My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Monday 21 October 2013

Episod 20 "Kerana Dia Untuk Ku"


Melodi lagu bagaikan menari-nari di cuping telingaku kala Subuh menjejak desa kayangan pagi ini. Ku ingin ketawa ria bagaikan rama-rama yang terbang bebas di singgahsana jendela kamar. Ku ingin berlari bersamamu mengejar saat bahagia dan ku ingin kau ada selalu kerana kau sememangnya untukku.

Cuba mengusir resah pada tragedi semalam yang entah tiada khabar lagi. Namun hilang seketika meski mendapat secalit sms cuma dari lelaki bernama suami itu.

"Mia, kami semua ok....nanti abang cite lagi ya,jangan risau tau,"

Menghitung waktu bagaikan mengharapkan handphone Nokia ku itu bakal berdering. 

Sarapan pagi itu bagai tiada selera adanya.

"Mia, apa cerita semalam?," suara emak berkumandang memecah suasana kala sepi di ruang tamu sisir rumah.

"tak tau la,mak..mia try call abang tadi...tapi tak berangkat pulak,"

"takde pe-pe kot..dia ada sms mia kan semalam?," tanya emak lagi.

"ada,diaorang ok," kataku menyedapkan hati.

"jangan risau la....insyaallah ok semuanya emak doakan. dah siap hantaran untuk bawa ke rumah lelaki ahad ni?," dari belakang ayah pula menerjah ruang bual kami.

"apa yang ada je la ayah...semua dah set. ke ada perlu tambah?," saje bertanya pada yang lebih tua. Mereka lebih mengerti daripada aku bab-bab ini

"ayah tengok takde sirih junjung pun. takkan yang nak bawa kat depan, tak pegang sirih junjung...mungkin mia perlu tambah buah dlm 1 bakul lagi. takkan nak bagi sama jumlah lak," cadang ayah kepada ku.

Aku sekadar mengangguk. Bersyukur juga kerana masih punya sepupu yang sudi membantu saat kekalutan ini timbul. 



Kring.....Kring...
telefon ku berbunyi. Jelas kedengaran dari bilik pengantin. Segera berlari kerna tahu & pasti nada dering itu khas panggilan dari suami.

"waqalaikumusslam abang....," Gembira rasa mendengar suara lelaki itu setelah kian lama menunggu berita.

'Mia sayang ...pekabar?," 
Aduhai, sepatutnya aku yang bertanya khabar. Lelaki ini pula yang sebaliknya. 

Ini lah yang buat aku sayang kan lelaki ini. Jika dulu tika cinta ala maya bagai nak tak nak je melayan aku. Kini bila masuk fasa kahwin, bagaikan dilayan bak puteri pulak....syukur pd Allah diberi kenikmatan awal ini.

"Mia...dengar tak ni?," 

" ya abang...mia dengar," tersentak dalam lamunan sebentar.

"amboi sempat berangan isteri abang ya....ingatkan sape tu?," Mula sudah lelaki itu hendak bergurau.

"ingat orang jauh lepas kenduri sini je..laju dah nak balik sana esoknya," sengaja pulangkan paku rajuk manja pada lelaki itu.

" ooo....tu maknanya rindu..sabar..sabar," 

Kata-kata lelaki itu buatkan aku gelak sakan.

"Mia, mujur tak jadi apa-apa semalam...kena kat belakang kereta abang dekat tayar...tapi kereta kat depan nasib tak dilanggar teruk perempuan cina yang bawa kereta vios tu. Tapi, mak kat sebelah dah jerit sakan. Mak trauma sebab hal tu jadi tiba-tiba. Kebetulan Mia dok cakap dengan abang kat phone lak," tiba-tiba suara suami bertukar serius menceritakan kejadian.

"abang, sori  sangat.mia tak sangka jadi macam tue....lepas ni, mia tak cakap lagi ye bila abang tengah memandu. Mia rasa bersalah lak..takut gak jadi pe-pe semalam. yela mia yang call abang,kan," kataku sedih & kesal dengan perkara itu.

"tak pe la Mia...semua dah nak jadi. tapi....kereta abang masuk bengkel la...nanti kenduri kte tukar plan lain la ye....abang kat baling ..rumah tok lagi ni," 

"abang, jangan lupa bagitau emak jumlah kedatangan pihak kami & jam berapa nak amik..kan ada 2 pengantin nanti..kesian kat mak abang lak nak handle..ayah tengah tanya tu..ble nak datang bincang. lagi 2 hari tau nak kenduri rumah abang ni," Nada risau berlagu di hati lantaran melihat suami ku yang selalu ambil endah tak endah bab ini. Sibuk mungkin juga. Sekadar mengingatkan. Khuatir dia lupa.

'yela sayang...," katanya sebelum mengakhiri perbualan kami tika waktu tengahari kan mendatang.

Kuntuman senyum mekar mewangi dalam haruman nada berita yang ria menjernihkan emosiku semula. Semoga majlis yang direncanakan merafak sempurna hendaknya.


********************************************************************

Putaran masa menginjak denting jejak rencana yang diatur kini. Majlis kenduri sebelah pihak lelaki yang bakal diadakan di Chuping,Perlis akan dimeterai esok. Persiapan kian rancak meniti suasana di kediaman rumahku di Perlis. 

Lewat petang itu, sempat lagi aku mengajak Adik Fiza, Adik Ida dan sepupu ku yang lain membeli barang yang masih diperlukan. Sudah terbit di minda kami untuk menghias sirih junjung & jambangan coklat & jeli yang bakal di rias indah sebelum kenduri berlangsung esok. Meskipun ia majlis kedua buatku, entah kenapa debaran meningkat setapak.

Dup dap dup dap kencang sanubari...
Sseakan baru nak bertemu suami semula setelah seminggu ditinggalkan kala kenduri pertama di rumahku. 

Kata ayah :-

"alahai, awal-awal suami dah tinggal pengantin baru...sabar je la," 

Bukan ayah je mengusik....di gamat lagi dengan suasana adik-adik sepupu yang riuh memecah suasana di kediaman perlis itu.

Dalam hati, masih penuh mekar taman berbunga. Pengantin baru la katakan....Ups, dialog macam pernah aku dengar je ..hehehe !!!

"Hi, kak mia....dah jauh kemana tue...bintang bulan..orang cakap pun dah tak dengar," tersentak lagi dek libasan tangan Adik Ida di muka ku.

"Ha, tu dok ingat cik abang la tu...hang jangan tak tau Ida oi...," Adik Fiza tak kering dengan idea mengusik aku kala kami sedang menjamu selera koew teow ladna di gerai tepian jalan. 

"takde la...suka mengusik ye korang ni," Malu & merah muka ku tiap kali diusik sedemikian rupa.

Adik Iqa & Zifah tersenyum seakan nak gelak. 

Jahat tau, sempat usik kak mia ye....nanti korang kawin, kak mia usik korang pulak!!! hehe....senyum sungguh ble ingat gelagat korang semua yang so happening :-)

Usai sahaja makan di gerai, kami lantas pulang.Ketika makan tadi, sempat menerima sms suami akan kedatangannya untuk berbincang dengan ayah mak sebentar di rumah. 

Aku?
Akur sahaja apabila suami sibuk dengan persiapan di rumah nya. Hanya malam ini sahaja yang dia free. Layan je la.....sekejap je pun,kan ! Esok dah majlis.

Tapi, Adik Ida & Adik Fiza dah semakin rancak mengusik bila tahu suami hendak datang rumah...Apa taknya...sehari sebelum majlis sebelah lelaki.

Aduhai......!!!

Nak tau pe yang diusik???

"Habisla pengantin baru malam ni?," 

Sempat menampar manja dalam keriuhan gelak ketawa memecah hilai ketika pemanduan kereta oleh Adik Ida. As usual,  cepat-cepat aku menafikan bahawa suami akan balik cepat-sibuk dengan urusan di rumahnya. 

eei, malas la....semua asyik mengusik je...malu..malu....
Realitinya...berdebar...seakan dah lama tak berjumpa suami sendiri. Bercinta selepas kahwin....ini lah noktahnya....

Tiba sahaja di rumah, aku lihat sebuah kereta sudah parking bersebelahan kereta ayah. Sudah pasti lelaki itu. Kami turun dari kereta membawa barang untuk menata rias hantaran. Sempat menyalami suami dengan malu-malu, bertanya khabar sekelumit cuma. Hendak pandang muka suami, bagaikan tidak boleh bertentang mata. Tak dapat diungkap. Mungkin kerana masih tidak kenal suami realiti dan riak malu ketara lagi.

Aduhai, Mia...apa dah jadi...dalam telefon bukan main bercinta....bila real, lain pula jadinya !!!! Hati oh Hati..ada kata 'pergilah tegur suami'..ada kata 'nak malu pe, kan suami sendiri tue,".....emosi bermain pelbagai rasa. Tuhan sahaja yang tahu. Kalau boleh hendak lari dari lelaki itu dan tak nak pandang dia lama-lama walhal itu yang diinginkan sejak lelaki itu tiada5 hari ini....huhuhu

"ehem ehem.....tekun nampak kak mia tolong kami," Adik ida mula nak memecah usik lagi...cepat-cepat aku cubit peha kanan dia.\

"ouch,ketam dah naik Fiza oii," Adik ida membalas merenung Fiza.

"Awat Mia macam nak tak nak je tegur suami tu..kesian kat dia...mia ni..suami datang ...buat tak layan pulak...esok dah la nak kenduri...pi la cakap dengan dia jap," Makin riuh usik Kak Imah pula yang sibuk menyusun coklat dan jeli untuk digubah.

Aduhai, diaorang buat dah !!!! huhu..
Makin merah muka aku..makin diam ..tak tau nak balas pe...

Dalam kesibukan aku membantu melipat daun sirih, sempat mengerling melihat suami sedang minum air kopi buatan emak sambil bersembang dengan ayah. 



Bila suami pandang je, cepat-cepat aku tundukkan muka. Tak tahu drama apakah yang menimpa kami tika ini....Ya Allah, usirkanlah perasaan yang entah ape-ape ni....(bisik hatiku)

"Alamak, belum solat isyak lagi ni....?," lagu hati ku setelah melihat adik-adik sepupu sedang sibuk menyiapkan jambangan bakul coklat & sirih junjung itu.

Suami? Yang ku tahu masih tidak balik lagi. Kelibat suami yang masuk ke kamar pengantinku sekali imbas kulihat tadi usai ayah dan mak rancak bersembang di ruang tamu itu.

Secara tiba-tiba, ayah & emak sudah memanggil ku di dapur. Terpaksa meninggalkan adik-adik sepupu di ruang tamu tengah dengan kerja itu.

"Mia, tengok suami Mia tu penat semacam je...Yela dia kan anak yang diharapkan ibunya membantu banyak hal-hal dapur untuk kenduri ni....mak dengar dia sempat lagi menjemput rakan-rakan terdekat petang tadi......macam-macam la dia cite. Yang penting semua hal berkaitan esok dah dibincangkan....hi, yang mia ni diam sokmo sampai tak mencelah sembang tadi kenapa...malu la pulak," ibu sudah bersuara sambil memandang aku. Pandangan ibu pun ala nak mengusik...

huhu...nape semua suka usik aku ni 

"pergi la masuk bilik tue....mia tunggu pe kat situ...ish budak ni," Ayah dah mula berleter.

Seboleh mungkin, aku cuba melarikan diri dari lelaki itu. Ya Allah, apa yang berlaku pada aku ni?? Bertubi-tubi aku mengurangkan rasa debar. 

Teringat pesanan Ustaz Ramlan ketika menghadiri kuliah kursus perkahwinan lewat Julai yang lalu :-

"seorang isteri harus melayani suami sebaik mungkin. Berdosa jika membelakangkan suami...namun pahala bagi isteri yang memenuhi tuntutan rumahtangga,"

Aduh, rasa berdosa pulak tak tegur suami sedemikian rupa....cepat-cepat berisghtifar di hati.

Ketika hendak melalui Kamar Pengantin yang masih asal rias tika kenduri di rumahku itu, sempat mendengar usikan Adik Fiza 

"hi, kang dah masuk...kak mia tak keluar-keluar pe!," 

Adik Ida dah senyum sokmo. Aku mencebik bibir. Geram diusik bertubi-tubi walhal muka dah merah semacam. Di luar pintu, masih terdengar pecah ketawa mereka.


*********************************************************

Melangkah ke kamar pengantin yang disinari cahaya lampu dinding ala samar itu menerbitkan suasana romantisme kala kaki menjejak ke bilik yang diubah suai oleh sepupu-sepupu ku itu. Pilihan dan idea mereka tepat dengan apa yang aku kehendaki. 

Melihat lelaki itu terbaring di tilam empuk kamar pengantin. Merenung mukanya bagai keletihan yang sukar aku hitung. Simpati menjenguk jiwa. Bagai ingin menyentuh wajah lelaki itu. Namun mematikan perasaan.

Masih teringat yang aku belum menunaikan solat Isyak lagi. Sempat membersihkan diri, mengambil wudhuk. 

"Mia, nanti kejutkan abang sebelum 12.30 malam ye..abang kena balik la. esok kan kenduri,"

Suara lelaki itu jelas terbit di cuping telingaku kala aku baru ingin memulakan solat Isyak.Nada keletihan jelas sekali.

Tika merafakkan tasbih dalam doa, baru tersedar yang lelaki itu terpisat-pisat mengusap mukanya dalam pembaringan...merenung aku. Dalam doa yang kudus itu , sempat aku memohon kepada Yang Maha Esa dilimpahkan kebahgiaan dalam rumahtangga yang baru dibina ini. 

Lelaki itu masih terbaring di katil memandangku dalam mata yang antara pejam tidak itu. Petanda kepenatan ketara di pelupuk matanya. Namun matanya seakan tidak henti-henti merenung aku hingga aku jadi tidak tidak betah membetul-betulkan lipatan telekung solat lalu menuju ke almari. 

Menilik di ruang dalam almari, di asak rasa malu. Namun harus menukar pakaian tidur. Ups, di depan suami pulak tu...aduhai 

"Ya Allah, bantu lah aku....," Hati aku berulang kali mengucap kata-kata itu.Tak tahu kenapa....huhu

"Mia sayang.....nak kemana lak tue?," kata suami tersenyum melihat aku gelabah semacam je direnung lama. Sememangnya aku nak lari dari lelaki itu. Semakin lama, semakin lelaki itu ingin mengusik & menguji aku.Saje je !

Namun secepatnya tanganku ditarik suami duduk di sisinya.

"kata rindu kat abang....cian kat abang...dah la penat....mia urutkan belakang abang jap...lenguh dah tolong org rewang kenduri tadi tau," 
 
Tangan aku sudah dibawa ke bahunya. Sememangnya simpati juga kerana dari tadi emak memberitahu suami ku ada mengadu penat urus kenduri.

Dalam mengurut suami, sempat membaca doa yang dititipkan ustazah bagi melembutkan hati suami dan penawar kebahgiaan. Hal yang baik perlu dibuat untuk pemula rentak keharmonian rumahtangga.




Lelaki bernama suami itu kulihat tidur lena meski urutan aku hanya seketika, Ingin membangunkannya lantaran permintaan sebentar tadi. Serba salah aku dibuatnya. Lantas aku baring di sebelah. Mata masih belum kantuk. Jam di dinding hampir menjengah 12.40 malam.

"aduh, nak kejut ke tak ni?," Sungguh hati rasa simpati. Kepenatan lelaki itu jelas sekali hingga sudah tidak sedar aku di sebelahnya. Aduhai,suami 

Yang aku tahu, di luar sana.....suara-suara sepupu telah hilang kerana mereka sudah pulang untuk istirehat. Ayah?Pasti dah kunci pintu. 

Pesanan suami minta dikejutkan masih lagi di ingatan.

"abang.........bangun la...abang...," ku urut jemari kaki suami membangunkannya. Risau. apa kata lelaki itu jika tak mengejutkannya.

"erm.....," Hanya itu yang kedengaran dari bibir suamiku. Sempat dia menarikku dekat di sisinya. 

"abang.....jangan cakap mia tak kejut ye....," tangan mula nak menggeletek pinggang suami. Geram. Lelaki itu masih tidak membuka matanya.

"ouch.....sayang,ok...ok...jangan .........kang abang......," Akhirnya mata lelaki itu yang terkatup bersinar kerana cuba mengelak tangan aku yang melekat di pinggangnya. Geli.

Aku ketawa kecil berjaya membangunkan suami dari lena yang panjang. Suka :-)

"Mia....kalau......," Bagai tersekat kata lelaki itu. Matanya seakan kuyu. Seakan mengharap sesuatu dalam rona pandangan yang membawa makna.  

Aku? tunduk malu. Pengalaman kali pertama realiti 'dating berdua' di kamar indah, menyentak naluri dalam debaran irama yang berombak.

"kalau apa..........," mata aku mendongak memandang mata suami di sebelahku.

"kalau abang tak nak balik....tapi.............nak..." Lelaki itu sengaja tidak menghabiskan ayatnya. Semakin lama semakin mendekat pada aku.

Dan.........
Sedarnya aku sudah ditarik dalam pelukan manja lelaki bernama suami itu. Malam yang suram dahulunya...kini menjadi bintang yang indah dalam kehangatan menghirup manisnya madu cinta yang halal di sisi tercinta.





Serangkap kalimah
Seutas tasbih yang dikirai
sehelai sejadah yang di hampar
lambang agung sebuah cinta
dari hamba kepada Pencipta

Dari mata turun ke hati
dari jiwa ke nurani
sebuah kisah cinta bersemi
antara bidadara dan bidadari

Kuselimutkan wajah indahnya
pada semilir angin yang menyapa
agar bisa ku nikmati indah pelangi
yang bersemayam di sudut taman hati

Ku lakarkan madah
ku hamparkan sebuah kisah
cinta yang suci lagi indah
agar bisa aku megah
dalam pelukan kasih yang terindah

Lewat bisikan bayu nan lembut
ku sampaikan salam dari jauh
bisakah dikau menyambut
perasaan tulus yang ku simpuh
lewat kicauan unggas yang mula riuh

Ku naikkan sauh duka
ku layarkan bahtera cinta
buat tatapan mereka-mereka
yang terpenjara dalam siksa
 moga masih ada sinar
di destinasi yang masih samar

Sambutlah wahai manusia
Sebuah cerita indah dari alam maya
ku lakarkan di sini buat santapan hati anda
semoga nantikalian akan bisa 
berbahagia sentiasa
bersama indahnya cinta kurniaan-Nya

Senyumlah wahai teman..
Senyumlah seindah pelangi yang tercipta...(^_^)
Melarik Tinta Maya, 


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

1 comments:

Unknown said...

nice cerpen...

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute