My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Thursday 23 May 2013

Hidup Berdiet? Menuju Puncak atau Merudum Gaung???


"Hari-hari ko sebut pasal diet,Mia..Tak muak ke?,"

Muakkah saya dengan istilah DIET?Hm...realitinya DIET bagaikan sudah sebati dengan diri saya. Bermula Disember 2008 lagi saya memulakan langkah berdiet dengan HERBALIFE. Sehinggalah mencecah hasilnya pada Raya 2009 sehinggalah menjelang perkahwinan saya pada awal Disember 2010. 

Namun, telinga saya sudah lali dengan kata-kata orang bila saya sedang / mahu berdiet. Antaranya.....

"Hi, cikgu berdiet ka sekarang?,"

Jawab ja " aaa...."

"Eh, dah berisi la ko Mia lepas bersalin ni,"

Jawab ja " ya, memang diakui...aku tgh kuatkan smgt mencari titik mula diet semula. Tolong bagi sokongan,boleh?,"

"Boleh ka nak berdiet betul-betul ikut produk tue?,"

Jawab ja " Boleh @ x, bergantung pada diri. Tp as 4 me..sbg ibu, mia x ikut sgt rule produk..mia ikut kuantiti pemakanan...produk sebagai 1 bahan nutrisi / mia amik sebagai breakfast yg utama,"

"Tak seksa ka nak berdiet ni?,"

Jawab ja " Seksa ka tak seksa..jika nak tengok diri sihat dgn normal weight, kena la berusaha ke arah tue....jika sekali sekala ada down/tak ikut rule diet,biasa la...baiki kembali..yg penting semangat nak buat...jangan sampai tak buat langsung,"

"Ala,ko boleh la diet dengan produk...aku biasa ja,"

Jawab ja ' Itu adalah pilihan aku...diet dengan pepun, if x disiplin...meluat juga jawabnya....kan???Tapi...aku ucap tahniah sebab ko memang orang yg terbaik diet normal..aku memang kagum tau...aku yg ada anak ni..cepat letih ..tak tahu boleh ka tak ikut ....huhu...plzz give me support,"


Bercakap tentang SUPPORT..inilah yang penting..Kadang-kadang kita nak berdiet tapi ada pihak-pihak yang menjatuhkan kita...Pedulikan semua tu...Tekadkan dalam hati. Demi kesihatan, aku perlu bangkit.

Saya mengakui kini selepas bersalin ....dr 71kg...berat saya sudah mencecah 60.3kg sekarang (penurunan sebanyak 10.7kg)..Bukan amik masa yang singkat wahai rakan-rakan...Saya start berdiet ni dr Januari 2013....baru kini dapat result macam tue...Tu pun masih belum ke normal weight. 

Bila kte nak berdiet ni,kte harus tetapkan matlamat. As for me, matlamat saya adalah mengejar normal weight dan saya harus kembali semula menyarung baju kurung size M Raya 2013 ini.. Itu azam saya. Anda, bagaimana pula?????

Tepuk dada, tanyalah hati ya.



Melarik Tinta Maya,
















Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

1 comments:

eyndayusoff said...

Tahniah dah banyak turun tu :-)

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute