My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Thursday 10 October 2013

Mitos..oh Mitos "Segalanya Tentang DIET"


Bila ditelusuri akan jawapan Kevin Zahri...ada sesuatu yg bernas juga untuk di share dengan semua...Semoga bermanfaat untuk kte semua yg sedang berdiet.



MITOS : Gemuk @ tidak baring selepas makan?

Jawapan: 

Tak jugak. Makanan tu memang ada isipadu yang akan terkandung dalam perut selepas makan dan bergantung kepada kualiti makanan perlukan jangka masa tertentu untuk dicernakan. Jadi sepanjang tempoh tersebut, sudah tentu perut nampak buncit tapi itu sementara sahaja. 



MITOS : Mandi selepas makan,menggemukkan tak?

Jawapan: Tak. Tiada hubungan mandi (sejuk atau panas) selepas makan. Ia mungkin proses pencernaan terganggu (mungkin lah) tapi akhirnya tempoh pencernaan tidak mempengaruhi naik-turun berat badan. Bagi saya – saya tidak gemar mandi selepas makan tapi bukan sebab nak jaga berat badan tapi kerana rasa kurang selesa untuk mandi immediately after.



MITOS : Minum air sebelum atau semasa makan membuncitkan?

Jawapan: Yes and no.
  • Yes: lebih banyak isipadu air yang anda minum sudah tentu akan membuncitkan perut lagi. But macam dalam mitos (1), isipadu air itu akan dicernakan tak tidak membuncitkan secara langsung – cuma untuk jangka masa pendek.
  • No. Air kosong tidak boleh menggemukkan langsung kerana ia tidak mengandungi apa-apa kalori. BUT, kalau anda kurang pengambilan serat dan banyak ambil garam, maka water retention akan bertambah. Tapi itu bukan salah minum air semasa atau sebelum makan.

MITOS : Tidur selepas makan menggemukkan?

Jawapan: Pun tak jugak. Katakanlah anda berjaya (bukan mudah sebenarnya kerana metabolism badan selepas makan lebih tinggi) tidur selepas makan pun, proses pencernaan tu akan tetap berterusan. Naik-turun berat badan di sini tak lah bergantung kepada jarak antara tidur dan makan TAPI kepada jumlah pengambilan kalori (kalor in) sepanjang hari berbading keluarkan kalori (kalori out) . Hanya apabila kalori in lebihi kalori out, berat badan (lemak) akan bertambah.




MITOS : Kalau saya makan A @ B,adakah menggemukkan?

Jawapan: Sama macam mitos (4), naik-turun berat badan di sini tidak bergantung kepada satu makanan, minuman atau suplemen semata-mata. Ia bergantung kepada keseluruhan pilihan makanan (dan minuman) sepanjang hari.
"Ingat: Gemuk atau tidak BUKAN bergantung kepada nasi lemak, roti canai, suplemen, ayam, itik, sayur etc … ia bergantung kepada gadungan pilihan-pilihan anda,"
Paling penting:
 Pastikan anda kenalpasti keperluan kalori seharian dan BIJAK dalam memilih makanan (minuman) yang sesuai dengan keperluan anda itu.








Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

1 comments:

Unknown said...

good info nih..
walaupon zura Amalkan DA.. sekurang2nye dapat jugak sedikit ilmu pasal diet kalori nih.
thanks Mia.

P/s: moon cake tuh sedap lah bagi zura. rasanye lebih kepada manis.. tapi moon cake skrg byk flavor. semua sedap2.. hehehe

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute