masih terketar menahan rengsa.  
 
Deringan loceng sudah menandakan waktu tamat persekolahan. Dan esok betapa pantasnya menjelma 10 Januari. 

Bercerita tentang 10hb...Apa ada pada 10hb...jika hari declaration aku 10feb 2005...dan esok 10 Januari 2009....Kenapa hati terasa berdebar semacam ni? 
Tadi di sekolah, sempat lagi pekerja menegur seraya aku melewati perkarangan laluan taman.

"Eh, cikgu Mia dah sihat? dengarnya MC 2 hari...ai, nampak seri sikit muka. Ada pe2x ke ni? ," 

" Takde la kak, biasa je...saya macam ni la...doakan saya sihat & dpt mengajar anak-anak murid dgn baik ye," aku tersenyum penuh berharap.
Berlalunya 9 Januari, menguatkan kekuatan wp sesekali merintih sakit pada hujung sendi tangan akibat perlu menulis p&p buku praktikum & menyiapkan laporan assigment pada minggu pertama.  
 
Makin membenakkan kerisauan, adalah 2 minggu lagi, pensyarah praktikum bakal menjengukku.........
 
Mungkinkah akibat surat doktor yang aku bawakan akibat rujukan ke pakar hsa JB. huhu....semoga tidak terjadi sebarang tragedi dlm episod praktikumku ini. Aku ingin mendapat cemerlang....cemerlang di mata pihak sekolah sbg guru....boleh ke???
 

Kala enak mengisi hari di hadapan labtop 10 Januari 2010, bunyi deringan telefon mengisi suasana sepi kamar. 

"oh, mak rupanya....,"desis hatiku bersuara gembira. 

Segera kuangkat talian dari bandar JB itu. 

" Waqalaikumussalam.....mak pekabar?," berbasa basi lagi aku mula bicara.

"sihat je...ni mak nak cakap kat Mia," Kalut je bunyi di talian..Ada sesuatu berlaku ke?

"Apa dia ....," aku pula sudah tidak sabar.

" tadi ada kawan Mia yang belajar kat Mesir tu telefon....dia nak datang rumah senja ni...lebih kurang gitula bunyinya. Ayah suruh Mia balik kalau boleh...mia sihat kan?boleh balik,tak?,"  Nada suara arahan mak serius & aku masih terkejut kerana mendengar nama lelaki itu. 

Aduh,biar benar...apakah ini 1 kejutan???
Sememangnya lelaki itu hanya memberitahuku beberapa hari yg lalu, dia akan ke KL bersama abang kedua & kak ipar serta anak abangnya berumur 2 tahun...& sempat mengatakan akan singgah ke Jb, tapi tak pasti akan singgah ke rumahku...

Episod apa pulak yg dimainkan oleh lelaki ini.... 
Aduh, fikiran aku jadi kalut tak semena. Apa nak buat ni,Mia? wake up,plz...

"Mia...dengar tak mak cakap ni? ko dok watpe tu?,"

"aaa..dengar....jap jap..mia mintak adik arif temankan mia balik ke Jb petang ni juga. nasib adik dekat je di UTHM, mia kat rengit...sekarang jam 5petang kan..insyaAllah by 7malam smpai la...sempat jumpa la...nak masak pe ni mak?...mesti diaorg nak dinner kat rumah..mak ayah tlg uruskan ye....," sempat aku menjawab dengan kalutnya.

Segalanya jadi serabut. wahai lelaki, kenapa kau buat kejutan sebgini...???
Dup dap..dup dapnya hatiku saat ni.  
Sempat terfikir baju pe nak pakai kali pertama nak berjumpa ni? hahaha.....lawak la aku ni...

Korang mesti nk tahu pe jadi kan?
Apa yg pasti,aku sempat call adik aku di UTHM....

"adik arif,plz wait...akak ke UTHM...tlg akak drive keta...akak x berapa sihat sgt ni...nak balik Jb...Abg Rijaluddin nak dtg dgn abg & kak ipar dia...tolong ye?," Suara merintih jelas ku suarakan kpd adik lelakiku (anak ke-2 dlm keluarga ini).

"Ha...awat dia tak bgtau nak datang...on the spot mcm ni..wah, buat surprise ke akak?aduh...ok je ..set, esok adik pun xde kuliah..jalan...tunggu akak kat sini k,"

Uh, settle 1masalah....jam dah meniti angka 5.15petang...kena gerak ni....aku hanya dpt sms dr lelaki itu sesaat itu....

"Mia, saya baru call ayah mak mia nk dtg rumah...Tak kisah kan? Mia akan ada di Jb gak kan? kte jumpa di rumah awk ye,Mia," Selamba je aku menerima sms dr lelaki yang sungguh berani menerjah taqaruf dengan keluarga aku dgn beraninya..

Oh, tak pernah berlaku seumur hidup aku ditemukan dgn lelaki yg selalu meminta izin dari ayah ibu aku dulu sblm wat pe2x....sehingga aku ingat lagi....ketika nak propose aku jd gf pun, senyap2 dia call mak aku dr mesir mintak izin nk kwn dgn aku tanpa pengetahuan aku.  
 
Mak aku? terkebil-kebil la....tak tahu pecite, br tahu cite org dr oversea call...tak gawat ke kisah ni???....hehehe.
 

Perjalanan selama hmpir 2 jam ke rumah family di JB, entah kenapa aku jd insan yg seakan dipanggil untuk berucap di khalayak ramai. Memang lawak...kerana adik arif yg kat sebelah memandu pun boleh perasan.
 
Huhu...malunya.sampai hati, awk buat surprise mcm ni.
korang nk tahu tak...why i'm so afraid to see him???
 
Aku risau....aku ni tak secantik mana...aku masa tu 55kg...huhu..aku hanya memakai blouse biasa & seluar slack...takut sangat-sangat nk jumpa ustaz dr mesir ni...apa lah yg dia fikir tentang aku yg bukan ustazah sehebat 1st love dia...huhu... 
kenapa kau jd mcm ni mia..tenangkan hatiku, wahai illahi.

Tik Tok....Tik...Tok...seakan jantung berdentup kencang kala jam 6.45petang, kami melewati perkarangan rumah.....dilihat sebuah kereta sudah memarkir di hadapan rumah batu teres biasa di bandar Johor Bahru. 

Ya Rabbi, dia dah smpai ke? 1....2....3.....
 
"Mcm tak nak turun dr kereta, boleh tak?," Gila..sempat aku katakan mcm2 kat adik arif....huhu, adik aku boleh gelak tgk muka akak dia yg dah seraya dup dap ni.

"relax...tenang,kak...buat mcm biasa...adik jalan dulu..akak follow..xde pe2x la...dia x makan org la..tu semua dah ada..turunla kak," adik aku lg menggiat aku suruh bertenang & turun.

At last aku mengalah & masih sempat bermonolog di hati...

" Mia...relax...ko cool down k...jd diri kau sendiri...don;t pretend some1 else. Dia pun insan biasa," Itu monolog aku dlm sepi hati kala saat denting pertemuan pertama akan bertentang mata dgn lelaki itu.

" Assalamualaikum...," Adik Arif sudah mulakan langkah pertama memberi salam kala meniti pintu rumah.

Aku?  
Senonong je..mengikuti dr belakang. Dengan rasa malu & menunduk muka. Mujur aku juga pernah berkenalan secara maya dgn kak ipar lelaki ini...Lega juga kala masuk mula & menyalami tangannya.........

Dan saat itu memang bersejarah. 10.1.2009....Tarikh pertama kami bertentang mata realiti di hadapan keluargaku & ahli keluarganya.......

Korang leh bayangkan tak, apa feeling aku masa tu? macam mana malunya aku? 
Aku ni mmg jenis ppuan yg tak nah keluar dengan lelaki tak tentu pasal..tetiba jumpa cintahati real depan mak ayah....
Dia pandang aku & aku tertunduk malu. Itu sudah pasti. 
Paling rasa malu kerana lelaki itu pd saat pertama dia melangkah ke rumah, dia begitu cool....ketika aku bersalam dgn kak iparnya...aku lihat dia berbicara dengan ayah & mak aku bagaikan sudah lama kenal & dengan aku?  
 
kami langsung tak bersuara...Pelik bin ajaib. Masing-masing menahan perasaan kot! hahaha....Melihat dia, bagaikan kami baru hari itu berkenalan...padahal sudah mula meniti awal 5 tahun hubungan. Tempoh yang lama. Dalam sms, bagai nak rak mencatu nak berjumpa & bersuara...haha.. watak apakah yg kami tgh lakonkan ni..aduhai,tolong aku Ya Allah...tolong!

Jangan lah korang pelik...sebab apa?
Dia memang insan agama yg sebegitu. Pemalu & telah diajar dr sek agama dulu tidak boleh berukhuwat dgn ppuan...dan aku asalnya pelajar smka perempuan di perlis 1 tika dulu....memang diajar menahan pandangan lelaki..& aku hingga kini sukar nk ber bual dgn lelaki sesuka hati tanpa bersebab..ahhahaha,..ye ke ni? ini dr komen org sekeliling yg mengenali diri sejak awal.
 
 
 
BERSAMBUNG KE EPISOD 4
 
 
Melarik Tinta Maya,
 
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute