My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Friday 18 October 2013

Episod 19 "Kerana Dia Untuk ku"

Menyelak jendela di luar kamar Bilik Pengantin pagi Subuh yang dingin pagi ini sesungguhnya ku rasa dingin. Kedinginan dalam hati penuh sirna bahgia bertari lagu. Hari pertama episod bergelar zaujah menjadi detik penuh matang buat insan kecil bernama Mia.



Malam pertama bagaikan kerlipan indah pesona dalam makna sebenar sebuah 'cinta' milik-Nya. Semalam penuh arca mimpi buatku mengenang sehari sebelum menjelang perkahwinan, masih ada cambah duka....Inilah yang dikatakan 'duka bertukar suka' ble cinta telah terpateri bersatu. 
 


"Mia, sama-samalah kita jaga benih cinta ini. Jika ada salah abang menghantui Mia, khabarkan ... usah dipendam....demi ms hadapan,tolak-ansur penting dalam ikatan. abang akan bertanggungjawab pd Mia lepas ni. Mia akan jadi zaujah milik abang selamanya....," Sungguh bermakna suara lelaki yang kini jadi zauj ku kala bersalam solat jemaah Subuh bersama.




Dahi & tangan ku dikucup mesra selepas itu. 
 


Kata zauj:-




"Itu tanda kasih...erat cinta....sentiasa diamalkan selalu pasangan,"


Tersenyum indah mendengar nada sebutan dari bibir lelaki tercinta itu. Bahgia jiwa.



Lontaran pandangan akrab melihat mentari kian mula bersinar di luar sana meski nada kesibukan persediaan menyimpan barang-barang kenduri bakal digerakkan hari ini.




"Sayang.....," lirih suara sisir angin ke cuping telingaku.




"Upss...........abang kejutkan Mia la," ngomel manja ku kala dipeluk mesra dari belakang. 
 


"Ingatkan apa la pagi-pagi ni?baik cakap kat abang," sempat menguis hidung ku yang tak mancung ni...hehe
 


"eh...takde apa-apa la...saje je tengok waktu pagi kat kampung nie...aman," sengaja mengelak ditanya lanjut. 



Senyum pada wajah lelaki itu berlainan memandang aku pagi itu.



" Mia sayang....jangan nak tipu abang ye........," Lelaki bernama suami itu memang benar menduga. Mula nak menguis pinggang aku...



Sebelum acara jadi lanjut, aku sudah berkira ingin lari. 



"Abang..jangan aaa.....," Penuh rayuan agar dihentikan geletek yang menghinggap pinggangku. Akhirnya aku kalah jua dalam pelukan jatuh ke kamar romantis itu.



"Sayang abang ke tak?," Mata lelaki itu sudah merenung tepat ke mataku. 



Aduh, soalan cepumas lagi...menunduk pandangan. Nada malu masih menghinggap meski hari ini hari pertama bergelar 'isteri'.




"Kalau Mia tak nak jawab....," Sengaja mengelak memuncungkan bibir manja.



"Kalau tak jawab..........tau la apa abang nak buat..," usikan lelaki itu makin menghinggap debar lagi. Mula nak menggeletek pinggangku.



"Ok...ok...sayang," Cepat aku mengaku kalah. Malu sungguh hingga merah pipi. Acara ini sukar buat ku.



"Sayang siapa?," Aduh, sengaja lagi lelaki ini mengusik lebih.



"sayang abang la..buah hati pengarang jantung Mia," Jatuh merah ranum pipi ku.



Satu kucupan hinggap di pipi. Mesra. 



"jom abang sarapan......semua dah kat luar tu," Cepat benar aku menarik lelaki itu keluar dari topik.
 


"Mia.....nak lari ye....," Kerling mata lelaki itu beza dengan yang pertama.


"Abang.........," Jerit kecil mesra melirih sanubariku....



Sentuhan cinta mencantum akrabnya jalinan. Mesra menguntum mengulit erti kekuatan perasaan. Hari-hari mendatang menyelitkan suka bahgia dalam mekar doa berkekalan.


**********************************************


Mengapa mesti ada perpisahan...jika pertemuan itu mendamaikan?

Mengapa mesti ada pemergian jika kemesraan itu membahagiakan

Mengapa mesti ada kesedihan andai rindu itu menggembirakan?


"Mia jangan sedih-sedih tau. Abang kena balik juga meski hari ni hari pertama kte jadi suami isteri. Jaga diri baik-baik ye sayang," 




Menghantar pemergian suami menjelang matahari kian naik ke tengahari hari pertama selepas bergelar suami isteri sesuatu yang memilukan. Detik kemesraan terhenti seketika. Namun, keredhaan perlu ada pada diri lantaran ada amanah yang perlu diselesaikan suami menjelang kenduri sebelah pihak lelaki pula.




"Kak Mia, kami nak gi shopping..nak ikut?," ajakan sepupuku Ida mengejutkan aku kala duduk di tepian bangku laman. Lamunan dibuang jauh, menjemput senyuman.



"Bila...?," tanyaku semula.



"Petang ni la....alahai kak mia, sedih je suami takde ni," Ada suara menyampuk menjawab di belakang kami. Rupanya sepupu ku Fiza.



Hati menjemput sedih kerana sedar setelah bergelar isteri setiap perkara & tindakan mesti dikhabari pada suami.....meski hari ini hari ke-4 tiada suami di sisi tetapi ia seakan sebulan lamanya. 



"Amboi korang...kalau tak usik kak mia satu hari tak sah ye," Sengaja bergurau dengan adik-adik sepupu yang banyak membantu ku ketika majlis kenduri baru ini.



"Kalau kak mia kata nak ikut gak, boleh?," Saja menduga nasib di hadapan sepupuku itu. 



Tersengih-sengih mereka senyum.



"Ish, kak mia boleh ke?....kami ni lain la single lagi...hi, ada org tue kan kena minta izin suami dulu," kata Fiza mula tersenyum mengusik ku lagi.



"Pandai korang ye....," Sengaja aku membuat momen sedih.



"Ha, kak mia jangan jeles tau..kami nak gi Langkawi nie...nak join tak?," kata Ida 



"Eh, bila pulak ni?," Terkejut dengan rencana yang baru didengar itu. Semalam terdengar kecoh adik-adik kembar sudah bising nak pergi satu tempat.



Rupa-rupanya..........ini dia !!!
 
"sehari selepas kenduri bertandang rumah suami kak Mia la," Suka benar Fiza menunjukkan rencana agar aku bertandang cemburu.



huhu....hati dihimpit sedih.



"Abang.....cepatlah balik....Mia dah jadi single person lak ni," rintih hati dalam diam.



"pandai pilih tarikh ye....macam tau je kak mia tak dapat ikut," Kataku dalam episod sedih.



"apa susahnya kak mia..pergi je la honeymoon dengan suami kat langkawi.kan mudah tue.romantik apa !," Makin mengusik sepupuku Ida menjeling mesra pada ku.



"Hi, rancak nya sembang.....mak nak terjah sekali la," 



Sedarnya dari belakang, emak dan ayah menyusur mengikuti segmen sembang petang kami.



"Mia, ayah mak & adik-adik gi langkawi gak tau," 



Makin rancak perbualan petang yang menginjak nak remang.



"ooo...korang dah pakat ye nak tinggalkan kak mia kat rumah mentua ye," 



Sudahnya, adegan kejar-mengejar menjadi arena rencah mesra dalam perbualan kami sebelum azan maghrib berkumandang.
 


Alhamdulillah, kewajipan sebagai umat-Nya tetap kuteruskan dalam solat Maghrib dan Isyak yang menyusuli di malam harinya.  






Kring...Kring.....dering telefon berbunyi. Muncul nama yang sudah 4 hari tidak menghubungiku. Pastinya 'zauj tercinta' !!!
 
"Waqalaikumussalam abang," jawabku dengan nada ceria. Rindu setelah 4 hari tidak mendengar suara lelaki itu.
 

"Mia sayang sihat?," Lelaki itu semakin mengambil berat akan ku sejak kami bernikah.
 
"sihat....abang? mesti penat uruskan persiapan kenduri kan?," tegurku 

"Sihat tp lenguh badan abang ni...tapi akan rasa makin sihat kalau Mia selalu di sisi..," 
Tersenyum makna mendengar terbit kata itu. Rindu lah tue.... 

" Mia buat apa sepanjang abang takde?," 
"Tak buat apa-apa...jadi suri kat rumah ni...mak kata macam jadi single balik...hehe," gelak ketawa mengusik dariku

"oo...jadi single ye...jadi single kat rumah takpe ye....jangan lain pulak," Persis suara suami seakan menduga pulak. Namun dalam gurauan.

"Abang...ble nak balik nie?," Romantis manja suaraku saat berada di kamar yang bagai masih segar terasa aroma pengantin.

"hi, ada orang dah rindu kat abang ke?," Lelaki ini memang benar suka mengusik ku.

"Cuba tanya hati....," Sengaja aku mengelak lagi. Terkadang memarahi diri kenapa tidak suke berterus terang bab hati bile bersama lelaki itu.

Yang aku tahu. ada nada ketawa menghiasi cuping telingaku.

"sabar ye sayang....sibuk tau sekarang dengan kenduri ahad ni,"
"kalau cam tu Mia nak keluar la dengan sepupu Mia ....boleh tak?," Keizinan dari suami perlu aku perolehi. Itu kata emak yang berulang kali mengingatkanku.

"Pergilah sayang.......kesian pulak dengar isteri abang yang kesepian kat rumah ni,"
Kali ni aku pulak yang mengekek ketawa. usikan lelaki itu memang menusuk kalbu. 

"Mia...nanti sejam lagi call abang balik ye?abang sebenarnya kat hentian ni," 
"ok," kataku menamat perbualan malam itu.

Lirikan senyuman bermain di jiwa. Teringat usikan teman setelah selesai upacara pernikahan baru ni :-

"Nanti tau la aura pengantin baru..Ni baru nikah je, senyum tak sudah," 


Sememangnya ada benar. Bukan omongan kosong. 

Sejam berlalu, janji untuk menelefon suami hinggap di ingatan. 


"Hello abang....," bangkit ceria kembali mendengar suara suami.


"Ye,Mia....abang lupa nak bagitau tadi...abang dengan mak abah ni," kata suami jelas kepadaku.


"Nak kemana sebenarnya?," soalku.


"Nak amik tok kat baling ke rumah mak abang untuk kenduri ahad ni," Jelas suami. Namun aku ketahui bahawa majlis kenduri di rumah suami tinggal 2 hari lagi.


"ooo..ye ke...jadi tak abang................," Belum sempat aku tanya...........



 

Dumm............(seakan kereta berdentum..............!!!)
 
Satu jeritan bagai suara ibu mentua ku jelas ku kenal; hinggap di cuping telingaku. Jelasnya telefon itu sudah tiada suara suami lagi............Riak bimbang menerpa diri. Diruntun bersalah kerana baru teringat suami sedang memandu. 
 

'Ya Allah, selamatkanlah suami ku dan ibu bapa nya...Jauhkanlah bencana tak elok itu?," 

Berulang kali aku merafakkan doa hingga jelas tetesan air mata menuruni pipi berulang kali. Berkali-kali cuba menghubungi talian suami, namun tiada jawapan.



Kadang kala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia itu

dan kadang kala kita perlu bergembira bagi setitis air mata,"




Lakaran Pena Ilham,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

5 comments:

✿✿PuTri BlOggER✿✿ said...

assalamuaikum taniah atas tulisan pena akk, sy bca pun rasee teruja...ada mood bhgia, mood sdih,perjlanan citer semua khidupan.....semoga kite sentiasa sabr dan redha akan kehidupan mase dpn, sy dtg sinie sambil baca blog akk, sy folow dan komen, sudilah andainyerr akk jugak menjejak blog sy..dan sudi komen dan folow di sana..moga ukhwah yg terbina di dunia maya akn membt lebh indah satu mase nanti..salam ukhwah kak

Unknown said...

Salam wbt. Salam ukhuwwah. seronok baca cerita atas ni. ni kisah betul ke? Huhu.. harap akak pun sudi menjenguk blog saya :)

DIARI MAYA MIA said...

@✿✿PuTri BlOggER✿✿

salam ukhuwah kembali dr akak..akak dh follow..semoga kte berkongsi ilmu hendaknya dlm berblogging.amin

DIARI MAYA MIA said...

@Nadia Evan

wassalam..sekadar menulis...dh jenguk pun

arahanie55@gmail.com said...

Omg !!! ;( ;( ;(

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute