My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Saturday 31 August 2013

Episod 13 "Kerana Dia Untuk Ku"


Di suatu saat sedang memintal impian masa depan, Nur An'Nisa kian diulet melihat pelangi warna-warni nan indah. Indahnya alam sesaat dan sesekali kelam mula mengundang. Melangkah setapak demi setapak mencari cebisan perlindungan seorang bernama Nur An'Nisa.

Air hujan mencurah menitik ke bumi. Menggigil seluruh gesit badan Nur An'Nisa menahan kedinginan. Rintihan jiwa bagai melirih, hati membekas nanar. Begitu mudah, titis air mencurah membasahi pipinya.




Benak minda kian menyorot sanubari Nur An'Nisa pada secoret tinta emel 

From : "rijal-din"
Subject : i'm so sorry..........
Date : Fri, 11 April 2010 18:14:24

" Assalamulaikum, cahayaku Nisa, tiada niat kusakiti hatimu. Diri ini meminta ruang. Gesit kepala dengan segala hal yg menimpa. Berdoalah.....jika ada jodoh antara kita, itu ketentuan-Nya. Jangan menangis wahai cahayaku,Nisa. Nur An'Nisa.....dirimu srikandi nan tabah....kuatkan hati. Jika ini takdirnya.....redhailah....,"


Gerimis hujan yang tak sudah menggetar sukma Nur An'Nisa. Tempias rintik hujan sudah menghujani anggota badan. Memeluk diri dengan tangan menahan sendu.

'Bantu aku,Ya Allah. Aku tak kuat menempuh semua ini.......Berikan aku kekuatan !'
Monolog hati berlagu tanpa henti


" Ya Rabbi, Mia...kenapa ni.....kenapa Mia macam ni?," 


Suara itu mematikan ruang momentum ingatan duka Nur An'Nisa. Sedar bahawa di sekelilingku ada insan sedang berteleku memandangku hiba dalam saat hujan laksana.


Kak Liya Zafirah, sepupu yang telah kian lama kuanggap sahabat akrab menapak di hadapanku saat ini. Melihat aku yang rebah bagaikan mengalah.


"Mia...dah la tu...pepun, kte balik berbincang ya," Kak Nurul sudah memeluk bahuku dalam tangisanku yang penuh syahdu.


"Kak Liya...kenapa kak? kenapa?............," Terhincut-hincut tangisanku memenuhi suasana,memeluk erat Kak Liya memintal genggaman keutuhan.


"sabar ya....sabar Mia.Bawa mengucap ye. Kak Liya kan selalu ada untuk Mia,"

Dalam dakapan sayu, aku bersama Kak Liya membelah arus dengan kereta Myvi merah milik Kak Liya meninggalkan ruang pondok hentian bas itu menuju ke baiti Desa Kalong.

Setiba di baiti Desa Kalong, hati sudah meneka bahawa seisi keluarga memandangku dari arah muka pintu



"Mia, kenapa ni....pe dah jadi?," 


Itu soalan pertama muncul dari wajah bening tulus sesuci air muka ibu.
Dan aku melangkah lesu tanpa bersuara menuju ke kamar. 


Mujur ada Kak Liya Zafirah menjawab spontan. Itu yang aku dengari


"Mak Jang, biarlah dia tenang dulu. Berikan dia masa. she need rest now. Jangan bebankan dia lagi....," 

Terima kasih Kak Liya......terima kasih.


Di ruang kamar berdinding latar putih ini, selepas sahaja aku menukar sepersalinan baju dan sujud kepada-Nya, aku berteleku berbaring di katil sambil merenung siling ibarat memandang langit ciptaan-Nya. 


Kucuba pejam mata ini saat jam sudah berdenting ke angka 12. Sudah 3 jam aku mengurung diri di kamar. Selera bagaikan terbang melayang. Ketukan di pintu kupandang sepi sahaja. Aku sedar, ada hati yg risau melihat keadaanku saat ni. 


Saat ini aku lelah. Lelah utk menghadapi semua ini. Cekalkanlah hatiku ini............
Aku ingin menutup mata walaupun air mata ini tidak ingin kering.

Kelam. Sepi..........
Tenang dalam mimpi yang mengukir segala noktah.


**************************************************
Ayat terakhir surah al-Baqarah kubaca penuh tartil tika Subuh menjelang sebelum menutup mashaf di tangan. Kemudian kuulang sekali lagi ayat 286 yang sudah dihafaz itu perlahan-lahan. Terasa ada sesuatu menusuk kalbuku,

"Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya,dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya,"

Mafhumnya, Allah akan menguji seseorang itu berdasarkan kemampuannya bersandarkan tahap keimananya. Para Nabi dan Rasul pastinya lebih teruji malah tidak terkecuali orang awam. Jika imannya tinggi, maka lebih tinggilah tahap ujian yang akan diterima. Begitulah juga sebaliknya.

Lantas aku ini di tahap mana? 
Rasanya ikhtibar yang diterima walaupun agak berat bagiku tetapi sangat jauh berbanding ibtila'ullah yang terpaksa dihadapi oleh para sahabat, sekalian nabi dan rasul,

Secepat mungkinku berisghtifar. Melupakan kejahilan yang kulakukan semalam dalam episod duka.

Sinar matahari yang menerobos di celah-celah langsir kamarku memberi tanda hari sudah semakin siang. Mujur hari ini cuti hujung minggu bertandang. Aku tidak perlu menggalas bebanan di sana. Tetapi aku masih ada masa untuk bertenang menerima keadaan. Di luar kedengaran suara orang bercakap-cakap. Ia pastinya datang dari ruang meja makan. 

" Ha, mia...sini sebelah Kak Liya...jemput sarapan," Kak Liya menarik tangan saat melihat aku menuruni tangga ke ruang dapur.

" Boleh la...bagi sikit je bihun goreng tu ye," Aku tersenyum memandang semua di meja makan.

Aku tahu ayah, emak, adik memandangku penuh tanda tanya. 
Tapi, jelas mereka cuba mengawal keadaan.

"Mia, sihat?," Soalan yang mengundang pelik. Jarang sekali ibu bertanya soalan begitu.
 
Geli hati pun ada. Kerut risau jelas di wajah ibu.

"Mia ....ok jela, mak..don't worry. Tentang semalam...lupakan jela ye..Mia ok...," Aku siap bangun berdiri menunjukkan tanda jari "ok"..ceria wajah kepada mereka.

Kak Liya tersenyum menepuk bahuku dan menggenggam tanganku mengumpul semangat.

Kupandangnya tanda terima kasih memahami.

"Ha, apa plan mia hari ni?," Ayah mula merancakkan suasana.

"Mia nak siapkan design kelas je. Nak siapkan sedikit lagi bahan ABM hari ni. Kalau sempat, Mia nak ke kenduri kahwin Izzah  esok," 

"ooo...Izzah budak Kedah tu dah nak kahwin ek....salam tahniah dr ayah ye. Esok mak ayah pun ada kenduri gak di Dewan Kayangan....Mia gi dengan sape?," Ayah terus mengharapkan jawapan seterusnya.

" Sorang je la...kat sana,ada kawan-kawan datang gak," kataku bersahaja.

"atau.......nak Kak Liya temankan," Pantas spontan Kak Liya memberi cadangan.

"ish...tak pe la..Kak Liya kan ada program gak esok," 

Kenyitan mata dariku membawa senyuman pada wajah Kak Liya.
 
 
 
Usai sahaja sarapan,aku kembali ke kamar. Hajatku ingin meneruskan gerak kerja sekolah yang masih perlu disiapkan. Stor kecil di ruang bilik yang menjadi bahan barangan gerak kerja kukeluarkan dari kotak hijau besar itu. 

Kertas kad manila kuning sudah kujumpai. Begitu juga dengan reben dan pelekat butang berwarna buat hiasan. Aku ingin tampilkan tata rias terbaik untuk kelasku nanti. 

"Aduh, mana pulak aku letak gambar anak-anak muridku yang nak dibuat koleksi foto carta ni....time ni la nak hilang," Gerutu hati kecilku.

Segera tangan menarikan acara selongkar di laci meja kerja. 

"Ha, kan dah kata tersisip kat tepi diari ni," Monolog hatiku lagi di kamar kecil anak dara bujang selayaknya untuk aku. 

Mula kuhitung gambar terpilih dalam koleksi yang ada untuk Carta Fotogenik Kelas. Memang cute comel anak-anak muridku semua. Jika terpandang, hati sejuk saja.

"ups...jatuh 1 pulak!," Sempat lagi hatiku mengomel sendirian. 

Ada air mata menitis setitik demi setitik membasahi foto itu. 
Ya Rabbi, kenapa foto ini ada di sini? 
 
Jauhkanlah lara ini...jauhkanlah..........!!
Dalam sedar menahan sendu syahdu memandang foto itu, aku cuba menjadi Nur An'Nisa srikandi tabah sepertimana lafaz suara Ar-Rijal. 

" Awak, kenapa? kenapa awak? kenapa?," 

Ya Allah! Aku benar-benar pasrah..............
Aku pasrah....................
Pasrah ...............jika itu ketentuannya!


"Destinasi Nur An'Nisa kan terpatri milik abadi Ar-Rijal.Namun,ketentuan realitinya sejuta pengorbanan & segugus perjuangan perlu dititi 
dalam rentas dugaan berliku. 



Tinta pena memakna lagu hati,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Susahnya Nak Kempiskan Perut?huhu


Ramai yang mengeluh bila perut dah maju ke depan terutama wanita lepas bersalin. Bagi mencapai objektif untuk mengempiskan perut, kali ini mari kita berkongsi beberapa jenis senaman yang boleh anda amalkan setiap hari.

a) Bicycle Exercise



Teknik paling efektif semasa untuk perut anda adalah dengan bicycle exercise. Senaman ini menumpukan pada bahagian rectus abdominis (perut) dan juga oblique muscle (pinggang)

Caranya:
 
1) Baring di atas lantai dan letakkan tapak tangan anda di belakang telinga.

2) Angkat lutut kiri atau kanan anda setinggi 45 darjah menghampiri perut anda dan lakukan seperti anda mengayuh pedal basikal.
3) Sentuh siku yang bertentangan dengan lutut yang anda angkat. Contohnya sekiranya anda mengangkat lutut kiri pastikan lutut kiri anda bersentuhan dengan siku kanan anda dan lakukannya berulang kali seperti anda mengayuh pedal basikal.Pastikan anda tidak tarik leher anda terlalu ke depan. Sekadar memastikan bahu anda terangkat sedikit dan bukannya belakang badan anda. Selepas anda mengangkat lutut anda pastikan ia lurus ke hadapan tidak kira berapa darjah. Untuk memberi kesan yang maksima, angkat sedikit sehingga 45 darjah dari lantai.
 


b) Bangkit Tubi Kaki Tegak ( vertical leg crunch)

Konsep senaman ini lebih kurang seperti bangkit tubi, tetapi memerlukan anda mengangkat kaki anda tegak ke atas. Senaman ini turut difokuskan pada otot rectus abdominis.



Caranya:
 
1) Angkat kaki anda tegak ke atas sambil bersilang.

2) Angkat badan anda seperti anda membuat bangkit tubi biasa

Lakukan dalam 2 hingga 3 set dan dalam setiap set rendahkan kaki anda menghampiri lantai untuk memberi impak yang maksima. Setiap set anda boleh lakukan 16-18 ulangan. 


c) Bangkit Tubi Tangan Lurus (long arm crunch)

Berbeza dengan bangkit tubi kaki tegak, anda perlu meluruskan tangan anda untuk melakukan bangkit tubi tangan lurus ini. Cara ini menambah tahap kesukaran dalam melakukan bangkit tubi kerana tangan anda bersifat pemberat.


Caranya:
 
1) Baring di atas lantai.

2) Lipatkan kaki anda.

3) Luruskan tangan anda ke atas.
4) Lakukan pergerakan bangkit tubi.Anda boleh mengubah suai teknik ini dengan memegang pemberat mahupun dumbell ketika melakukan aktiviti ini. Tetapi sebaiknya anda harus luruskan tangan anda serenjang dengan lantai. Dari aktiviti ke aktiviti anda boleh menambah pemberat mengikut kemampuan anda.


d) Bangkit Tubi Terbalik (reverse crunch)

Sekiranya anda sering menggunakan kepala untuk mengangkat badan, kali ini anda menggunakan kaki sebagai ganti. Teknik ini lebih dirasai pada bahagian bawah perut anda walaupun sebenarnya ia melibatkan seluruh otot perut anda.


Caranya:
 
1) Tolakkan lutut anda mendekati dada . Bermakna belakang anda turut terangkat sekali.

2) Pastikan tangan anda bertindak sebagai tapak dengan mendepakan sedikit di atas lantai.

3) Angkat pinggul anda.

Ia merupakan tindakan yang mudah dan simple.


e) Senaman Plank (Plank exercise)



Caranya:
 
1) Buat aksi seperti anda melakukan tekan tubi.

2) Letakkan tangan depan anda di atas lantai.

3) Pastikan belakang anda tegak menghampiri lantai dan bukannya menjauhi lantai.

4) Lakukan selama 30 saat hingga 60 saat dan lakukan sebanyak 3 hingga 5 kali.

  
SO,YANG MANA 1 PILIHAN ANDA 
UNTUK SENAMAN PERUT

"BUAT SIKIT2.....JANGAN SAMPAI TAK SENAM LANGSUNG K!,"




Palitan Tinta Maya,
 

 

 



Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Friday 30 August 2013

Timbangan 30.8.2013 Weight Lose Challenge with MIA


Salam seindah suria untuk semua rakan peserta
yang sedang sama-sama giat untuk menjayakan sesi diet.

Sedar tak sedar...
Hari ini 30.8.2013...timbangan yang harus anda lakukan & serahkan kepada saya.

Jangan lupa tue..
Bagi yg dh serah...Thanks :-)

Secara dasarnya,saya tidak terkejut jika semua orang kata berat dia naik..Yela sekarang masih Syawal di saat akhir..dr mula kte beraya puasa hingga kini penuh acara rumah terbuka kena dikunjungi..bila dah beraya,macam2 masuk perut kan?ala sama ja dengan saya.
 
Menangis..menangis..
Tapi..tak guna menyesal sebab salah diri sendiri 
Tak nak disiplin diri.


To Kak Hafidahnor...
Congratulation...
Saya bangga tengok wajah & progress akak di Majalah RAPI..
Superb !!! 

"kak hafidah..boleh la share menu seharian dlm 1 week...mungkin berguna untuk kami yg sedang berdiet ni..hehe,"



PERHATIAN PADA SEMUA PESERTA
WEIGHT LOSE CHALLENGE WITH MIA

"SETUJU TAK IF MIA LANJUTKAN PERTANDINGAN NI TAMAT PADA 
30 OKTOBER 2013???,"  

SETUJU TAK KORANG???





Melarik tinta maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday 27 August 2013

Gaji Oh Gaji? -> Duit Tidak Cukup @ Duit Tidak Pernah Cukup

 
Sekiranya kita mengira setiap sen perbelanjaan kita setiap bulan, ia adalah lebih daripada jumlah pendapatan yang kita terima setiap bulan. Ini adalah cara Allah memberi rezeki kepada hambaNya. Dia adalah Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Rezeki. Inilah kata-kata yang pernah saya tulis dalam Facebook saya. 
 
"Memang benar, perbelanjaan kita adalah sebenarnya adalah lebih daripada pendapatan kita. Persoalannya, ke manakah wang kita dibelanjakan?,"

Gaji kita akan meningkat daripada tahun ke tahun. Persoalannya, 
 
"mengapakah masalah kewangan tidak selesai walhal gaji kita naik saban tahun?,"
 
Puncanya ialah kita berbelanja selari dengan kenaikan gaji kita. Pendek kata, sekiranya gaji kita meningkat, perbelanjaan kita juga akan meningkat kerana kita mengubah gaya hidup kita. Sekiranya dahulu kita memandu kereta Wira, kita akan memandu kereta Volkswagen apabila syarikat mengumumkan penyelarasan gaji baru.

 
Punca masalah kewangan adalah bukan berpunca daripada pendapatan yang rendah. Thomas Stanley dan William Danko dalam bukunya The Millionaire Next Door, menceritakan kisah dua keluarga yang tinggal di rumah saiz yang sama, mendapat pendapatan yang sama banyak, tetapi kedua-duanya mempunyai keadaan kewangan yang jauh berbeza. 
 
Sebuah keluarga mempunyai wang simpanan yang cukup untuk belanja harian apabila ketua keluarga bersara, sementara sebuah lagi asyik kesempitan wang dan tidak mampu mebayar hutang kad kredit. Punca utama sebuah keluarga mempunyai kewangan yang teruk bukanlah pendapatan yang rendah. Tetapi disebabkan mereka tidak berdisiplin dan tidak mampu menahan nafsu berbelanja.

 
 
Menurut Cyril Northcote Parkinson, iaitu penulis buku Parkinson's Law, beliau menyatakan bahawa perbelanjaan harian kita bertambah bagi memenuhi bertambahnya pendapatan. Oleh sebab itu, mengharapkan bertambahnya gaji adalah bukan jalan penyelesaian membebaskan diri daripada masalah kewangan. Hukum Parkinson menyebabkan kita masih lagi menghadapi masalah kewangan walau pendapatan sudah meningkat.
 
Bagi menghadapi dan mematahkan Hukum Parkinson ini, cuba kita aplikasikan Prinsip Sendal Baji setiap kali kita menerima kenaikan gaji ataupun pendapatan. Sebaik sahaja kita menerima wang lebihan, kita menyimpan 50% kenaikan itu. 
 
"Contohnya, kita menerima kenaikan gaji sebanyak RM100 sebulan, kita menyimpan RM50 sebulan ke dalam akaun lain dan duit ini jangan sekali diusik. Baki kenaikan kita itu, kita gunakan untuk perkara-perkara lain,"
 
Apa yang kita lakukan ialah meletakkan sendal baji yang kuat ditengah-tengah tambahan penambahan kita. Ini dapat menahan diri daripada membelanjakan kesemua pendapatan kita setiap kali naik saban tahun demi masa depan kita.
Teruskan prinsip ini sepanjang hidup kita. 
 
"Menyimpan setiap bulan 10 hingga 20 peratus daripada pendapatan, ditambah pula dengan 50 peratus tambahan pendapatan, dapat menjadikan kita orang yang bebas daripada masalah kewangan,"
 
 Apa yang penting, kita kekalkan gaya hidup yang sederhana. Bak kata Tun Daim Zainuddin, 
 
" Tambahkan pendapatan dari tahun ke tahun, tetapi kekalkan gaya hidup lama.
 
 

Sumber:
1. No! Excuses! Jangan Berdalih lagi untuk Berjaya, Brian Tracy, 2011, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd..

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Sunday 25 August 2013

Menu Plan Mia 23-24 Ogos 2013


Khamis - 22/8/2013 (Last Puasa)

Sahur 
HL Shake +  1 mug air suam + 1 tart nenas (kecil)

Berbuka Puasa 
1/4 nasi putih + 2 ikan kembung kecil (sambal pedas) + sayur taugeh masak kicap 

8.00 - 10.00 malam
300ml H20 + teamix

Workout 
5x sit up + warm up + aerobic 20 minutes



Jumaat - 23/8 /2013

Sarapan - 7.10 am
HL Shake

Lunch - 12.30 tengahari
No rice + 1 ikan kembung (asam pedas-kuah) + 1 telur rebus + sayur

Dinner - 6.00 petang
1 mangkuk sederhana maggie (mujuq aku amik mee sikit,lebih byk bagi adik laki mkn..hehe) + 300ml jus tembikai ori (no sugar)

Workout
5x sit up




Melarik Tinta Maya,






Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Friday 23 August 2013

DIET "Perlu sangat ka ko bagitau semua orang???,"


Hari-hari yang saya lalui dulunya terasa kelam...tetapi sedikit demi sedikit makin cerah sinarnya.Kerjaya Guru Pemulihan Khas masih semangat diteruskan meski setiap hari perlu berulang-alik 1 jam setengah pergi&balik (JB-Rengit).

"Laratnya kak,Mia?," spontan keluar kata-kata dari seorang adik.

"hm..larat atau tidak..akak kena tabah untuk teruskan hidup...wp terkadang lelah krn kini terpaksa bertolak seawal jam 5.20am...pemanduan terkadang melelong juga jadinya akibat mengantuk ..maybe keletihan akibat setiap hari ulang alik...,"

Bab tue...
Biarlah saya jadikan sebagai pengalaman sepanjang saya menjadi guru & seorang ibu berjauhan dr suami.

 HARI PERTAMA RAYA (AL FATEH NGANTUK TUE...)
"ramai sedara tak tahu..hadiah baju kurta ungu pemberian suami 2 bln slps lahirkan anak (utk my besday)...saya baru ja muat pakai ni size M...huhu)

Cerita & sindiran tentang kegemukan saya di Hari Raya masih menebal di jiwa...Entah kenapa..saya bangkit sedikit demi sedikit.

Benar kata Adik Zul (taknakgemuk.com)...

"ble kata berdiet,kte kena beritahu orang sekeliling,"

Nasihat yang 1 ni..saya cuba aplikasikan..wp sukar juga sampai ada yg kata

"nak diet pun ko nak bagitau orang...diam2x sudah la,"


KENAPA SAYA SETUJU KATA 'ZUL' BAB NIE???

1) Kita perlu bagitau orang supaya dia tau kte ada misi yg nak dicapai.

2) Orang akan tempelak kita ble kte suka melantak
Cth " eh,ko kan diet....mana leh mkn banyak?,"

3) Kita akan lebih berhati2x pilih makanan & tgk kalori ble orang semua tahu kte diet

Alhamdulillah saya dah tak rasa malu jika 1 sekolah tahu saya sedang berdiet. Ucapan terima kasih kepada orang kantin saya selalu support even ble saya beli makanan dgn kata2x

"nak ikan,sayur ...no rice," Itu pesanan saya selalu pada orang kantin.

Tau pe dia jawab 

"oo...cikgu tgh misi diet ya..ok ..ok...faham2x,"

Ha,kan senang..ble ada org yg faham.


1 lagi ble org tersayang tau kte diet..As for me,selalu juga la dapat sindiran dr tersayang

"eh,awak makan bihun banyak..bukan sama dgn nilai nasi putih ka..kata diet,"

Pergh...terbakar kan..ble dgr org kte syg ..ckp gitu ! 

Saya amik positif 

"aku diet ni pun untuk cantik di mata suami...tak kan nak gemuk2x..kang tak sihat pulak...," Kataku monolog dlm hati berkali2x.

Sebenarnya ada bagus juga.
Diaorang tu tgh cabar kte supaya jayakan misi...
So..cepat2x kte stop...hahaha..


Saat ini sudah kira-kira seminggu naik sekolah....
Terima kasih pada insan-insan yg menegur (yg mengenali diri)

"cikgu mia...dh nampak beza dgn saya jumpa cikgu masa pantang aritu..masa cikgu pantang aritu memang chubby...tak sangka kuat smgt tul cikgu berdiet ni,"

"eh sapa kata cikgu gemuk..ok ja.ada perubahan la..mgkn diaorg di kampung tak tengok gambar asal cikgu kot masa 71kg dulu..,"

"amboi lani..makin dah buka almari pakai baju2 lain setiap hari..dh muat ya?,"

Segala perubahan yg terjadi kini..
Saya mengucap syukur kerana betapa lelahnya saya berusaha.


Secara dasarnya....

"Saya gembira...wp tidaklah turun banyak kg mcm kawan2 yg sdg berdiet Atkins,tetapi penurunan biar lah slow & steady...turun inchi dulu ka..turun berat dulu ka..if turun mendadak pun..takut naik cepat..diet saya wjb ada nasi dlm menu,"

Misi workout minggu ini..
Baru sekali buat..akan ditunaikan 2x lagi hujung minggu ni..

Chaiyok..menuju puncak jaya,Mia 




Melarik Tinta Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Wednesday 21 August 2013

Menu Plan Mia 19-20 Ogos 2013

  
*Puasa Ganti (19/8/2013)

Sahur
HL Shake + 2 tart nenas kecil


Berbuka Puasa


Nasi Putih (3 sudu besar ja) + sup ayam + ulam-ulaman + sambal belacan + cencaru goreng + 1 gelas cincau (less sweet)

8.30-10.00 malam
500ml H2o + teamix

Workout
Warm up (senaman ringkas) + 8x sit up)



Puasa Ganti (20/8/2013)

Sahur
HL Shake + 1 tart nenas kecil

Berbuka Puasa


Nasi Putih (segenggam tangan) +tomyam ayam (include sayur) + ikan bawal kukus + sambal belacan + 1 mug (jus tembikai-no ice)

8.30-10.00 malam
500ml H2o + teamix

Workout
Warm up (senaman ringkas) + 8x sit up)


RUMUSAN 
- Still ada cheating 2 hari ni...tak thn sungguh nampak kerepek + biskut raya..huhu
- Sdg mengawal kehendak nk makan kerepek & biskut raya..huhu
- Workout aerobic plan (hujung minggu-hari tak sekolah an 




 Palitan Tinta Maya,
 





Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute