My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Wednesday 11 September 2013

Aku Wanita Bentuk "Pear" - Sukarnya nak Turun Berat !!!

Orang berbentuk badan ‘pear’ hidup lebih lama!


Adakah anda tahu bentuk badan anda dan apa implikasinya terhadap kesihatan anda? Jom teruskan membaca bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan ini.

Mengetahui bentuk badan anda yang sebenarnya akan memberi banyak manfaat terutama dari segi kesihatan. Terdapat tiga jenis bentuk badan wanita yang popular iaitu ‘hourglass’, pear, dan epal.


Bentuk hourglass

Pasti anda terbayang wanita-wanita seperti Saloma, Marilyn Monroe dan J.Lo apabila menyebut tentang bentuk badan hourglass.

Ukuran dada dan punggung yang seimbang dengan pinggang yang ramping memang menjadi idaman setiap wanita kerana bentuk badan sebegini dianggap bentuk badan yang sempurna bagi seorang wanita.

Malangnya, hanya 8% (ya, lapan) sahaja wanita di dunia ini yang dikurniakan dengan bentuk badan sebegitu.

Wanita bertuah yang memiliki bentuk badan sebegini biasanya mempunyai ukuran dada dan punggung yang lebih kurang sama.Ukuran pinggang pula biasanya 9 inci lebih kecil daripada dada.

Bentuk epal

Sekiranya bahagian badan anda yang paling besar adalah di sekitar bahagian abdominal, dan anda sering mengeluh tentang ‘spare tyre’ yang sukar dikempiskan, maka anda tergolong dalam wanita berbentuk badan epal.

Mereka yang berbentuk badan epal mempunyai bahagian badan yang lebih besar di atas dan kecil di bawah. Risiko kesihatan juga lebih tinggi bagi yang berbentuk badan epal kerana lemak banyak berkumpul di sekeliling organ dalaman. Lemak ini dipanggil lemak ‘visceral’.

Lebih besar nisbah punggung-ke-pinggang, lebih besar risiko kesihatan yang mungkin dialami seseorang itu.

Bentuk pear

Inilah hakikatnya, kebanyakan wanita mempunyai bentuk badan seperti pear – bentuk badan yang kecil di atas dan ‘kembang’ di bawah.

Kebanyakan lemak di dalam badan berkumpul di peha dan punggung. Dan berita kurang enaknya ialah, walaupun seseorang yang berbentuk badan pear berjaya menghilangkan berat badan, badannya tetap kelihatan berbentuk pear.

Berita baik untuk bentuk badan pear!

 

Jangan kecewa jika anda ditakdirkan mempunyai bentuk badan pear yang akan kekal bentuknya walaupun anda menguruskan badan.

Menurut satu anlisis yang dilakukan oleh Dr. Ashwell, seorang bekas penasihat kerajaan di UK, mereka yang berbentuk badan seperti pear mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding mereka yang berbentuk badan seperti epal.

Oleh kerana bentuk badan epal mempunyai banyak lemak ‘visceral’, keadaan ini meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan gangguan hormon. Risiko masalah jantung dan kencing manis juga meningkat.

Hasil kajian ini mengesyorkan penggunaan nisbah pinggang-ke-tinggi untuk mengukur ‘lemak jahat’ di bahagian tengah badan bagi memberi gambaran sebenar tentang keadaan kesihatan seseorang.

Walaupun Dr. Ashwell berkata teknik ini mengambil masa untuk dibuktikan kebenarannya, beliau menyarankan agar kita mengekalkan ukur lilit pinggang tidak melebihi separuh daripada ketinggian kita.



Tips kesihatan mengikut bentuk badan

Tidak kira apa pun bentuk badan anda, anda tetap perlu menjaga kesihatan. Terdapat teknik senaman dan diet tertentu khusus mengikut kesesuaian bentuk badan anda. Amalkan ia agar anda mendapat hasil yang optimum daripada usaha anda.

Bentuk badan epal: 


- Amalkan diet yang rendah karbohidrat terutamanya karbohidrat ringkas seperti roti, pasta dan nasi. Gantikan dengan makanan bijirin penuh seperti barli dan gandum.

- Tingkatkan pengambilan lemak anti-radang seperti minyak zaitun, avokado, siakap dan salmon.

- Apabila bersenam, lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti kardio seperti jogging, berenang, berbasikal, dan aerobik.

- Lakukan teknik senaman ‘Metabolic Disturbance Training’ iaitu membuat aktiviti berintensiti sederhana dan tinggi secara berselang-seli. Ini sangat membantu pembakaran lemak di perut.
 Contohnya, gunakan ‘stepper’ dan mulakan dengan senaman berintensiti sederhana untuk 2-5 minit. Kemudian, lakukan ‘booster’ di mana anda meningkatkan kadar intensiti senaman anda secara mendadak untuk 30 saat ke seminit. Kemudian kurangkan intensiti ke tahap sederhana semula. Ulang proses itu hingga selesai sesi senaman anda.



Bentuk badan pear:

- Amalkan diet rendah lemak termasuk mengambil produk tenusu rendah lemak (2%) dan bukannya tanpa lemak. Kalsium mengawal cara penyimpanan sel lemak, pembinaan dan penguraian lemak.

- Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu termasuk daging merah, dan juga lemak tepu tersembunyi yang terdapat di dalam makanan berproses.

- Senaman yang sesuai dilakukan ialah kardio dan latihan ketahanan (resistance training). Senaman gerakan ‘curtsy’ dan ‘row’ boleh meningkatkan tisu tanpa lemak (lean tissue) di dalam badan, mengurangkan selulit dan meningkatkan metabolisme anda.


Bentuk badan hourglass:

- Selain mengamalkan diet seimbang, senaman jenis ‘circuit training’ amat sesuai untuk membakar lemak dan membentuk tubuh.

- Oleh kerana mereka yang berbentuk tubuh hourglass dipercayai mudah mendapat sakit belakang, anda yang bertuah ini boleh mencuba Pilates untuk menguatkan bahagian dalaman dan memperbaiki postur.






Sharing is Caring,
 






Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

3 comments:

Unknown said...

info yang bagus nih.
tapi zura pon tak sure bentuk badan zura sendirik.. kekeke

Unknown said...

x tau mana 1 btk bdn hana:)

Anonymous said...

Sy pun mempunyai badan btk pear memang payah nak turunkan berat badan. Tuun lmbt tp naik cepat kalau x jaga makan.

Kadang2 tension. Ni pun masih dlm proses turunkan brt bdn.

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute