My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Tuesday 3 September 2013

Episod 14 "Kerana Dia Untuk Ku"



Jemari memaksa punat hitam itu bergerak
Mencoret bagai sebati pada diari kisah cinta 2 jiwa 
Syahdunya air mata bening bagaikan menitis laju 
Kala malam membentang hamparan bulan dan bintang
Hempas badai angin meliuk lentuk menjamah tubuh
Kuselimuti diri dalam dakapan sentuhan salju
Mahligai cinta menari setapak melangkah megah
Gelora hati .... biarkan Sang Pencipta menterjemah makna


Noktah cinta mula menyanyi mengikut rentak. Di perkarangan singgahsana Masjid Al 'Azim itu, seorang lelaki duduk berteleku mengadap Yang Maha Esa. Sejalur ketenangan kian meresap sukma. 
 
Di hujung sana...................
Bisikan suara memanggil laksana.....
"Mia, sayang............jangan buat Adin camni,plzzzz," Suara itu benar-benar melantun ke detik hati lelaki itu.

Air mata dan keegoaan si lelaki akhirnya tumpah jua tanpa dipinta. Kesalan kian membendung diri. Namun, tidak terucap di kelopak bibir. 

"Ya Rabbi.....maafkan aku. Kenapa aku menzalimi dirinya. Aku tiada niat, ya Allah," Monolog hati seakan terkubur dengan jeritan begitu sahaja.

"Adin........jangan lah camni. Bangkit Adin," 

Suara itu menusuk kuat. Tersedar diri kala bahu seakan disentuh.Rupanya aku masih di perkarangan masjid yg penuh kedamaian itu.

" Kenapa dia rahsiakan dari aku,Zul," Aku mula bersuara dalam lega kala telah dipimpin Zulfadly sahabatku ketika bersama di Insaniyah suatu ketika dulu, duduk di beranda masjid.
" Aku rasa dia tak berahsia dari kau, Adin. Tapi, kau yg amik endah tak endah,"


Pedihnya hati. Zulfadly juga menyalahkan aku kali ini.

"Zul, aku takde niat. Aku tak pernah jumpa Mia selama ni. Kami kan tak pernah berjumpa berdua. Hanya mendengar ceritanya saja. Aku ingat dia ok je. Tak sangka sampai begitu keadaannya," Aku mula meluahkan rasa yang terbit.

"Ingat tak suatu hari masa kau bagitau aku yg Mia telefon dan masa tu kita tengah seronok bakar sate bagai nak gembira tue....," Zulfadly sudah menimbulkan tanda soalan.

"ingat......kenapa?,"

Berlegar peristiwa yang menerawang pada layangan minda.

"Masa tu ....kau gelak je kan ble cite kat aku yg Mia menangis," Zulfadly ketika itu sudah menepuk bahu ingin membuatkan aku memahami.

"Apa kena dengan aku pulak?," 
Benak fikiran aku masih bercelaru dengan kata Zulfadly tadi.

"ya rabbi..kau ni kan Addin....aku sekeh kang,baru tau...fikirlah sikit. Dia betul2x sakit tau masa tue," Zulfadly mula menempelak aku.

"aku tahu tue ..tapi, aku ingat dia tak serius la. Nampak ceria je," 

Zulfadly menggeleng kepala entah masuk berapa kali melihat gelagat aku.
"Eh zul..mana kau dapat tahu lak?," Hati aku dilanda tanya.
"Kak Liya Zafirah............Dia yg bagitahu aku," Spontan Zulfadly berkata.

"Dari mana pulak kau kenal Kak Liya ni,Zul.....," 

Hairan....bagaimana Zul mengenali Kak Liya Zafirah???

"Nantilah aku cite Adin, panjang citenya............suatu hari nanti, aku bagitau kau juga. Yg ptg sekarang ni..........Mia," 

"Aku tahu Zul. Dia mesti ingat aku selalu tak take care dia. Tapi, dia tak pernah tahu. Dulu masa aku kat bumi anbiya' sana, aku simpan semua barang yg dia bagi. Tapi, sengaja aku tak bagitau dia. Meskipun aku sibuk, aku harap dia faham. Sebab masa tu aku belajar smbil bekerja.Aku hanya mampu berdoa Zul dikekalkan hubungan kami meski hati aku sedih terpaksa membiarkan dia menanti tahun demi tahun....ko tahu kan secara tiba Aina Mardiah datang melamar aku," 


Ada kesalan bermain di hati kala itu. 

"Ko hendak memilih Aina Mardiah..cinta pertama kau kan?....cinta sahabat karib kau ...yang kau tak sangka serumah dengan kau tp terputus di tengah jalan. Sedangkan masa tu Mia telah lama muncul menyerikan hidup kau," 

"Bukan......bukan itu yg terjadi. Aku cuma keliru dan berbelah bahagi antara rasa cinta pertama kpd Aina Mardiah dan ketulusan pengorbanan kesetiaan ....penantian Mia," 
Kugenggami tangan ingin mengungkap sesuatu pada sahabat.

" Sekarang ni...............kau nak katakan yang Mia Azarina tu hanya watak tempelan yang muncul secara tiba-tiba?Macam tu ke?," Amarah seakan terbit dari raut wajah Zulfadly. Jelas sekali.

"Cukup...cukup,Zul.....aku tahu aku bersalah," Kuraup muka tanda kesalan yang tak sudah.

"Adin, kau tahu tak.........Kak Liya cakap masa dia cakap dengan kau yg dia nangis tu, dia tengah sakit. Tapi bertahan. Dia ingatkan kau akan cuba faham. Dia cuma perlukan sokongan kau Adin. Tapi, kau macam kisah tak kisah je,kan?," 

Ada nada tempelak pada suara hati sahabat.

"sape kate aku tak kisah?......aku cuma...............cuma....," Ada sesuatu tersekat di situ. 

"Cuma apa ............?," Pantas sungguh Zulfadly membalas.
"Aina Mardiah dah lama aku buang dalam hidup aku,Zul. Aku tahu Mia kecik hati bila dia tahu aku cakap 'keliru' dulu. Tapi, semakin aku menjauhkan diri.............aku tahu dia dekat dengan aku. Aku mula sayang dia dah lama. Aina Mardiah telah disunting orang sekarang Zul,"


Hanya itu yg mampu aku ucapkan.

"Kalau kau sayangkan dia.............kenapa tunggu lagi?," Kata-kata Zulfadly memancing apa yg harus aku lakukan.

"Mia, maafkan Adin, sayang. Jangan tinggalkan Adin................,"

***************************************************************************************


Keluh kesah ibu bagaikan meronta di hati. Kak Liya Zafirah kulihat sudah berada di sisiku. Yang aku sedar, sekeliling orang sudah kumat kamit membaca sesuatu. Apa yang terjadi ni? 

"Mia, syukur ...........syukur Mia dah sedar," Lontaran suara Kak Liya cukup jelas di cuping telingaku.


Sedar? kenapa dengan aku?

"Relaks Mia. Mia baring dulu ya.....Mia penat sangat. Tu yg smpai pitam tadi," Ibu memegang tanganku lembut. Pil yang diberikan ibu terpaksa kutelan dengan segelas air di tangan ibu. Rasa sakit bagai menyentak.

Perlahan-lahan aku menutup mata. Terasa letih dan berat sungguh mata ini. 

"Ya Allah, aku redha ................... ringankanlah bebanan jiwa ragaku ini. Berikan kebahgiaan buat insan-insan tersyang di sisiku................lebih dahulu dari aku, ya rabbi,"

Mata kupejam. Noktah mainan mimpi menjadi saksi masa hadapan.
 Tinta pena ilham maya,

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute