My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Tuesday 29 October 2013

Isteri Kedua Ashraff Muslim Wan Sakinah Hamil 3 bulan


NAMA Ashraf Muslim, 29, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, sekali lagi menjadi perhatian apabila isteri kedua pelakon itu dipercayai sudah hamil tiga bulan. 

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila Sakinah memuat naik foto ubat-ubatan yang diterima dari sebuah klinik di Putrajaya. Paling ketara apabila ubat jenis 'asid folik' yang sememangnya diperlukan oleh ibu hamil turut dimuat naik menerusi Instagramnya.



Malah gambar itu telah menarik perhatian kebanyakan pengikut Sakinah di Instaram hingga ada yang mengucapkan tahniah kepadanya. 

Bagaimanapun, Ashraf sebelum ini menerusi kenyataan di sebuah portal menafikannya dan usaha Zass untuk mendapat komen Ashraf berhubung berita gembira ini tidak berhasil apabila Ashraf tidak menjawab panggilan telefon dan juga sistem pesanan ringkas (SMS). - Sinar Harian

Seterusnya timbul spekulasi di forum-forum bahawa Wan Sakinah telah mengandung. Kalau benar, tahniah diucapkan. Baru saja Ashraf menafikannya, nampaknya spekulasi Wan Sakinah telah mengandung menjadi kuat semula.

Buat pengetahuan anda, ubat-ubat seperti yang dimuat naik oleh Wan Sakinah juga digunakan oleh wanita yang ingin mengandung, jadi mungkin juga dia masih belum hamil seperti yang didakwa, sebaliknya sedang berusaha untuk mengandung.

Apa pun, selamat maju jaya diucapkan.








Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute