My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Tuesday 18 June 2013

Episod Enam 'Kerana Dia Untuk ku'


Skaf ungu muda yang meliputi kepala aku tanggalkan. Rambutku yang mencecah pinggang kulepaskan bebas. Masih terasa panas, lalu aku regangkan sedikit jendela kaca kamar. Biar angin malam menerobos masuk. Namun, jaring-jaring halus di sisi jendela yang berfungsi memerangkap debu tidak kuusik.


Tertancap mataku pada kalendar 2009 di dinding. Bulatan pada tarikh 10.2.2009 terakam kemas di sudut ingatan maya mia kini dan pasti selamanya. Hm, tarikh yang memaknakan sesuatu antara kami. 



Terusik rasa senyum. Ceria menggugah jiwa....saat tak terduga....saat kelucuan yang muncul dan segalanya tidak kami rencanakan, tidak kami bicarakan. Semuanya kerana garis ketentuan Allah SWT.........


" Amboi, Kak Mia....feeling sakan nampak," Suara adikku Wani menerjah ke cuping telingaku dalam lamunan kala dinihari.


" Dah...jangan kacau akak k....," Sempat lagi aku menutup kalendar yang aku pandang tadi. Nakal sungguh adik aku yang sorang ni.



Dalam hati, aku ketawa. Nada kecindan itu berdetik di hati. Teringat peristiwa lalu saat seluruh ahli keluargaku pulang bercuti di kampung (Perlis Indera Kayangan)....dan aku bersendirian cuti kerana menanggung tugas & amanah kursus perguruan....Sayu...sedih..Namun, aku gagahi kerana amanah ini.



Sesuatu yang tidak aku sangka....pada suatu malam, ia mengganggu hatiku kala selesai menjawab deringan telefon dari ibu di kampung .... Segala perasaan bercampur baur. Apakah lelaki itu sengaja mengulit rahsia lagi? Oh God!



" Mia, apa khabar? sihat? Ok dengan pengajian?," Ibu seperti biasa memulakan perbualan di talian.



" Sihat je....kuliah bakal nak selesai ni. Sibuk sikit dengan presentation,mak," Bersahaja aku menjawab. Hati terucap gembira mendengar suara ibuku.



" Tok, mak ngah, paksu dan semua kat kampung kem salam kat Mia. Depa tanya...awat mia x balik...," Ibu mula mesra bercerita.



" Biasala mak..kalau tak kerana pengajian, dah lama Mia balik. Mesti best kan adik-adik semua dpt balik sana. Main sakan la depa dengan paksu," Aku sengaja mengusik ibu dengan riangnya akan adik-adikku yang riuh di kejauhan talian.



" Biasalah depa tu. Tapi,kan mia.........semalam. Ada orang datang rumah kat kampung ni?," Ibu seakan menduga aku dengan cerita baru.



" Ha? Sape pulak? Mia kenal ke?," Menongkah dagu aku dengan gagang.



" Hai, takkan buah hati sendiri pun anak mak tak kenal kot!," 



Suara ibu membuatkan aku berdiri dalam memegang gagang yg hampir jatuh.



" Aik,awat pulak dia mai ni. Tak habaq pun kat Mia..buat surprise lagi ke mak. Mai dengan sape?," Tak sabar aku nak tahu isi cerita selanjutnya.



"Mai dengan Makcik Sara, mak ayah dia la....Tapi, kan ...Mia nk tau tak pe jadi?," Ibu sengaja lagi mendera perasaan ingin tahuku.



" Apa dia?," Terus aku bertanya tak henti-henti.


" Mak rasa depa mai saja-saja nk melawat kot....tak sangka lak jadi cerita merisik...," 


"Apa dia?Merisik?," Aku pulak dilanda kaget seketika mendengar kalimah itu.


"Aaa....depa dah tetapkan tarikh. Mak wakilkan jela bg pihak mia yg mia setuju..ye kan?," Mak mula merencanakan tanpa aku tahu.


"yela mak....," Dalam hati, aku tersenyum walaupun penuh kejutan.


Namun, aku tak salahkan dia...kerana aku tahu dia juga terkejut...Nada sms dia malam itu yang membuatkan aku tahu hal sebenar.


" Mia, tak sangka saya mai umah mia just nak melawar parent awk ...tetiba jd adegan merisik...aduhai, malu sungguh..Tapi,plg best dpt merasa makan yg best kat rumah awak..lauk-lauk kampung semuanya...tima kasih pada mak ngah & tok awak...marvellous tul masakan depa," 





Aku ketawa membaca sms lelaki itu. Tak habis-habis dengan malunya. Malu tapi mahu atau Malu tapi tak mahu ye??? hahaha.........


Ups....masih tersentak lagi dengan kata-kata ibu di talian tadi.



" Mia, mak terkejut ni.....," Ibu aku ni hari ini bermain-main kata pulak.



" Apa dia,mak? ," Aduhai, kali ni kejutan apa pulak ibu ingin katakan.



" Mak rasa dia kurus lagi dr mia la. Mia kena kuruskan sikit kot..........," 



Kata-kata ibu buatkan aku terdiam...sebab aku tahu pasti sedara mara aku dah mula mengusik dan melihat bkl tunang aku itu.......huhuhu.





Walau ada nada sedih berlagu sayu, maka di saat itulah bermula episod menjaga pemakanan & mengawal berat badanku yg ketara sebanyak 60kg ini.... 


Dalam sayu, aku penuh tekad untuk membuktikan kepada ibubapaku, adik-adiku, sedara-maraku & pastinya pada lelaki itu....aku juga boleh cantik & kurus langsing macam insan lain walaupun pada saat bertunang aku takkan turun sebegitu jelas..



"Nak 1000 daya,tak nak 1000 dalih, Mia..You can do it!," Kata-kata semangat & azimat ini bersarang menyebulungi seluruh genap isi hati nuraniku. 


Ya, itu yg aku akan lakukan....



............................................................................................................



Matahari menginjak kepanasan di saat aku sedang meneroka barang-barang untuk dibuat hantaran pertunangan yang bakal mendatang. Hati bergolak dengan rakan-rakan yang sudi keluar bertandang di Pekan Batu Pahat ini.  


Tergugah juga perasaan dan kepala pening memikirkan idea apakah yang terbaik untuk majlis pertunangan 25.3.2009 yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ini. Segalanya bagaikan serabut dek kerana aku selaku anak sulung yang tidak tahu apa-apa...Kini perlu merencanakan sebaik mungkin. 



"Relaks Mia, aku kan ada...buat sikit-sikit. InsyaAllah siap," Kawan seperjuangan di Rengit,Haida mententeramkan jiwa aku.



"Yela, aku cuba cool ni..tapi, aku risau la..majlis nak buat di perlis..yg aku beli belah di johor...pe la nak jadi," Bebelan aku kala menjengah bakul hantaran di sebuah kedai.



"Eh, Mia...yang ni cantikla...ko kan kata nak buat tema green...ok pe?," Kak Fara pula memberi cadangan apabila nampak aku keliru membuat pilihan.



Tersenyum aku. Mujur ada rakan-rakan yang sudi membantu.



" Mia, pihak dia dah bersedia ke? dia bagi berapa banyak,Mia?," Soalan Kak Fikriah pula menerjah di sebelahku.



Asyik sungguh Kak Fikriah melihat pekedai sedang membuat lilitan pada bakul hantaran yang aku pilih tadi. Aku minta pekedai tolong buatkan...



"Entahla kak...dia mcm tak bersedia je...ntah-ntah mak & adik-adik dia kot yg buat. Mia rasala....," 



Entah kenapa, hatiku bergetap kencang kala memikirkan lelaki itu dan persiapannya. Dalam kisah tak kisah. Apakah kerana dia lelaki??



Deringan telefon mematikan perbualan kami..segera kujawab. Tersenyum melihat nama si dia di skrin telefon bimbitku. hehe..panjang umur!



"Assalamualaikum,Mia," 



Mendengar suaranya sahaja, aku tersenyum. Apa tidaknya..sudah 2 minggu kami tidak bersuara sejak peristiwa merisik itu.



"Waqalaikumussalam....sihat?," Entah kenapa, soalan itu yang aku tanya. Masih berdebar ke hatiku ini? 



"alhamdulillah, sihat.......hope mia pun mcm tu jugak. saya kat hospital ni...temankan abah. Abah tak berapa sihat sikit,"



" Ye ke? Sampai dah masuk hospital...jaga abah awak elok-elok ye. So, kena dok hospital la ni ye?," 



Berulang-alik aku di luar kedai memegang gagang telefon bimbit....Jauh nun di sana, rakan-rakanku sudah melewati kedai kasut...



" Yela, kat hospital..tak kan kat funfair lak,Mia," 


Lelaki itu sengaja nak bergurau dengan aku di saat tengah kelemasan peluh mentari di tengah bandar Batu Pahat ini.


" Mana la tau.......Mia kat kedai. Pilih bakul/bekas hantaran tunang ni. Awak dah buat ke belum?," Aku masih menduga dalam rasa ingin tahu.



"Entah, tak tahu pepun saya. Ah, yang tu biar depa jela buat. Saya biasa la..goyang kaki je...," 



Aduh, senangnya aku dengar bicara lelaki ni. Cemburu pun ada memikirkan betapa mudahnya jadi lelaki.........



"Tapi,kan mia...best tau dok hospital ni?," Sempat lagi, lelaki itu menyambung kata.



"Apa yang bestnya dok hospital yang bercat putih tu..setahu mia la, tengok org sakit jela...bau ubat la," Pelik aku dengan ayat lelaki itu sebentar tadi.



" Eh best ooo........banyak sungguh nurse cantik molek kat sini...boleh layan mata. Free je," Bersahaja sungguh kata-kata lelaki itu. Nak tengok aku cemburu atau tak la tu, ingat aku tak tahu!



Relaks,Mia.....Itu kata hati aku walaupun geram dengan nada lelaki itu.



" Oh ye ke? kat depan saya ni lagi handsome-handsome tau....boleh main siul-siul lagi.....tgk pemandangan pun lg best," Sengaja membalas geram.



Lelaki itu tetiba ketawa di talian..........Aku kaget!



"Mia..Mia..macam-macam la awak ni..okla, take care ye....jangan pening-pening psl hantaran lagi ye...buat biasa-biasa je k,"



"yela.......tunggu mia balik utara t. Jangan tak datang lak majlis tunang nanti," sempat aku bercakap.



"Tengoklah dulu...org utara kata..lelaki klu waktu tunang x leh dtg tau," Lelaki itu sempat mengusik hatiku.


"ok la....ok....tak nak datang, takpela," Sengaja aku akhiri talian dalam nada rajuk. 


Wahai hati, kenapa semakin nak bertunang, aku jadi resah! 

Monolog hati semakin membuah rasa.



Saat petang kian remang, aku pulang bersama-sama rakan-rakan ke Pekan Rengit semula. Lega kerana segala persiapan selesai sedikit demi sedikit walaupun agak kelam kelibut. Mujur juga ada sepupu di utara yang ringan tangan membantu segala tempahan. Ya Allah, semoga dipermudahkan majlis nanti.



.............................................................................................................





25.3.2009 ----> Majlis pertunangan....seindah impian ikatan hati antara kami bakal berlangsung dalam kiraan penuh detik berlagu ini.  





Oh, hati.....rasa berdebar dalam indahnya jiwa. Berpakaian serba hijau lumut serta selendang pemberian nenek ini, aku rasa indah membuai perasaan....kerana hari ini majlis yang aku tunggu-tunggu & pastinya aku ingin majlis ini dibuat secara sederhana. Maka, memadailah segalanya adalah sederhana. Sentuhan make up dari paksuku kali ini juga low profile...



Kenapa jadi gitu ya???



"Mia, tak yah make up over-over k..natural & biasa2x je...Nanti, nikah baru kte buat very the vouge...,"  Paksuku suka beraksi ligat depan kami anak-anak sedaranya..Tanpa paksu iaitu adik bongsu ibu itu, sunyi sepi la suasana. Namun, jadi bertambah gamat bila dia ada.





Hati tenang sesaat...

Melihat hantaran dan bilik tidur sudah dihias rapi. Ruang tamu di hadapan walaupun tanpa pelamin tunang, bagiku sudah cukup....Di dapur, suara riuh rendah memenuhi suasana majlis rewang dengan hidangan laksa utara & nasi lauk kampung.....


Dalam kiraan menanti jam, tinggal beberapa saat je lagi aku bakal menjadi tunangan kepada Ustaz Rijaluddin. Hm, semalam sempat lagi lelaki itu menelefonku saat 2 hari sudah aku berada di rumahku di Perlis.



"Mia, best balik kampung?," Suara lelaki itu memang aku tunggu. Mungkin...itu yg dikatakan rindu..hahaha.



" Mestilah best...kampung sendiri kan....mia kan kalau boleh..nak duduk kampung dr bandar...balik Jb, terasa bising tp kat kampung aman je,"



" Tu la..awat tak mai dok sini je," Lelaki itu riang sekali bersuara.



Sebenarnya, dalam saat nak bertunang itu. Hati bagaikan berlagu dalam rasa debar yang tak boleh digambarkan.



" Nantilah...boleh balik sini. Tinggal sini lama-lama?," Sengaja aku mengusik hati lelaki itu.



" Awak, datang tau esok....," Aku menyambung lagi bicara dengan sepnuh hati.



Entah kenapa,aku berharap sangat dia datang walaupun aku tahu adat di utara....lelaki jarang datang bertandang...huhu...Namun, kenapa hati aku sesetengah mengatakan....

'jangan'....Gila betul aku ni.......... 


Maybe sebab nilah pertemuan kedua kami. Ya, pertemuan selepas pertama kali dia berjumpaku di depan keluargaku tempoh hari. Sememangnya tiada dating antara kami. Syukur, Allah tidak mengarahkan kami ke arah itu sehingga saat ini.



"Hm, mia jangan risau la..insyaAllah....abah cakap nak datang dlm 7-8 buah kereta kot," Pernyataan lelaki itu pada ayat akhir mengejutkan aku. Kerana target aku hanya 4 buah kereta je...hehe



"Takpe..takpe..nanti mia bagitahu ayah ya....wah, mcm sakan je bunyinya...," bersahaja aku mengusik lelaki itu.



"Ok, mia...selamat malam ye....tido awal. salam," 



Perbualan itu sesungguhnya penuh akhiran yang entah tidak terucap indahnya.......

Lamunan aku penuh dalam lewat menutup mata. Namun, bunyi itu kuat kedengaran di telinga....



"Kak Mia, pihak lelaki dah sampai tu?," Tersentak di ruang cuping telinga mendengar kata-kata sepupuku.



"Ye ke?," Sebenarnya, aku berdebar kuat saat itu. Pura-pura berlagak biasa....hehe



Tika dan saat yang bersejarah.....cincin tunang disarungkan ke jari manisku......pilihan dari ibu & adiknya...tanpa aku melihatnya.... 




Saat bersalam dengan ibu lelaki yang aku cintai itu............sempat lagi ibunya mengusikku kala lensa kamera merakamkan saat manis itu....


"Mia, cantik....mak tengak mia dah kurus sikit dr mula-mula jumpa mak dulu....tak sangka cincin ni longgar....," 



Aku tersenyum...kerana target menguruskan berat badan pada tika itu walaupun belum sepenuhnya...tetapi aku telah mencuba & menampakkan perubahan meskipun sekadar sedikit cuma...Tetapi, bukan ibu lelaki itu je yang menegur, malah sedara mara memberi galakan & bertanya kerana nampak aku tidak gemuk seperti dulu. Ups, cabaran menguruskan ke normal weight masih ada lagi....



hehe...Yg mengejutkan ............aku rasa sebak ble ibu dia membahasakan diri "Mak," saat cincin itu disarungkan ke jari manisku....Sebak dan tidak terduga ibu dia mula menerima aku sebahgian dari keluarganya sebelum aku sah menjadi isteri lelaki itu. 


Ya, itu yang aku harapkan..........Manisnya sungguh majlis yang penuh penyatuan ini.




Lelaki itu.............Dimana ya? Tidak hadir ke? huhuhu........

Dalam hati, aku mengharapkan dia hadir. Namun, terfikir sesaat...



"Kalau dia muncul depan mata aku? Apa aku nk buat ni? Takkan nak bergambar dengan dia....malunya," Bicara hati mengusik jiwa di saat orang ramai mula menjamu selera.
 BERSAMBUNG KE EPISOD 7



Ilham Tinta Maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute