My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Monday 10 June 2013

Ketentuan --> 'Segalanya Kuterima'


Jendela hidup hari demi hari semakin menguatkan semangat aku meskipun sudah masuk tahun ke-3 berjauhan dengan suami,namun cahaya mata Al Fateh tetap di sisi ditemani ahli keluarga di selatan ini. Sejujurnya ia memberi impak kelegaan buat diri kerna meski dihimpit pelbagai mehnah dugaan,namun anakanda pengarang jantung buah hati tetap membesdar di depan mataku sendiri.

Bukan tidak pernah luluh air mata akan ujian demi ujian yang menimpa diri...namun hidup perlu bangkit untuk menjadi lebih positif dari hari-hari kelam semalam. Alhamdulillah cuti 2 minggu sekolah baru ini,aku panjatkan kesyukuran kerna Al Fateh berpeluang berjumpa abahnya setelah sebulan lebih tidak bertembung muka. 


Panggilan 'abah'...'abah'...membuat hati terasa syahdu...kerna anak kecil itu masih mengingati abahnya. Peristiwa kemalangan pergi & balik yang terjadi dalam cuti minggu ke-2 ini juga benar-benar memberi kesan mendalam buat diri & ahli keluarga. Apa yang pasti kami bermuhasabah bahawa Allah masih sayangkan seluruh ahli keluarga....kami masih bernafas hingga kini.

Trauma kemalangan lalu di selekoh susur Simpang Renggam masih membelenggu diri sehingga ada orang kata aku bawa kereta sekarang lambat dan lebih berhati-hati. Ia bagaikan igauan ngeri..bagaikan hidup mati semula..Hanya yg merasai sahaja mampu menafsir maksudku.


Episod penantikan keputusan pertukaran juga tidak kesampaian hingga kini. Keputusan pun belum diumumkan lagi sehingga tarikh diberitahu kelak...Benar orang kata 'penantian itu penuh penyeksaan'. Ada hikmah yang aku hitung. 

Allah tahu aku masih kuat menjadi seorang ibu kini meski berjauhan dengan suami. 

Allah tahu aku masih kental ulang alik drive kereta pergi-balik dr Jb ke Rengit (sekolah) setiap hari.

Allah tahu untuk meringankan setiap bebanan kesakitan yg aku lalui sehingga Doktor Pakar sendiri terkejut sakit ku hilang sedikit demi sedikit walaupun tidak sepenuhnya.


Pepun yang berlaku hingga saat aku bernafas kini........ternyata semuanya telah ditakdirkan Allah...kita sebagai insan hanya mampu berusaha untuk menjadikan ia lebih baik.....Terkadang setiap dugaan yg diberikan-Nya adalah untuk membuat kita dekat kepada Allah di samping sentiasa sujud syukur atas segala nikmat kurniaan-Nya.



Palitan Tinta Maya,

 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

5 comments:

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

comeinya fateh :)

Shu @ Mrs. Hamid said...

Besar dah fateh, comey la... meh kasit cubit sikit pipi tu.
Sabar ye Mia, Shu doakan permohonan transfer Mia diluluskan.

DIARI MAYA MIA said...

kak zel: fateh dah 9 bulan 1 minggu kak

DIARI MAYA MIA said...

shu : aa...amin.

Unknown said...

hana br tau kak mia ada blog br..1st time tgk fateh,comelnya:)smoga impian kak mia & fateh mkbul..

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute