My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Saturday 5 October 2013

Al Fateh "Kuhitung Penuh Hikmah"


Salam untuk semua rakan yg sudi menatap nota pena ini...

Sejak akhir-akhir ini...seringkali diri diduga dengan pelbagai mehnah ujian. Ujian yg datang dari pelbagai sudut perlu ditepis dengan semangat yg kental. 

Bermula dengan tragedi demam yg menimpa ibu,diri serta anak...Kemudian,datang dugaan lain satu persatu....Semuanya aku redah wp terkadang hampir ingin tersungkur....

Berjauhan dengan suami..
Menjadikan aku belajar makna berdikari...
Makna menjadi ibu yg menjaga satu-satunya anakku...
Mengajar aku untuk setiap hari memotivasikan diri
setiap kali adanya keluh kesah di jiwa
Mendidik aku untuk bersangka baik dengan Allah SWT.

Pengalaman 2 malam di wad bersama Al Fateh membuatkan aku yang baru saja nak kebah demam...sakit semula.....sampai aku terpaksa mengatakan :-

"andai aku tidak dapat datang sekolah..dan CRK dh xde...potonglah gaji..aku x kisah janji anak selamat dan diberi keutamaan,"


Saat ketika di emergency HSA,JB..hati tak putus-putus berdoa semoga ssuatu yang positif hadir utk anak....wp beberapa kali trasa air mata bagai menitis ...pasrah ble melihat setiap 4 jam Al Fateh diperiksa darahnya..diambil untuk ujian gara2x kes disyaki denggi. 

Walaupun ibu niat untuk menemani aku malam pertama di wad...aku memang tak bagi sbb aku tau ibu ku pun belum sepenuhnya kuat...Ya,aku sebagai anak harus berkorban...walau saat itu aku rasa bagai ingin jatuh kerana tiada suami di sisi..Baru ketika itu aku mengerti bagaimana perasaan seorang ibu tunggal. Hati masih terus mengucap syukur krn ibu sering menemani..Walaupun ayah juga sibuk dengan aktiviti masjidnya tapi ucapan terima kasih sebab ayah banyak membantu bawa barang ulang alik dr rumah...

Kesakitan aku makin bertambah....kerana Al Fateh tidur memerlukan buaian di wad..Jadi terpaksalah aku membuainya dgn dakapan & pergelangan tanganku. Seperti diketahui aku memang ada sakit arthritis..aku gagahi juga...namun hati tak putus berisghtifar "rabbi yasir wala tuqassir ...................,"ayat ini kubaca berulang kali agar Allah permudahkan setiap masa di wad.

Kedatangan suami hari kedua meringankan sedikit bebanan hati & keletihan akibat tidak dapat tidur di wad...Namun ini adalah pengalaman penuh berharga buat aku seorang ibu.

Selepas keluar wad...pemantauan masih perlu dibuat...2x juga aku berulang alik klinik . Semalam alhamdulillah result kembali normal..


Suatu ketika bila doktor kata akan berlaku pendarahan terhadap anak jika patlet darah x stabil..aku risau & asyik berdoa x henti2x...

Benarlah "bila kte dilanda ujian..itu tanda Allah nak kte selalu ingatkan Dia..jangan mudah leka dengan dunia...,"

Kepada pihak-pihak yg membantu

"kalungan terima kasih tak terhingga & ucapan maaf atas segala kekhilafan yang timbul dari diri saya dalam apa jua aspek,"






Melarik Tinta Maya,

 

 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

1 comments:

Unknown said...

bykkan sbr ye kak mia..
skrg kak mia susa tp insyaAllah sdkit ms lg pasti ada kemanisan yg dirasai..smoga kak mia & fateh sihat slalu.

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute